Nadirah~~My Juwita 3

Monday 30 April 2012

Dah sebulan Nadirah bekerja di klinik Dr hanis. Selama sebulan itu jugalah Qayyun akan singgah ke klinik sekiranya dia ada masa dan berpaluang untuk berjumpa dengan gadis pujan hatinya.
            Nadirah juga sudah biasa dengan keadaan klinik yang kadang-kadang suram, kadang-kadang tak menang tangan dia mahu melayan pesakit. Nak bagi ubat. Memang agak penat lah. Tapi dia mesti biasakan diri. Nanti kalau rezeki dah ada, dapat kerja hospital pun aku mesti buat kerja macam ni. Takpe, tanggungjawab dia lebih berat dari nilah.
            “hai, Nad. Jom saya belanja awak makan tengahari.” Tiba-tiba Qayyun datang dari arah belakang tanpa salam. Nasib baik aku takde sakit jantung. Kalau tak, dah lama kot aku mampus. Hei, macam budak-budak.
            “ maaf Dr. Qayyun. Hari ni tak boleh. Saya ada temujanji dah.” Hakimi mengerutkan dahi. Temujanji? Hum....lelaki? pakwe dia ke? Qayyun berkata dalam hati.
            “ dengan buah hati ke?”
            “tak....dengan bapak buah hati. Kenape? Nak ikut jugak?” jawab Nadirah acuh tak acuh. Qayyun senyum sumbing. Sebijik kena atas dahi. Huh!
            “boleh je, kalau awak benarkan...” jawab Qayyun bodoh.
            Nadirah menjeling seraya ketawa. “awak ni..saya nak keluar dengan mak dan ayah saya. Nak belanja diorang makan tengahari. Kan first gaji saya? Berkat tahu kalau kita belanjakan sebahagian dari duit gaji kita pada kedua ibubapa kita?” ujar nadirah panjang lebar.
            Nadirah berlalu ke meja dispensary untuk sediakan ubat kepada pesakit. Qayyun membontot. Qayyun menongkat dagu dengan tangan sambil merenung Nadirah. Berbaju kurung warna purple dan kasut flat ringkas tapi cantik. Bertudung ala-ala yuna. Sememangnya apa yang di pakai oleh Nadirah nampak cantik dan sopan di mata hakimi. Nadirah tak selesa dengan renungan tajam Qayyun.
            “nak ikut jugak.......... Awak belanjalah saya sekali?” Qayyun merengek. Eh jantan neh....macam hape. Nadirah menggeleng kepala. Entah macam mana lah dia boleh jadi doctor, perangai macam budak sekolah tadika je aku tengok.
            Qayyun mencebik. Membuat seakan mahu menangis. ‘hak,elah mamat nih. Aku hempuk gak karang...berani dia buat muke comel cenggitu.’ Marah Nadirah. Dalam hati jek. Heheheheh
            “eh, awak ke tepi sikit boleh tak? Saya nak bagi ubat kat pesakit ni. Nanti kalau Dr. Hanis marah saya, siap awak.” Gerutu Nadirah..
            Dr. Hanis sudahpun menjeling dari bilik rawatan yang sememangnya pintunya sengaja dibiarkan terbuka. Pintu bilik rawatan yang terbuka tu adalah untuk doctor memantau kerja-kerja menyediakan ubatan pada pesakit. Mungkin takut ada di antara staff yang mencuri bekalan ubat di situ. Yelah...ubat kan mahal. Mencuri dan menjual pada orang lain untuk mendapat keuntungan. Huh!
            Nadirah berpaling ke belakang. Nasib baik Dr. Hanis tengah merawat pesakit dia. Kalau tak, haruslah aku kena bebel nanti. Baru kerja sebulan dah nak curi tulang. Memang tak patut lah. Dia habis kerja pukul 3.30 petang. Ibu dan babahnya akan datang jemputnya pulang. Dia sudah merancang mahu mengajak ibu dan babah makan kiranya dia mendapat gaji pertama. Walaupun gaji ciput, takpe. Asalkan di redhai oleh-NYA. Berapalah sangat nak di bandingkan dengan usaha ibu dan babah menjaganya dari kecik hingga besar. Memberinya pelajaran yang cukup. Memberikan sepenuh kasih-sayang tanpa belah bahagi. Tak terbayar nilainya.
            Qayyun masih menunggu jawapan dari Nadirah. Nadirah sudah ke meja Dr. Hanis untuk mengambil resit ubatan yang disenaraikan untuk diberi kepada pesakit. Dr. Hanis memegang tangan Nadirah. “Kenapa dengan Dr. Qayyun tu nad?”
            Nadirah kaget. “entah? Saya tak tahu?” nadirah gagap.
            “panggil dia jap. Cakap saya nak jumpa ye?” Ujar Dr. Hanis. Nadirah kaget. Entah apelah yang nak di Tanya oleh Dr. Hanis pada DR. Qayyun ni. Macam-macam soalan yang bermain di minda Nadirah. Dia menyampaikan pesan pada Hakimi.
            Qayyun berpaling ke meja Auntinya. Auntie Hanis merenung tepat ke wajahnya. Dia mengangkat kening pada Nadirah. “ Dia nak marah,kot? Sebab saya kacau awak?” Ujar Qayyun selamba. Nadirah meletakkan tangan kanannya di dada. Dapat dirasakan jantungnya berdegup kencang.
            Qayyun menutup pintu bilik Dr. Hanis. Nadirah resah. Apa yang di bualkan? Jangan-jangan dia nak buang aku, kot? Alahai, ape aku nak buat lepas ni? Dahlah baru sebulan aku kerja. Pengalaman kerja pun belum lagi nak berkembang. Baru nak belajar selok-belok klinik ni,ha.
            Nadirah sudah mundar-mandir. Syuhada kehairanan. Dahinya berkerut memandang Nadirah yang panas punggung tu.
            “Hoi, hoi, hoi......kau ni kenapa Nad? Ada bara api ke atas kerusi tu yang buat kau panas bontot?” Ujar Syuhada sambil tersengih.
            “ Ishk, kak Syu ni......ada pulak cakap macam tu. Nad sebenarnya tak sabar nak tunggu ibu dan babah. Lagi sejam kot, sampai lah diorang tu.” Nadirah alih topic. Sengaja dia tak mahu Syuhada menghidu kerisauan yang melanda diri.
            “ Kau nak bohong agak-agak lah Nad. Kau nak bohong kaki bohong macam akak ni, ha. Memang tak boleh la.” Syuhada gelak besar.
            Nadirah tersengih.
            “ Baik akak siapkan kerja akak. Kalau tak, Nad bagitahu Dr. Hanis akak curi tulang....haaaa........tak tahu...” Nadirah menggoyangkan jari telunjuknya ke arah Syuhada. Kononnya mengugut.
            Syuhada mencebik.
            Sepulih minit kemudian baru Qayyun keluar dari bilik Dr. Hanis dan berkira-kira mahu pulang. Panjang leher Nadirah mengintai Qayyun dari dalam kaunter dispensary. Qayyun mengenyitkan matanya. Dia berjalan sambil tangan kirinya di masukkan ke dalam poket seluar.
            Nadirah menjeling. Hisy....kenapa dia tak cakap ape yang dia bincangkan dengan Dr. Hanis.

Dengarlah Anak. ( AYAH)

Sunday 29 April 2012

 Dengarlah anak, surat ayah bukanlah untuk meminta simpati, jauh lagi untuk meminta harta yang telah kamu usahakan selama ini. Ayah hanya mahu kamu tahu, ayah sangat sayangkan kamu. Sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan kamu, sama ada dunia dan juga akhirat.
 Anak, ayah tak minta kamu hantarkan duit untuk ayah setiap bulan. ayah boleh mencari duit sendiri walaupun ayah sudah tua. Walaupun, badan ayah selalu sakit- sakit sekarang, bukan duit yang ayah mahukan dari kamu wahai anak ayah. Ayah masih ingat ketika anak-anak ayah masih kecil yang sangat manja dengan ayah. Ayah akan tersenyum sendiri bila ayah teringatkan zaman kecil kamu. Anak ayah......kenapa, anak ayah susah untuk pulang menjenguk ayah di kampung? Banyakkah kerja anak- anak ayah di pejabat? Tak mengapa, mungkin anak ayah sekarang terlalu sibuk. Seingat ayah, terakhir kamu pulang ke kampung, iaitu setelah anak ayah tamat pengajian. Kamu hanya duduk di kampung selama seminggu, selebihnya anak ayah ke Bandar mencari kerja. Setelah itu, ayah tak jumpa lagi anak ayah. Hanya panggilan telefon yang ayah terima.
 Anak ayah, bukan ayah mengungkit. Ayah cuma teringatkan kisah dulu. Ayah menoreh getah sebelah pagi di kebun getah Pak Samad. Setelah itu, ayah akan ke kebun kita untuk mengambil ubi kayu untuk di jual di tepi-tepi jalan. Along, anak ayah yang sulung, selalu membantu ayah di kebun. Kata along, along mahu mencontohi ayah yang tak pernah mengeluh dalam mencari rezeki. Angah pula, selalu tolong ibu di dapur, sementara adik anak yang paling bongsu masih kecil ketika itu.
 Setiap pagi, ibu akan menghantar along dan angah ke sekolah dengan mengayuh basikal. begitulah setiap pagi sehinggalah Along naik ke sekolah menengah. Keputusan UPSR along sangat cemerlang. Jadi, along dapat tawaran ke sekolah Berasrama Penuh. Ayah gembira sangat-sangat. Ketika itu, tak ramai anak kampung yang dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Setiap hujung minggu, Ayah akan pergi jenguk along di asrama. Ayah gembira sangat, sebab along ketika itu semakin berisi, sebab dapat makan yang makanan yang enak. Tak apa, ayah dengan ibu dah biasa makan ubi kayu dengan ikan masin.
 Semakin hari, anak ayah semakin dewasa. Angah dah jadi anak gadis yang sangat cantik. Ramai yang memuji kecantikan angah. Ayah bersyukur kepada ILAHI kerana menganugerahkan anak-anak yang baik dan cantik selain dari bijak.
 Sekarang, ibu sudah tiada. Anak-anak ayah ke mana? Kenapa tidak pulang semasa ibu sedang nazak dan merindui anak-anaknya? Ibu, hari-hari menyebut nama anak-anak ayah ini sebelum ajalnya. Sampainya hati anak ayah memperlakukan ibu sebegitu. Tetapi, tidak mengapa anak, ayah faham. Anak ayah sibuk mencari rezeki. Ibu ada pesan pada ayah untuk bagitahu anak-anak ayah yang sangat ayah cintai. Ibu halalkan setiap susu yang mengalir dalam tubuhmu. Ibu maafkan setiap perlakuan kamu. Begitu sayangnya ibu pada kamu, anak-anak ayah.
 Angah sudah pun berkahwin dengan lelaki yang kaya di Bandar. Ayah dapat tahu melalui surat khabar. Mungkin along yang menjadi wali kamu, Angah. Tak mengapa, ayah faham, ayah miskin dan tidak berharta. Baju ayah semua koyak rabak. di tampal sana,tertampal di sini. Ayah tak punya cukup wang untuk membeli pakaian ibu dan ayah sebab semua tak penting. yang penting anak-anak ayah semua cukup makan pakai dan pelajaran yang cukup.
 Along juga, mahu berkahwin dengan anak majikan along kan? Tak mengapa kalau along tak mahu menjemput ayah. Sebab ayah tak perlu jadi wali along, kerana along anak lelaki. Ayah akan kumpul duit untuk pergi ke kenduri along kalau along jemput ayah nanti. Tak mengapa nak, tak menyusahkan ayah. Ayah sanggup lakukan apa saja untuk anak-anak ayah. Tetapi, along malu agaknya untuk menjemput ayah. Ayah tiada kereta mahal untuk ayah naiki. Ayah juga tiada pangkat dan tidak di kenali.
 Anak- anak ayah, dulu ayah beri kamu duit untuk kamu belajar dan mencari ilmu yang cukup. Ayah tak mahu anak ayah susah hati memikirkan tentang kehidupan kita yang susah. Mungkin dulu, poket baju ayah koyak, tetapi, di dalamnya ada duit untuk anak ayah belanja di sekolah. Tak apa, ibu dengan ayah tak makan, janji anak ayah cukup segalanya. Tidak di ejek rakan-rakan sekolah yang lain. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha anak-anak ayah, semua anak ayah berjaya di menara gading. Belajar sampai ke luar negara. Sekarang hidup juga dah senang. Syukur pada TUHAN yang satu.
 Anak ayah.....Dengarlah, ayah tidak meminta duit yang anak-anak ayah kumpul, sebab ayah tak perlukan duit. Ayah tak mahukan kereta mahal, ayah juga tak mahu pakaian-pakaian canti kerana ayah tahu, pakaian terakhir ayah hanyalah kain putih yang suci seperti sucinya CINTA ayah pada anak-anak ayah.
 Tak sia-sia ayah ke kebun getah, mencabut ubi kayu dan mengutip tin. Ya, ayah sanggup ke pekan untuk mengutip tin. Salah satu usaha ayah untuk mencari duit bagi anak-anak ayah untuk dapat terus belajar dan jadi orang berguna. Ayah tak marah nak, ayah sayang anak-anak ayah semua. Ayah juga tak berkecil hati kalau anak ayah sudah tidak pedulikan ayah. Ayah cuma terkilan sedikit, sebab ibu pergi dalam keadaan kerinduan. Rindu anak-anak kesayangan kami pulang menjenguk kami. Dan ayah tahu, ayah juga akan pergi dalam keadaan rindu.
 Anak- anak ayah, ayah halalkan setiap peluh yang mengalir di badan ayah demi mencari rezeki untuk anak-anak ayah. Ayah halalkan segala setiap suapan ayah pada kamu, dan yakinlah bahawa ayah sangat berbangga dengan semua anak ayah. Dan jangan menyesali apa pun, jika kamu pulang nanti, hanya pondok buruk beratapkan zin yang berkarat dan bocor. Kerana di situlah tempat kamu, anak-anak ayah membesar. Di situlah tempat ayah menadah air hujan kerana atap-atap yang bocor setiap kali hujan, ayah takut untuk lelapkan mata kerana bimbang anak ayah tak selesa bila hujan lebat. Tak mengapa nak, ayah tidak berilmu. Ayah tak tidur pun tak mengapa, sebab yang penting anak ayah tidur lena di tilam. Sementara ayah dengan ibu tidur berbantakan lengan bertilamkan lantai kayu.
 Anak ayah yang ayah sayangi dan cintai, dengarlah. Asuhlah anak kamu sebaiknya. Carilah rezeki yang halal dan harta yang banyak agar cucu-cucu ayah tidak akan mengalami kehidupan seperti kamu dahulu. Ayah sangat bersalah kerana tak dapat memberi kehidupan yang baik pada kamu. tak dapat membeli mainan untuk kamu semua, tetapi ayah syukur anak ayah semua pandai-pandai tanpa mainan, pakaian yang mahal dan cantik. Tuhan anugerahkan tubuh badan yang sihat pada kamu, itu sudah membuatkan ayah bersyukur.
 Akhir kata dari ayah, ayah sayang kamu. Anak ayah. Tidak ada satu dosa pun yang kamu lakukan kerana ayah dan ibu sudah memafkan kamu semenjak kamu lahir ke dunia dan menceriakan hidup ayah dengan suara tangis dan gelak ketawa kamu.

Nadirah~~ My Juwita 2

“Qayyun  boleh ganti auntie tak hari ni? Auntie ada hal sikit lah.” Ujar auntie Hanis.
Qayyun bangun dari kerusi malas milik papanya.
“alah....Auntie, Ayyen baru je ingat nak rehat.” Qayyun bangun menuju ke bilik. Bersiap- siap untuk ke klinik milik Auntie Hanis.
Kurang setengah jam dia turun dengan hanya memakai kemeja biru air dengan seluar slack hitam. Kemas. Auntie Hanis dan mamanya hanya tersenyum. Dia berkira-kira mahu pergi. Di sarungkan kasut rockport berwarna dark brown. Qayyun bermain kunci keretanya di jari sambil bersiul kecil.
Qayyun baru membuka pintu kereta, tiba-tiba namanya di panggil. Dia menutup kembali sambil berlalu menuju ke arah Auntie Hanis. “ Auntie lupa nak bagitahu, hari ni ada seorang staff baru nak masuk kt klinik Auntie. Kamu tolong bagitahu dia ape yang patut dia buat. Hari ni kamu suruh dia assist kamu dulu. Dia fresh graduate in nursing. So, i expect that she know what should she do when assisting you. Oh, itu pun, kalau dia nak start kerja hari ni.”  Auntie Hanis tersenyum.
Qayyun mengangguk. Dia kembali ke keretanya. ‘ ah, lupa pulak nak tanye siapa nama staff baru tu, malas pulak nak masuk balik. Hum, jalan jelah’ gerutu Qayyun.
Auntie Hanis memegang tangan hany. Hanya tersenyum diiringi jelingan ke arah Qayyun. Mereka sebenarnya mahu ke spa. Tetapi, tiada doctor ganti di klinik Auntie Hanis. “best jugak kalau kenakan Ayyen selalu kan hany?” Ujar Auntie Hanis. Puan Hany menjungkitkan bahunya. Geli hati tengok perangai anak terunanya itu. Walaupun banyak bunyi, tetapi akhirnya dia buat jugak.
Auntie Hanis menanti puan Hany bersiap. Dia pun tahu, adiknya tu kalau bersiap memang lambat. Walaupun masing-masing dah lanjut usia, tapi masih bergaya, okay?


                        ********

“Syu, hari ni saya ganti Dr.Hanis ye” ujar Qayyun sebaik tiba di klinik milik Auntie Hanis yang terletak di bangunan Dwitasik. Tak jauh dari hospital HUKM. Belumpun sempat dia mahu masuk ke bilik Doktor, dia ternampak seorang gadis di bilik menunggu. Dia mengagak mungkin gadis itulah yang di maksudkan oleh Auntie Hanis. Baru selangkah kakinya melangkah ke bilik tersebut, gadis itu berpaling seraya berdiri. Dua mata bertembung. Kedua-duanya terkejut melihat satu sama lain.
“awak?” mata Nadirah membulat. Jari telunjuknya di sua ke arah Qayyun.
Qayyun tersenyum sendiri. ‘mungkinkah dia memang di takdirkan untukku?’ ujar Qayyun dalam hati.
“tak sangka saya yang awak akan bekerja dengan saya?” Qayyun mulakan bicara. Sila duduk. Nadirah sudah tak senang duduk. Qayyun meminta borang kerja yang perlu di isi oleh calon sebelum memulakan kerja.
Nadirah membaiki kedudukannya. Memang dirasakan panas betul kerusi ni. Sampai dah tak boleh nak tahan. Rasa macam nak berdiri je. Tapi, di tahan aje. Yelah, takkan nak tunjuk yang aku ni menggelabah beruk depan mamat nih. Hum, malang kot nasib aku kena mengadap muka dia ni. Nadirah berdialog dalam hati. Qayyun masih tekun merenung borang kerjanya. Entah gambar gadis seksi mana yang ada dalam borang aku tu sampai dia tenung macam nak terbakar kertas tu.
“yang awak ni, kenapa? Sakit perut?” ujar Qayyun lembut. Nasib baik masa ni masih tak ada pesakit yang datang. Kalau tak, tak bolehlah nak duduk berduaan lama-lama dengan awek ni. Dia tersenyum lmemikat pada Nadirah.
“ er...er....saya takde ape-ape.um, so bila saya boleh start kerja Doktor....” ayat doctor memang sengaja ditekan kerana dia masih tak tahu nama lelaki tersebut.
Qayyun tersenyum. “Qayyun” ujarnya pendek. Nadirah mengangguk. Hum, tak habis-habis dengan senyum dia tu.
“sekarang boleh tak? Senang sikit hari ni. Saya ajar awak terus.” Nadirah membulatkan matanya. ‘Hari ni? Dah la aku tak prepare ape-ape. Sukahati mak bapak dia plak. Aduh, nantikan kalau di tolak tak dapat kerja pulak.’ Gerutunya.
Akhirnya dia mengangguk. Terpaksa. Kalau tak kerana surat duit pinjaman PTPTN nya dah sampai, dan kene bayar mulai bulan depan, takde maknenye aku nak kerja kat sini. Qayyun tersenyum dalam hati.
Jom saya kenalkan dengan staff lama di sini. Nadirah hanya membuntuti Qayyun. Seorang demi seorang diperkenalkan pada Nadirah. Staff kat sini pun bukan ramai macam kat hospital. Yelah, nama pun klinik kan? Hanya ada dua orang staff. Dua-dua dah kahwin. Hari ni kerjanya, assist Dr. Qayyun ni. Mujurlah hari ni klinik tutup pukul 5 petang. Kalau tak, mampus lah aku. Makan pun tak lagi.
Dia hanya berdiri di belakang Dr. Qayyun yang sedang berbual dengan pesakit. Dia hanya mendengar dan menunggu arahan apa yang patut di buat.  Pesakit ni pulak, asyik menjeling ke arah Nadirah. Qayyun perasan, hatinya di tahan. ‘geram pulak aku tengok mamat nih duk asyik pandang kat buah hati aku nih’ gerutu Qayyun dalam hati. Nak di marahnya, pesakit pula.
Tepat pukul 1 petang. Qayyun mengajak Nadirah keluar makan. Nadirah hanya menurut. Dia bimbang juga, dulu Dr.Hanis kata aku tak boleh keluar rehat. Cuma makan kat dalam pantry yang di sediakan je. Ishk, seram pulak dengan Qayyun ni. Memandai jek dia, nanti karang gaji aku yang di tolak. Nadirah menggaru kepala yang tak gatal.
“awak bimbang Dr.Hanis marah ke?” Qayyun mulakan bicara.
Nadirah mengangguk.
“tak perlu. Saya dah inform dia awal-awal lagi.”
Nadirah membulatkan matanya lagi.
“awak ni comel bila awk buat muka macam tu,saya suka.” Selamba saja Qayyun berkata. Nadirah tunduk malu. Pipinya yang agak kemerahan bila dia terasa malu.
“tapi...Dr.Hanis kata kami tak diberi masa rehat sebab masa tak teratur.” Nadirah memulakan bicara setelah beberapa minit berdiam diri.
“takpelah. Setengah jam je. Nanti kita masuk balik. Saya lapar. Hari ni saya belanja awak makan ye?”

Nadirah~~ my Juwita 1

“Nadirah.....” Satu nama yang tidak asing lagi yang meniti di bibir mulus Dr. Qayyun. Dia mengeluh perlahan. Begitu sukar dia ingin mendekati gadis pujaan hatinya. Gadis biasa...yang sentiasa berbaju kurung...sopan di matanya. Nadirah cumalah pembantu klinik di mana tempat itulah yang mempertemukan mereka buat kali kedua.
Banyak yang dia perlu tahu tentang gadis ini. Tetapi, gadis itu belum pernah memberi peluang untuk dia mendekatinya. Dr. Qayyun mundar-mandir di biliknya di Hospital HUKM. Dia tidak ke klinik pada hari ini kerana mak ciknya yang bertugas, dia hanya datang untuk menggantikan Auntie Hanis pada hari rabu sahaja. Kerana Auntie Hanis bercuti pada hari tersebut. Dan dialah yang menggantikan Dr. Hanis pada hari rabu.
“Nadirah...” sekali lagi nama gadis itu yang meniti di bibirnya. ‘baru sehari saja aku tak jumpa dengan Nadirah....aku dah macam separuh gila’ ujar Qayyun dalam hati.
Dia masih  ingat, pertama kali dia berjumpa dengan gadis itu di shopping complex. Gadis itu memarahinya apabila dia dengan tidak sengaja terpijak kasut yang di pakai Nadrah sehingga kasut itu terkoyak.
“ Hoi....buta ke?” marah Nadirah. Dia tunduk menyentuh kakinya yang agak sakit. Tali heelnya tanggal. Mata dia bulat memandang heel kesayangannya. Tini melongo.
‘sah-sah minah ni mengamuk karang.’ Tini berkata dalam hati seraya memegang tangan Nadirah.
Dia kalih pandangannya pada lelaki yang melanggarnya. Qayyun diam. “ err...um...sorry cik”
“Ape sorry, sorry? Sorry naik lori lah..kau tengok nih!!! Habis rosak kasut kesayangan aku!” wajah Nadirah merona merah menahan tangis dan marahnya. Dia menunjukkan kasutnya pada Tini, sahabatnya. Tini mengangguk faham. Memang kasut kesayangan Nadirah. Nadirah ni pantang kalau orang rosakkan barang-barang hak miliknya.
Gadis di sebelah hakimi mencebik..
“Alah...heels murah aje...boleh beli lain kan? Kami boleh ganti sepuluh yang macam tu.” Ujar Engku safia pada Nadirah. Betapa sinisnya kata-kata gadis di hadapannya.
“ aku pandang kau nih....kecik...besar...kecik...besar jek...karang aku hentak kau kat sini...boleh tertanggal mulut kau yang merah macam biji saga tuh.” Marah Nadirah. Engku safia menjenggilkan matanya. Tini dah tarik tangan Nadirah..ape taknya, orang dah pandang-pandang ke arah mereka.
Qayyun tergelak bila Nadirah memarahi Engku safia. Belum pernah dia melihat Engku safia di marahi sebegitu. Engku safia dah menghentak kakinya.
“ sayang....” Engku safia merengek manja seraya menggoncang-goncang tangan hakimi. Seperti budak tadika merengek minta dibelikan aiskrim.
“ Macam nilah cik...saya ganti yang baru yek?” ujar Qayyun sambil membuat muka comel.
‘hai mamat nih...jangan lah wat muke camtu...taw lah muke ko tuh comel. Tergoda aku, taw tak’ ujar Nadirah dalam hati. “aku nak sebijik macam nih.boleh?” Nadirah berkata sedikit kasar. Dia memandang kembali pada heel nya. dia seakan mahu menjerit sekuat hati..
Tak sangka gadis comel di hadapannya akan marah sehingga merah padam mukanya. Air mata gadis itu laju mengalir keluar dari tubir matanya. Qayyun kaget.
“um...okey macam nih...kali ni saya ganti yang lain dulu..nanti dah jumpa macam ni saya akan belikan untuk awak.” Lembut kata-kata Qayyun. Gentleman gitu. Dia memberi namecard pada Nadirah. Nadirah mengangguk.
‘Huh! Nasib baik die belikan jugak kasut lain hari ni. Kalau tak, mampos aku. Nak balik rumah camane. Nak harap aku belikan, haram. Takde maknenye aku nak beli lain. Aku ni dah lah sengkek. Tak kerja plak tuh.’gumam Nadirah dalam hatinya yang kecik tu.
“ errr....cik...”
“Nadirah” sambut gadis itu.
“ kalau awak ada nampak kasut yang sama macam awak punya ni, awak belikan dulu. Nanti claim dengan saya. Kalau takde, saya akan cari sampai dapat. Kasut awak yang ni, saya akan simpan sebelah.” Ujar Qayyun. Nadirah melongo. Tini pun.
“ ei, sayang....u nak simpan ni buat ape? Ishk...tak payahlah.” Engku safia masih tak berpuas hati.
Qayyun tersenyum manis. Dia buat dek je. Malas nak melayan kerenah gadis manje di sebelahnya ni.
“senang i nak cari yang sama. Lagipun, i yang salah. I kene lah ganti. Kan?”
Qayyun dan Engku safia berlalu setelah menggantikan sepatu baru kepada Nadirah. Engku safia berjalan seiring dengan Qayyun. Di pegang erat tangan Qayyun.
“huh, ko tengok tu Tini. Macam kita nak culik boy die jek” getus Nadirah. Tini mengangguk-angguk. Dah macam burung belatuk. Bersuaranya tak.


                                    **********


“ hai Qayyun....kau dah angau ke dengan tuan empunya kasut tu? Aku tengok kau hari-hari duk telek benda alah tu. Then, ko senyum sorang-sorang” ujar Farouk. Senior doctor di situ yang agak rapat dengannya.
“ i think that i fell in love with this girl...” ujar Qayyun.
“ sure. I can see it through your eyes” ujar Dr. Farouk sambil mendepangkan tangannya. Dr. Farouk yang hanya tua lima tahun darinya sudah lama menyimpan perasaan pada Engku safia. Tetapi, apa kan nasib badan. Safia tergila-gilakan Qayyun.
“aku nak ganti kasut dia ni..tapi aku belum jumpa lagi. Dia pun, langsung takde call aku.” Qayyun menyandar di kerusinya. Dia meraup mukanya. Sudah sebulan kejadian tu. Hatinya dah mula rindu pada gadis tersebut. Kadang-kadang dia akan ke midvalley, tercari-cari bayang gadis pujaan hatinya. Tetapi, hampa.

Terima Kasih.......... Cinta

Friday 27 April 2012

Tak pernah menduga ini yang bakal ku lalui,
bertemu seorang lelaki yang cukup sifatnya,
cukup sempurna di mata hati,
menjadi teman ketika susah,
menjadi pendengar bila hatiku resah,
menjadi pembimbing tika ku lalai,
menjadi pelindung ketika ku lemah.

Cinta yang datang tanpa di paksa
Rindu yang bertandang tanpa ku duga,
Hati kian resah menahan panahan rindu yang tak sudah,
Sudah ku ungkap rasa kasih,
Kutebarkan seluas rasa sayang yang tak berbelah,
Kesetiaan yang menjadi tunggak pemisah,
Kejujuran bertebaran di dada hati,
Membuatkan kita terasa buta dengan cinta Hati.

Tangan di pimpin menunjukkan rasa hati,
Pelukan mesra juga sebati dalam diri sendiri,
Bukan meminta dinilai seperti tiada harga diri,
Kerana cinta yang menebal dalam diri,
Semestinya terasa ingin untuk di sayangi bagai puteri,
Menjadi permaisuri sudahlah pasti.

Bukan mendesak untuk kau menyunting hati,
Kerna ku takut diri kan di hancuri,
Oleh hawa nafsu yang sudah sebati dalam diri,
Bimbang nanti kan merosak diri,
Sudahlan di anggap seperti mawar yang tidak berduri,
Kian lebur di mamah bumi.

Cinta yang kau damparkan ku sambut mesra,
Sepertinya semua sudah bermakna,
Cinta ini kan ku simpan elok dalam hati kita,
Agar nanti kita kan dapat habuannya,
Berjanji hidup bersama selamanya.

Cinta.....setiap hari senyuman manismu membuatku resah,
Takut kalau-kalau diri ini akan rebah,
Disebalik rayuan dan godaan noda,
Membuatkan kita lupa pada DIA yang Esa,
Marilah kita sama-sama hindarinya,
Agar bahagia yang kita kecapi di redhai NYA.

Cinta....terima kasih kerana kau sentiasa bersama,
Walaupun dalam derita,
Tersembunyi sejuta rahsia,
Sebalik wajah tulus yang mesra menyapa,
Tatkala hati kebimbangan menyelubungi diri,

I.L.Y~~~19

Thursday 26 April 2012


“ Hakimi.”
               Hakimi berpaling setelah terdengar namanya di panggil seseorang. Nadia tersenyum memikat. Hakimi pula tersenyum paksa. Dia tunduk memandang lantai, Nadia menghampiri. Di sentuh lembut bahu Hakimi. Hakimi angkat muka memandang jemari Nadia yang berada di atas bahu kirinya.
               Nadia alih perlahan tangannya. “ I datang nak jenguk Nia. I baru aje dapat tahu yang Nia Marsheela kemalangan. Kesian dia. Sudah tiada sesiapa dalam hidup dia, kan?” suaranya begitu perlahan namun Hakimi dapat merasakan nadanya yang sinis.       
               “ Siapa cakap dia tiada siapa-siapa?” Hakimi merenung tajam anak mata Nadia.
               Nadia gugup. “ Errr....apa maksud you?”
               “ Dia ada aku. Dan aku tak akan biarkan dia keseorangan.”
               Hakimi berlalu meninggalkan Nadia. Nadia tercengang.
               “Hakimi.”
               “ You nak apa sebenarnya Nad? I need to see Nia now. I cant let her be alone. If you don’t have any important things to do with us, better you go back now.” Ujar Hakimi.
               Nadia merengus. ‘ jantan tak guna.’ Ujarnya perlahan. “ Okay, wait. I’m here to see Nia. She also my friend, so I’ve right to come and see her.”
               “Aku tak percaya kau anggap Nia kawan kau. Lagipun, aku nak dia rehat cukup-cukup. Aku tak nak ada sebarang gangguan.”
               “ Nanti, Hakimi. Dengar dulu apa yang Nadia mahu bagitahu kau. Dia perlu jumpa Nia.”
               Hakimi berpaling. Dahinya sedikit berkerut. Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah Nadia. Khairul tersenyum mesra memandang Hakimi, sebelah tangannya di paut pada bahu Nadia. Nadia senyum bohong.
               “ Hakimi, kenalkan Khairul. Bakal tunanganku.”
               Hakimi tersenyum seraya mengangguk-anggukan kepala. Dia sedikit terkejut dengan pengakuan Nadia Khaleya. Namun hatinya sedikit tenang akan mendengarkan berita tersebut.
               Nadia memandang Khairul sambil mengangguk-anggukkan kepala.
               “ Sebenarnya, Nadia datang ke mari mahu mohon maaf atas kesilapannya pada Nia. Dia selalu bercerita tentang Nia, betapa Nia sangat bertuah memiliki kau. Kau terlalu sayangkan dia kan?” Ujar Khairul.
               “ Maaf, mungkin lain kali kamu boleh datang lagi. Aku tak mahu ada gangguan pada Nia. Dia perlu banyak rehat. Mungkin lepas dia pulih aku akan call kau orang?”
               Hakimi tetap dengan keputusannya tak mahu sesiapa mengganggu Nia. “ Hakimi…..kau tak boleh macam ni. Aku dengar kau dah lama tak masuk pejabat? Aku tahu kau sayang Nia sangat-sangat, tetapi kau tak boleh abaikan kerjaya kau semata-mata kerana seorang perempuan.” Nadia Khaleya cuba berbuat baik.
               Hakimi tunduk. “ Nad, cinta aku pada Nia tak dapat di ungkap dengan kata-kata. Sukar untuk aku luahkan apa yang ada dalam hati aku, namun apa yang aku tahu, aku tak nak Nia Marsheela jauh dari aku. Andai kata, dia bukanlah jodoh ku. Namun aku kan tetap akan berada di sampingnya.
               Nadia Marsheela terpempan. Betapa hebatnya cinta Hakimi pada Nia Marsheela. Tubir matanya berair. Dia segera berlari menuju ke kereta. Khairul memandang sinis pada Hakimi.
               Dikejarnya Nadia. Mungkin bagi Hakimi, Nadia bukanlah siapa-siapa. Namun, baginya Nadia sangat istimewa, cuma perlu di ajar di didik sebaiknya. Dia faham yang Nadia sudah tiada ibu. Ibu-ibu tirinya sebelum ini tidak pernah mempedulikannya. Mungkin kerana itu juga, sifatnya dan perangainya lain dari yang lain. Sangat pendendam.
               Sepanjang perjalanan pulang, Nadia hanya berdiam diri. Bercakap tidak. Langsung tidak di endahkan Khairul yang berada di sebelahnya. Khairul hanya memandang. Tidak mampu berkata-kata. Toyota Harrier hitam meluncur laju.


10 SURAH AL-QURAN YANG MUSTAJAB

Thursday 5 April 2012

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.