I.L.Y~~ 3

Sunday 12 February 2012


“NIA MARSHEELA........”
                Langkahnya terhenti apabila terdengar namanya di panggil. Dan dia seakan tahu siapa si pemanggil. Dia tidak terus berpaling kea rah pemanggil, malah dia berdiri di tengah-tengah kawasan pejalan untuk pelajar ke kelas.
                Pemanggil tadi terus berjalan menuju ke arah Nia Marsheela. “ kenapa awak lambat ke kelas hari ni?” ujar ketua pengawas. Nia  gagap. Wajah ketua pengawas di pandang.
                “ maaf.” Hanya kata maaf yang mampu terkeluar dari mulut Nia.  Dia tidak mahu memberi alasan walaupun, alasan yang di berikan itu adalah benar dan bukan di reka untuk memalukan sesiapa. Dia bukan sengaja mahu lambat ke kelas, malah dia juga tidak sempat untuk turun bersarapan sebelum ke kelas. Ini semua gara-gara Nadia n the gangs tu yang membulinya semalam. Dia di paksa membuat kerja sekolah mereka sampai lewat pagi. Dia hanya dapat tidur selepas pukul 3 pagi.
                “kamu nak saya denda kamu ke? Atau nak saya berikan nama kamu pada guru disiplin?” ketua pengawas seakan mengugut. Nia menggeleng laju. Dia tak mahu namanya tersenarai dalam pelajar kurang berdisiplin. Dia tak mahu rekod pelajarnya rosak kerana dia datang lambat.
                “maaf, abang senior boleh denda saya. Tapi, jangan serahkan nama saya pada guru disiplin. Tolonglah.” Nia marsheela seakan merayu.
                “okay....boleh...awak nak saya denda apa?”
                ‘Macam request ape jek mamat nih buat. Gilo!’ Nia gumam sendiri.
                “Nia kutuk abang, ye?” ujar hakimi.
                Mulut Nia ternganga selepas mendengar kata-kata Hakimi.
                “Tu....lalat da masuk. Cepat gigit lalat tu.” Hakimi bergurau.
                Nia cepat-cepat menutup mulut dengan  kedua belah tangannya.
                Hakimi tergelak melihat telatah Nia. Gadis ini sungguh comel. Membuatkan dia betul-betul jatuh hati. Kalau bukan kerana tahun ni dia kena ambil peperiksaan STPM, dah lama dia suruh mak dia meminang. Memanglah dia masih muda dan mentah, tapi untuk jatuh hati kali kedua, memang tidak akan terjadi dalam hidupnya. Kerana Nia begitu sempurna di matanya sebagai seorang lelaki sepertinya.
                ‘cis. Mempermainkan aku plak orang tua ganyut nih.’ Nia maki dalam hati.
                “Nia jangan lah kutuk abang, kalau abang marah nanti....abang bagi nama Nia pada guru disiplin. Nak?” ugut hakimi. Memang dia ni kaki peras ugut orang kot?
                Nia cepat-cepat menggeleng.
                Hakimi mengangguk kepala. “ okay, awak di denda. Awak kena keluar dengan abang hujung minggu ini.” Hakimi terus berlalu. Dalam hati dia terasa menang, dan tidak rasa bersalah langsung pada Nia. Dia mahu membawa Nia berjumpa ibu dan ayahnya. Dia pasti ibu dan ayahnya tidak marah. Walaupun dia masih lagi bersekolah. Dia mahu ibunya kenal dengan gadis yang telah mencuri hati anak terunanya ini.
                Nia terpempan. Dia tidak boleh menolak, dan tidak boleh beri alasan.  Nia melangkah lesu menuju ke kelasnya yang tidak jauh dari situ. Dia seakan-akan tiada mood untuk belajar. Namun, dikuatkan semangatnya.
                Nasib baik lah cikgu Salina tak masuk kelas lagi. Keadaan kelasnya yang bising membuatkan dia lagi tiada mood nak meneruskan pembelajarannya. Apa ke malang lah hari ni pada dia.
                “allo, kawan. Kenapa awak mulam?” Shu Lim bertanya dengan bahasa pelat dia. Bila lah budak ni nak pandai cakap melayu betul.
                “amoi....saya malas mau belajarlah ini hari. Tadi saya, hampir-hampir kena pergi jumpa guru disiplin tahu?” shu lim terkejut.
                “haiyyaaa....awak ape buat sampai harus jumpa itu gulu disiplin meh?” ujar Shu Lim.
                “amoi...saya bukan harus jumpa lah. Hampir kena jumpa. Amoi..bila awak punya bahasa melayu mahu bagus meh? Pening lah saya cakap sama kamu.” Nia Marsheela tergelak. Hilang habis badmood dia bila bercakap dengan Shu Lim. Walaupun dia cina, tapi  Shu Lim lah kawan baik dia di sini.
                “okay, apa celita? Tak mau celita sama saya ka? Itu mesti mau celita ma, nanti you stress you takde boleh belajar ma.”shu lim memang kawan yang memahami.
                Nia mengeluh perlahan. Harus ke dia bercerita pada Shu Lim tentang dia dengan  Hakimi? Kalau semua pelajar tahu tentang aku dan Hakimi, tidak terkecuali juga pelajar  tingkatan lima dan enam. Dan paling hebat kalau Nadia and the gangs tahu tentang ini. Memang aku akan di buli dengan lebih teruk.
                “ takdelah amoi, tadi saya datang lewat ma. Kena tangkap sama ketua pengawas. Dia dah ambil nama saya....” belum pun sempat Nia menghabiskan ayatnya, dia melihat Shu Lim melopong. Nia berhenti bercerita, dek kerana tidak tahan melihat wajah Shu Lim, Nia gelak besar. Hampir satu kelas memandang ke arah mereka. Nia menutup mulutnya apabila semua rakan-rakan sekelasnya memandang ke arah mereka.
                “weh, amoi. Kenapa buat muka macam itu? Sakit perot ooo, tengok kamu macam tu...” terang Nia Marsheela.
                “ kamu, tadi cakap itu ketua pengawas ke?” Shu Lim menunding jari ke arah seseorang yang sedang berdiri di tepi koridor kelas mereka. Nia memalingkan badannya 360 darjah. Seraya dengan itu, wajahnya pucat seperti ternampak hantu.
                Hakimi melambai tangan ke arahnya. Kini, giliran Nia Marsheela pula melopong. Shu Lim menepuk belakang bahu Nia.
                “amoi, aku nak pengsan lah....” Nia memegang dahi. Badannya tidak seimbang, lalu jatuh atas lantai kelas. . Hakimi meluru berlari ke arah Nia.  Zulkifli yang berada tidak jauh dari mereka berdua terus mendapatkan Nia. Zulkifli yang cuba mengendong Nia di tolak kasar oleh Hakimi.
                “jangan kau berani sentuh Nia!” marah hakimi. Zulkifli dan rakan-rakan sekelas yang lain terkejut dengan tindakan Hakimi. Hakimi tidak mengendahkan dengan bisikan pelajar tingkatan 4 Baiduri itu, lalu dikendongnya Nia Marsheela ke bilik rehat. Dia mengarahkan Shu Lim memanggil guru disiplin dan seorang guru wanita untuk merawat Nia.
                Hakimi gelisah di luar bilik rawatan sekolah. Dia mundar-mandir di hadapan bilik rawatan.dia berasa pelik kenapa tiba-tiba Nia pengsan, sedangkan pagi tadi dia elok saja. Shu Lim yang baru keluar dari bilik rawatan di pandang dengan penuh tanda Tanya. Shu Lim tidak mengendahkan Hakimi. Dia berjalan selamba menuju ke kelas. Tak sampai tiga tapak jalannya, Hakimi menjerit macam orang gila menyuruhnya berhenti.
                Shu Lim berhenti melangkah. Dia berpaling menghadap Hakimi. “ senior, saya ada nama tahu? Bukan itu woi,woi nama saya” Marah Shu Lim. Dia menjeling Hakimi. Walaupun Hakimi ketua pengawas sekolah, dia tak takut.
                “okay-okay, maafkan saya. Amoi, kenapa Nia tiba-tiba pengsan?” ujar Hakimi.
                Shu Lim mencekak pinggang. Kenapa dia dengan Nia panggil aku amoi? Huh. “ senior tanya sama kawan senior, itu siapa ha. Nadia ka? Saya pun tatau itu nama.sudah lupa. Dia buli saya punya kawan, suruh buat homework sampai 3 pagi oh. Dia tade cukup tido oh.” Walaupun pelat, tapi Hakimi masih boleh faham apa yang dituturkan oleh Shu Lim.
                Hakimi mendengus kuat. Dia berjalan laju meninggalkan Shu Lim.
                Shu Lim melopong. “ini olang, manyak kulang ajar oh. Bukan mau cakap terima kasih pun? Haiyyyoo” bebel Shu Lim.


0 comments:

Post a Comment