Yang Indah itu adalah Kamu...........

Friday 23 March 2012





yang indah itu kamu,
yang menawan itu perwatakanmu,
yang menarik itu diri kamu,
yang lembut itu pertuturanmu padaku.

yang sakit itu berpisah denganmu,
yang manis itu ujian TUHAN buatku,
yang menguatkan cintaku adalah kesetiaanmu,
yang bahagia itu aku dan kamu.

Yang Indah itu kamu,
Yang menyerikan hidupku,
memberi sinar baru,
pastikan bahagia itu milikku,

Yang Elok itu kamu,
memberi rasa dalam hidupku,
rasa yang membuatku tersenyum selalu,
mengindahkan setiap saat yang berlalu.

Yang membahagiakan aku itu kamu,
Yang memberi rasa itu adalah TUHAN YANG SATU,
Yang membuatku terjatuh dalam dakapanmu,
hanyut dalam rasa cintamu.

yang Baik itu dari yang MAHA ESA,
Yang mempertemukan kita,
Dua hati yang berbeza,
Bersatu menjadi satu rasa,
Rasa ...........CINTA.

50 Fakta Menarik ,Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY



ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-semoga ianya dapat memberi teladan dan inspirasi buat kita semua dalam memajukan diri dan ummah,InsyaAllah..


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG .
.
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .

39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.

I.L.Y~~~18

Sunday 18 March 2012


Berita tentang kemalangan keluarga Nia Marsheela di ketahui oleh Nadia. Dia membaca akhbar yang mengeluarkan berita tentang kemalangan itu. Senyum puas pamer di wajah Nadia Khaleya. Nadia menutup surat khabar tersebut lalu di campak di atas meja makan.
                “ Serve you right Nia Marsheela. balasan untuk orang yang jahat macam kau.” Ujarnya.
Telefon bimbitnya bordering. Terpapar nama Jejoy di skrin telefon. Dia senyum girang. Nampaknya mereka akan ke disco lagi. Nadia mahu bergembira sepuasnya di atas berita yang baru saja di ketahui.
                Usai bercakap dengan Jejoy di talian, nadia Khaleya berlari menaiki tangga. Terserempak dengan Dato’ Sudin di kaki tangga. Nadia langsung tidak menegur ayahnya. Dato’ Sudin hanya menggeleng. dia juga sudah tidak tahu bagaimana mahu menegur tingkah anaknya yang semakin menjadi-jadi.
                Hampir satu jam kemudian, Nadia Khaleya turun dengan pakaian yang agak menjolok mata. “Papa, Nadia keluar. Jangan tunggu Nadia,ye?” Ujar Nadia Khaleya.
                “ Nadia nak kemana lagi ni? Dah lewat sayang. Cuba bawak berehat kat rumah ni. Papa dah semakin tua, kadang-kadang nak jugak merasa di temani anak-anak papa.” Dato’ Sudin cuba memancing Nadia untuk duduk menemaninya bersembang di ruang tamu.
                “ Papa, sekarang zaman moden. Nadia pulak orang muda, memang lah kena enjoy. Hidup Cuma sekali pa, macam papa jugak dulu. Mama kat rumah seorang diri, ayah berkepit seronok dengan pelacur.” Nadia tidak menunggu lama. Dia berlalu meninggalkan ayahnya.
                ‘Kurang ajar.’ Dato’ Sudin berbisik sendiri. Rumah yang besar itu yang dulunya berseri kini sudah suram. Tiada lagi seri. Dato’ Sudin duduk sendiri. nadia adalah satu-satunya anak yang dia ada yang bakal memiliki harta pusakanya. Namun, Nadia tidak berminat dengan perniagaan yang di jalankan oleh keluarganya.
                Dia mengeluh sendiri. dia termenung, mengenangkan dosa-dosa semalam yang bermain di mata seperti di ulang tayang. Salah dia juga kerana tak berjaya mendidik anaknya yang seorang. Dia memiliki isteri yang baik, namun semua sudah terlambat. Isterinya sudah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas kerana terlibat dengan kemalangan.
                Mungkin kerana itu juga Nadia membencinya. Dia tidak pernah bertanggungjawab terhadap keluarga, hanya memikirkan tentang perniagaan, kemewahan dan perempuan. Tapi itu semua dahulu, dia sudah kembali ke pangkal jalan. Dia sudah tidak terlibat dengan semua itu. Masa lapangnya sudah di isi dengan menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid dan surau-surau berdekatan. Setelah kepergian arwah isteri, dia sudah banyak insaf. Dia berharap nadia Khaleya juga akan kembali ke pangkal jalan. Dia tidak boleh menyalahkan Nadia seratus peratus, kerana dia sendiri yang tidak berjaya mendidik anaknya.
                Nadia memecut laju keretanya. Dia memang mahu melihat Nia Marsheela menderita. Baru dia puas hati. Dia sudah merancang sesuatu. Dendamnya tak pernah terpadam pada Nia Marsheela. Dia sememangnya benci Nia Marsheela sejak sekolah lagi. Dan dia berusaha untuk mendapatkan Hakimi.
                Bunyi muzik yang membingitkan telinga tidak di endahkan Nadia Khaleya. Dia terus masuk mendapatkan kawan-kawannya. Jejoy dan Fatin bersorak apabila terlihat Nadia Marsheela. Nadia hanya senyum.
                “ Orderlah apa yang korang nak, hari ini aku belanja.” Ujar Nadia. Rakan-rakan lain hanya bersorak gembira. Mereka berseronok.
                “Kenapa kau happy semacam aje ni nad?” Soal Jejoy.
                Nadia mengangkat kening. “ Kau tak tahu ke?”
                Jejoy menjungkitkan bahunya.
                “ Nia Marsheela kemalangan dan sekarang tengah koma. Memang padan dengan muka dia.” Kata Nadia Khaleya dengan penuh benci.
                Jejoy menganggukkan kepala.  “ Oh, fasal tu ke? Aku dah lama tahu.” Sedikit sinis kata-kata Jejoy. Nadia mengerutkan dahi.
                “ kau tahu?” Nadia memandang Jejoy dan Fatin berselang seli. “ Korang tahu tapi korang tak cakap kat langsung? Eh, korang ni kawan aku ke kawan Nia sebenarnya?” Nadia naik angin. Mana tidaknya, berita tentang kemalangan Nia Marsheela sudah lebih seminggu. Rakan –rakan yang lain semua sudah tahu, dia mungkin orang terakhir yang tahu tentang berita itu.
                “ Sabarlah Nadia, bukan kami tak nak bagitahu kau. Kau nak ambil tahu pasal budak Nia ni lagi ape hal. Kau kan dah ada jantan? Yang kau duk terkejar-kejar si hakimi tu apehal?” Ujar Fatin.
                Nadia merengus. Di hempas cawan arak ke atas meja. Dia bangun untuk beredar. Fatin menarik tangannya.
                “ Relax lah Nadia. Don’t be like this. He’s not for you. What for you wait for him? Dia langsung tak pandang kau. Kau bukan tak cantik.” Ujar Fatin mengambil hati. Cuba memujuk Nadia Khaleya. Nadia kembali duduk.
                “ Kau tak faham aku, aku dah lama suka kat Hakimi. Tup-tup dia datang dan rampas Hakimi dari aku.”
                “ Nad, sedarlah yang Hakimi tak pernah pandang kau selama ni. Dia Cuma anggap kau kawan dia. Kau tak boleh paksa orang lain untuk terima kau, jika itu bukan yang dia mahukan.” Fatin masih cuba memujuk Nadia.
                Nadia bangun. Tiba-tiba tangan dia di tarik, dia mahu marah. Dia berpaling ke belakang dan Khairul berdiri betul-betul di hadapannya. Mata Nadia membulat. Khairul merenung tajam mata Nadia. Khairul menarik Nadia keluar dari Pub. Nadia mengaduh sakit dek kerana cengkaman Khairul yang agak kuat.
                “ Masuk.” Arah Khairul.
                “ I bawa kereta. I boleh balik sendiri.” Marah Nadia.
                “ Masuk sendiri or I akan masukkan you?” Ugut Khairul.
                “ Habis, sekarang ni bukan you paksa I ke?” Suara Nadia sedikit keras.
                “ You jangan nak marah i? You lupa yang you pernah janji dengan I yang you takkan masuk Pub lagi?” Soal Khairul. Mukanya merah menahan marah.
                “ I tak lupa!”tengking Nadia.
                “ Habis sekarang ni apa? Restoren ke? You jangan ingat I akan lepaskan you macam tu aje. Jangan nak larikan diri dari I atau you yang susah.” Nadia cuba menepis tangan Khairul, namun makin kuat cengkaman dari Khairul.
                “ Lepaslah...sakit tahu tak!” Nadia hampir menangis.
                “ Masuk.” Nada suara Khairul sedikit lembut. Nadia tiada pilihan. Dia masuk ke perut kereta. Dia menangis.
                “ Kenapa, sayang? Maafkan I kalau I terlalu berkasar dengan you. I tak suka you datang tempat-tempat macam ni. Tak sesuai untuk you.” Khairul memujuk. Di elus lembut rambut Nadia. Nadia menangis semahunya. Dia rasa tersiksa. Tak dapat melupakan lelaki yang tak pernah memandang cintanya, tak pernah menghargainya. Dia benci dengan dirinya. Benci dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.
                “ I benci dengan diri I sendiri.” Ujar Nadia perlahan dalam sendu.
                “ I akan tetap berada di sisi you. Dan sanggup buat apa saja untuk you. Tapi, dengan syarat, you kena dengar segala cakap i.”
                Nadia mengangkat kepala, di pandang Khairul yang berada di sebelah kanannya. Khairul mengangguk seraya tersenyum. Nadia merancang seribu satu benda untuk di lakukan kepada Nia Marsheela. Hanya Khairul yang boleh di harapkan sekarang.

I.L.Y~~~17

Tuesday 13 March 2012


Hakimi mengusap lembut tangan Nia Marsheela, lalu di bawa tangan  itu ke bibirnya. Dia mencium berulang kali. Sudah seminggu Nia terlantar di hospital, Farhan sudah beransur pulih setelah terlibat dalam kecelakaan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya serta Noh dan adik bongsunya. Hakimi yang ketika itu berada di Indonesia bergegas pulang ke Malaysia setelah mendapat berita itu dari setiausahanya. Apa yang berada di fikirannya ketika itu hanyalah Nia Marsheela. Semua mesyuarat yang sepatutnya di hadiri, di batalkan.
                Melihatkan keadaan Nia Marsheela, membuatkan Hakimi sedih. Terlukanya hatinya sepertimana dia kehilangan ibunya beberapa tahun lalu. Dia tak akan tinggalkan Nia Marsheela sendiri. Sepanjang masa dia menemani Nia Marsheela. Dia tak mahu perkara sama berulang kembali sepertimana dia tinggalkan ibunya kerana ada mesyuarat penting yang harus dia ikuti, dan kerana itulah dia tidak dapat bersama ibunya di masa terakhir ibunya menghembuskan nafas.
                “ Nia....jangan tinggalkan abang, please. I am begging you. Don’t leave me alone.” Matanya berkaca. Dia menunduk. Airmatanya jatuh perlahan di atas tangan Nia Marsheela.Sendu kecil kedengaran. Hatinya merintih.
                Pintu bilik terkuak. Kelihatan Aishah berdiri di sebalik pintu. Dia mendekati Hakimi. di gosok belakang Hakimi lembut. “ Sabarlah, kimi. Jangan terlalu sedih. Takde gunanya Kimi duduk sedih macam ni.”
                Hakimi bangun. “ Kak, sampai hati kak Aishah cakap macam tu. Nia Marsheela ni nyawa saya kak. Takde dia, takdelah saya kak.”
                Aishah menghampiri ak
 Hakimi. “ Jangan salah faham Hakimi. Nia ni dah macam mayat hidup dah, doctor sendiri cakap peluang dia untuk hidup adalah lima puluh persen saja. Kimi sendiri dengar kana pa yang doctor cakap?” Terang Aishah panjang lebar.
                “ Doktor bukan Tuhan yang tahu bila ajal manusia kak Aishah. Jangan kita terlalu mendewakan doctor, selagi kita boleh berusaha untuk teruskan hidup.” Hakimi sedikit berang.
                “ Akak faham Kimi, tapi kalau dah sampai ajal dia. Lepaskan sajalah, mungkin Kimi akan jumpa dengan gadis yang lebih baik lepas ini? Siapa tahu, kan?” Aishah cuba memujuk.
                Hakimi mengeluh. Dia tak akan sekali-kali melepaskan Nia Marsheela pergi dari hidupnya. Dia sanggup berhabis duit untuk bawa Nia Marsheela berubat, walau di luar Negara sekalipun dia akan lakukan demi mengembalikan kehidupan Nia Marsheela.
                “ Kak, tolong tinggalkan saya dengan Nia saja. Akak keluarlah, jangan serabutkan kepala saya lagi.” Ujar Hakimi lembut. Bukan niatnya mahu menghalau, namun dia tak mahu menambahkan kecelaruan fikirannya.
                Aishah keluar dari bilik. Dia hanya mahu menasihati saudaranya. Bukan mahu merosakkan hubungan mereka berdua, mungkin Hakimi salah faham dengan kata-katanya sebentar tadi.
                Hakimi kembali duduk di sisi Nia Marsheela. Hakimi mengeluh perlahan. Dia mengambil kain di atas kepala katil. Di basahkan kain tersebut lalu menyapu perlahan pada wajah Nia Marsheela hingga ke leher.
                “ Nia rehat dulu ye, sayang. Abang nak ke bilik Farhan. Abang nak tengok- tengokkan Farhan sekejap. Nanti abang datang sini ye?” Di cium dahi Nia Marsheela.
                Hakimi keluar dari bilik Nia Marsheela. Saudara-mara Nia Marsheela sudah pulang ke kampung masing-masing setelah menguruskan jenazah keluarganya. Hakimi turut menghadiri majlis pengkebumian mereka. Saudara terdekat  Nia Marsheela yang berada di Kuala Selangor juga datang, kadang- kadang mereka menjaga Farhan. Mereka juga ada menyuarakan hasrat untuk menjaga Farhan, Hakimi tidak berani untuk membuat keputusan memandangkan dia bukanlah ahli keluarga Nia.
                Hakimi masuk ke bilik di mana tempat Farhan mendapatkan rawatan susulan. Farhan juga masih trauma dengan kemalangan tersebut. Farhan berbaring lesu di katil. Hakimi memandang meja kecil sebelah katil. Makanan tengahari tadi masih tidak di sentuh. Hakimi menghampiri Farhan, di sentuh lembut bahu Farhan. Farhan palingkan wajah, Hakimi tersenyum. Melabuhkan punggungnya di atas katil Farhan.
                “ Kenapa tak makan nasi lagi ni? Nak abang suapkan?” Hakimi lembut berbicara. Dia tahu betapa sukarnya kehilangan orang yang di sayang sekelip mata. Dia cuba memujuk Farhan. Farhan menggeleng.
                “ Acik tak lapar. Along dah okay ke?” Soal Farhan. Matanya berkaca.
                Hakimi tersenyum. “ Along dah okay, Farhan jangan bimbang, abang akan tengok-tengokkan along. Farhan makanlah sikit. Kalau Farhan tak makan, macam mana Farhan nak jaga along kalau along dah sedar nanti?”
                “Acik rindu kat ibu, ayah, angah dan adik.” Farhan memeluk Hakimi. dia menangis bagai anak kecil yang ketakutan. Hakimi sebak.
                “ Shhh....jangan nangis. Farhan kan lelaki. Farhan kena jadi kuat. Lelaki tak boleh menangis.”
                “ Abang, kenapa ibu dengan ayah pergi dulu? Acik belum puas lagi bermanja dengan mereka. Kenapa ibu dan ayah tinggalkan acik dengan along aje kat sini? Kenapa tak bawa acik dengan along sekali?” Ujar Farhan.
                Hakimi terkejut dengan kata-kata Farhan. Dia menelan liur. Terasa pahit, namun harus ditelan. “ Farhan kena redha dengan ketentuan Allah s.w.t. ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Abang akan jaga Farhan, abang tak akan sekali-kali membiarkan Farhan tinggal di rumah anak yatim atau kemana saja.”
                “ Tapi acik nak ibu dan ayah, acik rindu dekat angah dengan adik.”
                “ Nanti, bila Farhan dah sihat, dah sembuh, abang bawa Farhan melawat kubur mereka.”
                 Farhan melepaskan pelukan. “ Betul?” Ujarnya bersungguh.
Hakimi mengangguk. “ Tetapi, dengan syarat. Farhan kena makan. Meh, abang suapkan Farhan.” Farhan mengangguk laju.
Hakimi menyuapkan nasi ke mulut Farhan. Tangannya yang patah menyukarkan sedikit pergerakannya.
“sedap” soal Hakimi.
Farhan mengangguk. “ Abang, jangan panggil saya Farhan, abang panggil lah acik.” Hakimi terharu. Di usap perlahan rambut Farhan. Hakimi tersenyum. Lupa sekejap dia pada arwah keluarganya.
“ Acik....”
Farhan memandang Hakimi seraya tersenyum. “ Abang, janji jaga acik dengan along ye? Acik, sayang abang.” Ujar Farhan. Dia bangun memeluk Hakimi. Hakimi terpana. Membalas pelukan Farhan. Suasana bilik wad terasa kelam. Hakimi seperti mahu menitiskan airmata. Bagaimana perasaan Farhan sekecil itu sudah kehilangan kedua orang tua. Hanya Nia Marsheela satu-satunya ahli keluarga yang tinggal, namun Nia Marsheela masih dalam keadaan koma.
“ Acik, makan sampai habis nasi ni. Lepas tu sama-sama kita jaga along. Lepas along dah sembuh, kita sama-sama melawat kubur ibu, ayah, angan dan adik.”
Mata Farhan membulat.
“ Adik?”
Air mata Farhan jatuh ke pipi. Dia teringat yang dia sempat menarik adik ke dalam pelukannya ketika kemalangan.
“ Acik...kenapa sayang?”
“ Tak, abang tipu. Adik tak mati. Adik ada lagi, kan? Acik tarik adik dalam pelukan acik ketika kemalangan. Dan adik masih lagi bernafas. Acik dapat rasa.”
Hakimi cuba menenangkan Farhan. Farhan menepis tangan Hakimi kuat.
“ Acik, dengar dulu. Jangan macam ni.”
“ Abang tipu!” Jerit Farhan.
“ Acik, dengar dulu. Betol, acik selamatkan adik. Tetapi, semasa dalam ambulans adik menghembuskan nafas terakhir sebab adik di serang asma. Itu yang abang tahu. Bukan salah acik.”
“Tak! Abang bohong! Abang tipu!” Farhan menarik selimut menutup badan hingga ke kepala. Terdengar esakan kecil kanak-kanak tersebut. Hakimi menggeleng.
Dia perlu kuat untuk terus member semangat pada anak kecil itu. Mungkin dia terkejut dengan kejadian yang tiba-tiba yang tak di sangka-sangka.
“ Acik, abang ada dekat bilik along. Kalau acik perlukan apa-apa, jangan segan panggil abang. Sabarlah, ALLAH suka pada hambanya yang sabar dan redha di atas setiap ujian yang di beri.” Hakimi berlalu.

I.L.Y~~~16

Thursday 8 March 2012


Penat selepas beberapa jam berada dalam kapal terbang untuk sampai ke Indonesia. Tiba-tiba sahaja dia mesti menghadiri mesyuarat dengan pelanggan di sini. Sempat dia memberitahu Nia Marsheela tentang keberangkatannya ke Indonesia kerana ada mesyuarat  penting. Esok pagi-pagi lagi dia akan berjumpa dengan beberapa orang dari Syarikat Bayu Bestari. Dia berkira-kira mahu keluar bersiar-siar di sekitar ibu negeri Indonesia.
                Mungkin dia juga boleh shopping barang-barang hantaran di sini. Dia tersenyum sendiri.
Tak kurang hebat dengan para pelancong yang melancong di sana. Ramai sungguh. Walaupun Indonesia adalah negeri yang padat dengan penduduk, namun terdapat juga beberapa tempat yang menarik yang boleh di kunjungi. Barang-barangnya juga lebih berkualiti. Kebanyakan penduduk di sini kreatif dalam menghasilkan kraftangan.
                Hakimi mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Mendail nombor telefon Nia Marsheela. “Sayang, barang apa yang nak abang belikan?”
                “Amboi, tak tahu nak bagi salam ke cik abang?” Sindir Nia Marsheela.
                “ Assalamualaikum, puteriku Nia Marsheela.” Hakimi gelak.
                “Waalaikummusalam, puteraku Hakimi Isqandar.”
                “Wah....sweetnya my dear called me putera.” Gurau Hakimi.
                “ Ok, tak suka ya.”
                “ Who say, sayang. Abang suka. Macam mana hari ini? Okay tak jalan-jalan sana? Ada orang kacau sayang tak? Jangan nakal, ya.” Hakimi gelak lagi.
                “ Don’t worry la. My heart only for you. Trust me. Indonesia pulak apa cerita?”
                “ Okay saja, abang keluar jalan-jalan. Erm, Cuma nak Tanya sayang ada barang yang sayang nak pesan ke untuk hantaran kita nanti?”
                “ Tak payah la, hantaran untuk awak biar Nia beli sendiri. Apa yang awak nak bagi saya, saya tak kisah. Terima dengan rela hati.” Ujar Nia manja.
                “ tak apa, alang-alang abang dah ada dekat sini. Abang beli la apa yang patut. Abang cari serba sedikit la. Nanti, bila abang dah balik Malaysia kita keluar lagi cari apa yang tak cukup. Sayang tak payah la beli apa-apa lagi, ye?” Ujar Hakimi lembut. Betapa dia menyayangi Nia Marsheela.
                “Yela-yela. Awak jaga diri kat tempat orang. Em, jangan bimbang saya kat sini. Lagipun, bukan lama saya bercuti kat sini. Besok saya dah nak balik Kuala Lumpur.” Ujar Nia di hujung talian.
                Kedengaran suara Hakimi mengeluh. “ iye, abang tahu. Sayang hati-hati. Abang nak sayang sampai di Kuala Lumpur seperti mana sayang pergi ke sana sebelum bercuti. Jaga diri. Abang akan tetap sayang dan cinta pada Nia Marsheela seorang saja,tahu?” kedengaran suaranya agak bimbang.
                Nia Marsheela gelak di hujung talian. “ Doakan keselamatan Nia dan keluarga, ye?”
                Hakimi sudah agak resah. Hatinya tiba-tiba tidak enak. Dia cuba buang fikiran yang bukan-bukan. Sempat dia mengucapkan I love you pada Nia Marsheela sebelum memutuskan talian.
                Hakimi berjalan sendirian di kota Jakarta. Fikirannya masih pada Nia Marsheela. di letakkan telapak tangan pada dadanya. Terasa jantungnya berdegup kencang. Hanya Nia Marsheela dalam fikirannya. Dia cuba untuk tidak memikirkan hal yang bukan-bukan.
                Usai membeli apa yang patut, dia berkira-kira mahu pulang ke hotel. Dia sengaja berjalan kaki untuk menikmati keindahan kota Jakarta yang sesak. Di sana pelbagai gaya, ragam manusia dapat di lihat. Namun, dalam kesesakan itu juga dia perlu berhati-hati kerana Bandar Jakarta terkenal dengan kaki pencopet.
                Sedang dia berjalan, dia terlanggar seorang lelaki tua. Dia memohon maaf atas kemalangan kecil itu. Lelaki tua yang bertongkat kayu dan berpakaian buruk itu hanya tersenyum. ‘pengemis agaknya’ Gerutunya dalam hati. Hakimi menyeluk saku. Di keluarkan dompet dan mengambil duet berisi tiga ratus ribu rupiah. Lalu orang tua itu menahannya.
                “ Simpan kembali duit kamu, orang muda. Aku bukanlah pengemis seperti yang kamu fikirkan.” Ujar lelaki tua itu.
                Hakimi terdiam. “ Maafkan saya, pak cik.”
                “ Enggak apa-apa. Kiranya kamu bukan orang Indonesia. Dari Malaysia ya kamu?” Soal lelaki tua. Hakimi mengangguk.
                “ Kenapa fikiran kamu tiada bersama kamu? Kamu resah sekali kelihatannya.” Lelaki tua itu mengagak.
                Hakimi terasa tidak enak. Macam mana lelaki tua ini mampu membaca fikirannya. Dia mengerutkan dahi.
                “ Pak Cik, bisa membaca fikiran saya?” Ujarnya.
                Lelaki tua itu mengangguk. “ Usah di fikirin yang bukan-bukan. Om bukan orang yang jahat seperti kamu fikir. Sepertinya kamu, memikirkan orang yang jauh,ya.”
                Hakimi terpegun. Dia memandang ke dalam anak  mata lelaki tua itu. “ macam mana....” Hakimi tidak menghabiskan kata-katanya.
                “ Berdoa sajalah, semoga TUHAN melindungi mereka. Jodoh kamu dengan orang yang berada di hati dan fikiran kamu sekarang sangat kuat. Berdoalah, jangan kamu berhenti berdoa kepada mereka.” Ujar lelaki tua itu.
                “ Kenapa pak cik cakap macam tu?” Hakimi pelik. Macam mana lelaki itu dapat membaca fikirannya. Dan bagaimana lelaki tua itu tahu tentang gadis yang berada di hatinya. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
                “ Kamu bisa hidup bersamanya jika di izinkan TUHAN dan berpisah juga dengan izin ALLAH s.w.t.” senyuman tidak lekang dari bibir lelaki tua itu.
                “ pak cik, kenapa dapat tahu apa yang berada dalam fikiran saya?” Ujar Hakimi pelik.
                “ Om di anugerahkan sedikit keistimewaan. Enggak semua bisa om bacain, tapi, bila saja om lihat wajah kamu om bisa baca apa di fikiran mu. Om enggak bohong. Bisa aja om bilang semua, tapi sebaiknya om enggak mahu kamu lihat kamu enggak keruan.” Ujar lelaki tua sambil berlalu.
                Hakimi terdiam. Apa maksud lelaki tua tadi. Dia resah. Dia memalingkan badan tiga ratus enam puluh darjah, dia mencari-carikelibat lelaki tua tadi. Orang yang terlalu ramai di tepi jalan menyukarkan matanya menangkap tubuh lelaki tua tadi. Dalam keadaan bingung Hakimi berjalan pulang ke hotel penginapannya.
                Satu malam Hakimi menunggu mesej dari Nia Marsheela, tetapi hampa. Dia cuba telefon beberapa kali namun tiada jawapan. Bimbang menyelubungi diri. Bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku pada Nia Marsheela. Dia berdoa dalam hati. Jantungnya terasa begitu sesak. Di tekan dada dengan telapak tangan. Laju jantungnya. Fikirannya bercelaru. Cuba menelefon ayah Nia Marsheela juga tiada jawapan. Hakimi mundar – mandir di bilik hotel.
                Udara sejuk dek kerana air-cond menusuk ke tulang. Mata juga tidak mengantuk walaupun badan terasa penat. Hakimi melihat jam di dinding. Sudah hampir waktu subuh. Dia mencapai tuala untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang Islam.