note kuliah Maghrib UAI di Surau Ladang. (15/05/2012)

Thursday 17 May 2012

- Kitab Jihazul Madihah -

~!> " Memindahkan mayat kerana darurah "


1. Jika di negara kafir yg tak benarkan kebumi mayat orang islam hukumnya boleh pindahkan mayat t'sebut.

2. Di negeri bidaah,negeri bidaah adalah negeri dimana penduduknya byk mengamalkan p'buatan syirk seperti melakukan puja dan sembah kubur.

3. Sekarang ini pelik,kubur para ulama dan orang alim dipuja seperti nak dapatkan nombor ekor..siap pasang kemenyan serta buat perkara syirik..mu nok nombor ekor sgt bakpe mu tak gi mitok kat kubur tokey Magnum tu!

4. Ditempat yg selalu b'laku kecurian mayat,contohnya disuatu tempat di India..mereka mencuri mayat utk dijual pada hospital,boleh pindah mayat pada negeri sebegini.

5. Juga di kawasan yg selalu ditenggelami air,harus pindahkan mayat ke tempat yg tinggi sekalipun jauh.

6. Boleh juga pindahkan mayat dikampung lain dgn sebab nak hampir dgn orang alim dgn syarat,jaraknya tak sampai merubah mayat.


~!> "Haram bongkar kubur"

1. Haram bongkar kubur kerana nak pindahkan mayat ke sesuatu tempat lain dgn tanpa sebab atau saja-saja nak pindah walaupun nak pindahkan mayat itu ke Mekah sekalipun..padahal Mekah tu tempat paling hebat dah.

2. Wajib kita kata Mekah tempat yg paling hebat atas muka bumi,tiada yg sehebat dan seistimewanya,kerana di situ lahirnya orang yg paling hebat di alam ini iaitu Rasulullah S.A.W.

3. Setiap mukallaf wajib tahu di mana Rasulullah dilahirkan walau sejahil mana pun kita dan wajib jugak tahu di mana Rasulullah wafat..jika tak tahu berdosa besar.

4. Jika mayat itu sudah ditanam dan lupa dimandi dan kafan jugak haram dibongkar,dikira sudah tak dapat dilihat auratnya..hak mayat adalah ditutup auratnya dan hak Allah ditutupi seluruh anggotanya.

5. Jika mayat yg ditanam itu tidak dimandikan,dikafan dan disolatkan kerana tak pasti,maka haram dibongkar kuburnya. Berdosa bg orang yg hidup kerana tak periksa dulu,tiada alasan..tetap dapat dosa,maka solat jenazah lah di atas kuburnya..biarpun dh beribu tahun dia mati..

6. Jika mayat yg ditanam itu t'masuk didalam tanah orang dan tidak diizinkan tuan tanah,wajib digali semula..jika diizinkan tak perlulah digali.

7. Jika kerana mayat itu dikafankan dgn kain kafan curi maka wajib juga digali semula.

8. Boleh juga bongkar kubur jika ada barang yg b'harga tertinggal b'sama mayat,kalu takat mu t'tinggal coklat sebijik tak payah gali la..

9. Atau pun mayat itu telan barang curi,boleh gali dan belah perutnya sebagai pengajaran utk org hidup..saja2 belah haram.

10. Mayat yg t'silap menghadap kiblat semasa dikebumikan juga wajib dibongkar dan diperbetulkan kedudukannya supaya menghadap kiblat biarpun sejahat mana dia masa hidup.

11. Jika harta yg ditelan itu hartanya sendiri tak wajib bongkar.

12. Haram kebumikan ibu yg mengandung jika bayi didalam kandungannya masih hidup dan dipastikan oleh org yg pakar,boleh belah perutnya utk selamatkan bayi.

13. Mati kerana bersalin t'masuk dalam mati syahid,di akhirat dia mendapat pahala yg sgt besar. Pahala khas selain dari amalannya semasa hidup.

14. Pekerjaan yg paling byk mendapat pahala bg perempuan adalah menjadi suri rumah. Pahalanya melebihi segala pekerjaan lain diatas dunia. Setiap perbuatan dan kerjanya utk suami dan anak-anak dicatit..sampaikan perkara yg nampak remeh pun mendapat pahala,untungnya orang perempuan ni.
 

0 comments:

Post a Comment