I.L.Y~~~15

Monday 5 March 2012

“Hai sayang....”
Nadia terperanjat apabila terasa pinggangnya di sentuh. Di pandang sisi, terpancul wajah Khairul Amar. Bulat mata Nadia. Khairul Amar tersenyum sinis.
“ I miss you, darling.” Selamba Khairul Amar mencium dahi Nadia. Rakan-rakan lain hanya melihat. Nadia sudah baran. Dia merentap tangannya.
“ Kau jangan nak malukan aku eh.” Jari telunjuk di angkat ke muka Khairul Amar. Dia hanya sengih sinis.
Khairul Amar mengusap lengan Nadia yang terdedah. “ Ingat, you jangan sakitkan hati I, or your video.....remember?” nafas Nadia sudah naik turun menahan rasa. Nadia memandang kea rah rakan-rakan yang sedang galak melihat mereka berbicara.
“ Kau nak apa!” marah Nadia. Mukanya sudah merah. Matanya berair.
“ You cantik hari ini. I just nak you temankan I makan. I miss you honey.” Tangan Khairul Amar semakin galak mengusap pipi Nadia. Nadia menepis kasar.
“ Kau jangan nak tunjuk hebat kat sini, ye. Jantan sial. Tak guna.”
“ Don’t break my heart, dear. I’ve told you. Be nice with me, or I’ll make sure yang karier you hancur, you akan jatuh tersungkur and your family dapat malu.” Di cengkam kuat lengan Nadia. Nadia mengaduh.
“ Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku pada kau sebenarnya? Aku tak kenal kau, dan kenapa tiba-tiba kau hadir dan mahu musnahkan segala impian aku?”
“ Bukan sini tempatnya kita berbincang. Kau pergi ambil beg tangan kau sekarang. Ikut aku. Sekarang!” arah Khairul Amar.
Nadia cepat- cepat meluru ke meja rakan-rakannya tadi. Tanpa bicara dia ambil beg tangan dan terus mendapatkan Khairul Amar.
Khairul Amar menarik tangan Nadia lalu di genggam erat. Nadia mahu menarik tangannya dari genggaman Khairul, namun Khairul mengahalang. “ Jangan. Terus pegang tangan aku atau kau dapat malu.” Khairul Amar masih lagi dengan ugutannya.
Nadia diam. Hanya mengikut langkah kaki Khairul Amar. Dia tak mampu bebruat apa-apa bila berhadapan dengan lelaki ini. Dia fikir, dia tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki tak guna ni. Mata Nadia berair, hampir saja jatuh ke pipi. Khairul yang melihat berhenti. Di sapu air mata Nadia.
“ Don’t cry baby. I’ll take care of you.” Ujar Khairul.
Nadia mencerlung. Di tepis tangan Khairul.
“ Aku tak perlukan kau dalam hidup aku. Aku benci kau, aku Cuma mahu tahu kenapa kau hadir dalam hidup aku dan musnahkan segala harapan dan impian aku?” Nadia sudah teresak-esak. Nadia menutup mulutnya.
“ I tak pernah nak aniaya you. I betul-betul akan bertanggungjawab andai ada apa-apa jadi pada you. Trust me.” Ujar Khairul Amar.
“ I don’t know who are you. Just tell me, why you do this to me.”
“ Masuk kereta I, jom I bawakan you ke satu tempat. Kat situ you boleh tenangkan fikiran.” Khairul menarik lembut tangan Nadia. Nadia akur. Dia perlukan kasih sayang seorang lelaki. Namun, dia tak pernah mengimpikan yang dia akan terlanjur sebelum kahwin.
Masok ke perot kereta harrier putih, dia menyandarkan kepala ke belakang tempat duduk. Dia memejamkan mata, cuba untuk terima segala dugaan yang menimpanya. Khairul memandang sepi pada Nadia.
Nadia khaleya memang cantik orangnya. Walaupun dia berpakaian seksi, namun dia masih menjaga maruahnya. Dan dialah lelaki yang bertanggungjawab merosakkan masa depan gadis itu. Dia tidak akan mensia-siakan gadis itu. Dia akan cuba bentuk gadis itu menjadi wanita yang lebih baik, insyaALLAH. Ujarnya dalam hati.
Melihatkan nadia seperti terlena, Khairul Amar biarkan saja. Dia tak mahu mengganggu. Dia meneruskan perjalanan ke suatu tempat yang mungkin boleh menenangkan jiwa Nadia Khaleya. Hampir setengah jam perjalanan, Khairul memperlahankan kereta untuk naik ke satu bukit. Terjahan kereta ke dalam satu lubang mengejutkan Nadia. Matanya terbuka luas. Di pandang sekeliling, dia kaget. Kelihatan seperti hutan. Nadia sudah tidak senang duduk. Dia tidak pasti di mana dia sekarang. Khairul Amar masih meneruskan pemanduannya.
“ Awak bawa saya kemana ni?” Jerit Nadia.
Khairul tersenyum. “ ha, kan kalau you panggil saya awak, kan sopan sikit. Ini tidak, aku engkau. At least I gunakan I and you untuk berbicara dengan you.”
“Berhenti! Hentikan kereta awak sekarang. Saya nak turun. Cepat!” Nadia menjerit kuat. Khairul menekan emergency break.
Nadia terkejut. Nasib baik dia pakai tali pinggang keledar. Kalau tak, arwah dah dia tanpa sempat bertaubat.
“awak ni, kalau tak pandai bawak kereta, lain kali jangan bawa.”
“ kenapa you asyik sangat nak marah? You cantik, berpendidikan, model terkenal pulak tu. Tapi, kenapa perangai you macam ni?” Khairul membuang pandang.
“ Apa yang you hairankan?” sinis ungkapan Nadia.
“ I bukan nak buat apa-apa....i Cuma nak you tenangkanfikiran. Kat sini ada villa father i. You boleh rehat. Ada air terjun kat atas tu.”
Nadia diam. Tak sampai lima belas minit, mereka sampai ke Villa Diane Love. Nama pun dah macam unik aje. Halamannya cantik. Ada pelbagai jenis bunga. Pokok orkid di susun kemas hadapan beranda Villa tersebut. Nadia kagum. Dia memandang sekeliling rumah. Khairul Amar hanya melihat sambil tersenyum.
‘Rupanya Nadia pun tahu menghayati alam sekitar. Ingat kan singa betina ni hanya tahu pub dan club aje.’ Ujar Khairul dalam hati.
“ Cantik.” Ujar Nadia perlahan namun masih dapat didengari Khairul.
Khairul pimpin tangan nadia masuk ke dalam Villa. Mak Diah tersenyum menyambut kedatangan Khairul Amar. Dia sudahpun di maklumkan tentang kedatangan Khairul Amar bersama teman pagi tadi. Khairul memperkenalkan Nadia dengan orang gajinya yang sudah di anggap seperti keluarga sendiri.
Mak Diah yang selalu menjaga makan minumnys semasa kecil. Mama dan papa yang selalu sibuk membuatkan dia menghabiskan masa bersama Mak Diah. Di sinilah tempat dia membesar, sebelum dia melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Tak banyak yang berubah di Villa berkenaan. Masih sama, kemas dan di jaga rapi. Mak Diah memang suka menanam kerana mamanya sangat sukakan bunga. Setelah mama dan papa bercerai, Villa itu di jaga oleh Mak Diah dan suami.
Dia menyalami tangan tua Mak Diah. Nadia hanya melihat. Dia tersenyum.
“ Mak, ni kawan Amar. Nama dia Nadia, Nadia ini Mak Diah. Mak angkat saya. Mak yang jaga rumah ini.” Nadia mengangguk, dia bersalam dengan Mak Diah.
“ Cantik, kamu. Mak macam pernah nampak Nadia, tapi Mak dah lupa. Khairul Amar senyum, di peluknya orang tua itu.
“ Mak, inilah Nadia model terkenal kat Malaysia ni,” Ujar Khairul.
Mak Diah tersenyum. Nadia malu. Tiba- tiba perangainya sedikit berubah. Dia terasa sedikit tenang berada di Villa Diane Love.
“ Duduklah, mak  nak ke dapur sekejap. Amar, teman Nadia ye.” Mak Diah tersenyum serasa menuju ke dapur.
“ Bermalam di sini ye. I bawakan u ke bilik you, sekejap lagi I bawa you kat tempat I cakap tadi.” Nadia Diam. Tidak melawan. Tunduk lesu. Kali pertama dia merasakan ketenangan menusuk ke kalbu. Dia tak mahu keluar dari tempat yang dapat membuatkan dirinya tenang ini. Tak mahu dunia luar masuk ke dunianya.

1 comments:

maia said...

akan d update skali or 2 kali seminggu....tq ~_^

Post a Comment