Kini, sudah
genap seminggu Nia Marsheela memegang jawatan sebagai Personal Assistant kepada
Hakimi. Hakimi pula, setiap hari senyum sampai ke telinga. Almaklum lah, gadis
yang di pujanya berada depan mata setiap waktu dan saat. Kalu boleh, nak aje
dia letakkan meja Nia kat dalam ofis dia skali. Tak payah nak jenguk-jenguk dah
kat luar tu. Mana tidaknya, kalau bukan kerana bimbang si Remy buaya darat
rembat awek dia.
“ Encik Hakimi, petang ni encik
Hakimi ada meeting dengan client dekat Sungai Weng pukul 2. Sebelum tu, pukul
10 pagi nanti encik Hakimi ada meeting bersama
encik Kamal dari Syarikat Jaya Berhad. Itu saja jadual encik hari ini,
ada apa-apa lagi yang encik mahu?” Nia tidak memandang Hakimi. Sesudah membaca
jadual kepada Hakimi, dia meminta diri.
Baru selangkah Nia melangkah,
namanya di panggil. Langkahnya terhenti, lalu dia berpaling menghada Hakimi.
Dia berpura-pura tersenyum manis, sedangkan hatinya begitu berdebar tiap kali
memandang Hakimi.
“ ya, encik? Ada apa yang boleh
saya bantu?” ujar Nia Marsheela dengan penuh sopan.
Hakimi tersenyum sambil menggeleng.
“ Nia.....dah lama, abang cari Nia. Kenapa Nia diam lepas tamat SPM?” ujar Nia.
Nia terkedu dengan soalan
majikannya. Dia tidak menyangka bahawa Hakimi akan mengungkit kisah lalu. Nia
menunduk. Hakimi bangun dari kerusinya. Langkahnya perlahan, dan terhenti di
hadapan Nia. Wajah Nia lembut, selembut wajah arwah ibunya. Dia cuba meraih
tangan Nia Marsheela, cepat-cepat Nia menepis. Dia tidak mahu ada gossip antara
majikan dan pekerja.
“ maaf, encik Hakimi. Ini
pejabat, dan saya harap encik tidak mencampur-adukkan hal kerja dan peribadi.”
Tegas ucapan Nia, tetapi nadanya masih lembut.
Hakimi mengangguk. “ abang
faham, tapi kenapa Nia larikan diri pada abang dulu? Abang tak boleh lupakan
Nia sejak hari pertama kita jumpa. Lapan tahun lalu, Nia.”
“maaf encik Hakimi, kalau tiada
apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Nia berlalu pergi. Hatinya gelisah. Kenapa
Hakimi masih ingat perkara lalu? Sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan
istimewa. Masa itu juga, mereka masih mentah. Dan dia tidak menganggap Hakimi
lebih dari seorang kawan.
Hakimi megusap kepalanya. Entah
kenapa, dia berbicara tentang masa lampau. Tapi dia juga buntu bila Nia
seolah-olah tidak mengenalinya. Di ajak makan tengahari bersama, Nia menolak.
Di ajak naik kereta untuk di hantar pulang, pun dia menolak. Hakimi buntu.
*******
“oit, Nia...kau kenapa? Datang bulan, ek?” Aishah mengorek rahsia.
“isk....kak Aishah ni kenapa? Ada pulak cakap orang datang bulan, bulan
tu tak nak datang kat saya tau?” seloroh Nia.
Aishah gelak kuat. Remy yang berada tidak jauh dari meja Nia berpaling.
Dia senyum menggoda.
“hey, ladies....amboi, gelak sakan. Ada apa-apa ke ni?” Remy kenyit mata
pada Nia. Aishah yang perasan dengan tindakan Remy bertanya. “hah, kau pulak
kenapa? Sakit mate ke?”
Remy terasa terpukul dengan kata-kata Aishah. Tapi dia abaikan aje, yang
penting dia dapat berborak dengan Nia. Nia dan Aishah gelak. Dia tahu Remy mahu
pikat Nia, Nia saja tak layan. Dia bukan mahu mencari cinta, mahu cari rezeki.
Kalau di layannya buaya darat ni, alamatnya tak kerjalah dia. Hanya melayan si
Remy aje, semua kerja tak jalan.
Hakimi keluar dari pejabatnya. Dia sengaja keluar awal untuk meeting
dengan clientnya, kerana dia terlalu cemburu melihat Nia dan Remy begitu rancak
berbual di luar. Semua diam apabila Hakimi memandang ke arah Remy. Nia mula
bangun dari mejanya, dia turut mengambil buku catatan jadual Hakimi.
“kerja kamu dah siap ke Remy?” soalan tali gantung Hakimi dah keluar,
jadi Remy mesti bersedia dengan jawapan yang bernas. Remy mengangguk sambil berlalu
ke mejanya.
Hakimi berjalan laju menuju ke tingkat atas. Bilik meeting syarikatnya
berada di tingkat 12, manakala ofisnya berada di tingkat 11. Hakimi memang
mahukannya begitu, memandangkan dia seorang yang teliti dan tidak mahu
menjatuhkan prestasi syarikat yang baru menempah nama di atas usahanya sendiri.
Nia marsheela hanya mengikut langkah Hakimi.
Hakimi diam. Rasa cemburunya begitu kuat. Nia berlagak selamba walaupun
hatinya kecut meihat wajah Hakimi yang menyinga.
“abang dah cakap, jangan rapat dengan Remy.” Pendek ucapannya, tetapi
dalam maksudnya.
Nia mengeluh. “ encik Hakimi Qashah, saya dan Remy sama-sama kerja di
syarikat encik. Kenapa kami tak boleh bercakap? Undang-undang mana encik Hakimi
pakai?” sinis jawapan Nia.
Hakimi meraup wajahnya. “ Nia.....jangan lah panggil abang Encik. Abang
pun, bukan orang lain?”
“memanglah encik hakimi bukan orang lain, encik Hakimi tu kan bos saya?”
ujar Nia seolah-olah tidak mengerti.
“Nia, u know what happened in our relationship right? Its happened long time
ago, and now, I’m still loving you.” Hakimi sudah tidak sabar. Dia tidak mahu
kehilangan Nia Marsheela lagi. Begitu perit di rasakan bila dia tidak dapat
menghubungi Nia selepas Nia tamat SPM. Dan dia pula terpaksa menyambungkan
pelajarannya ke Australia.
“ encik Hakimi, saya tak mahu bincangkan hal peribadi ketika waktu
bekerja.saya...” Nia belum sempat menghabiskan kata-katanya, Hakimi sudah
memotong.
“ okay, lepas habis kerja nanti Nia balik dengan abang. Kalau Nia balik
sendiri tanpa tunggu abang, abang akan pergi cari Nia kat rumah family Nia.
Faham?” Nia kecut. Buku catatan di tangannya di ramas kuat. Geram, sedih,
takut, marah, semua bercampur baur. Dia sudah tiada alasan untuk melarikan
diri.
‘ ya ALLAH, kenapa kau temukan aku dengan lelaki ini sekali lagi?’ keluh Nia.
Ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua. Encik Kamal dari syarikat
Jaya Berhad muncul di sebalik pintu bilik mesyuarat. Mereka berjabat tangan.
Setelah itu, Encik Kamal memperkenalkan rakan barunya.
“ Encik Hakimi, ini saya perkenalkan Encik Badrul Azhan. Dia yang akan
menggantikan saya selepas ini, kerana saya di tugaskan ke cawangan lain di
Terengganu. Jadi, selepas ini, Encik Hakimi bolehlah berurusan dengan Encik
Badrul ye.” Hakimi mengangguk. Mereka berjabat tangan.
Hakimi perasan yang Badrul Azhan asyik melihat ke arah Nia. Tiba-tiba
hati kecilnya cemburu. “ okey, kenalkan she’s my personal assistant a.k.a my
fiancé” ujar Hakimi selamba. Dia perasan wajah Nia Marsheela yang terang-terang
terkejut dengan tindakannya, yang penting dia puas hati. Dia juga dapat lihat
wajah Badrul yang kecewa. Hakimi tersenyum sinis.
“wah, so she’s your co-pilot isn’t it? Hahahahaha” Encik Kamal menepuk
bahu Hakimi.
“silakan duduk, En. Kamal, En. Badrul.” Hakimi mempersilakan mereka duduk
di meja meeting. Mereka rancak berbincang tentang kertas kerja. Nia Marsheela
pula masih bermain dengan perasaan. Dahinya berkerut memikirkan kata-kata
Hakimi tadi.
Perasaan marah, geram bercampur menjadi satu. Dia masih ingat kejadian waktu
di sekolah dulu.
“ errr....hai, awak Nia kan?” tegur seorang pelajar tingkatan lima.
Wajahnya handsome, lembut dan senang di pandang. Nia yang sedang duduk di
bangku terus berdiri apabila melihat pemilik suara yang menegurnya. Dia
mengangguk perlahan. Dia juga gugup. Tak sangka pula, pelajar tingkatan lima
itu akan menegurnya.
“ aa....aa....iye....s...saya Nia...” Nia gugup.
Pelajar tersebut tersenyum. Salamnya bersambut, maknanya dia tidak
bertepuk sebelah tangan. “ saya Zain, pelajar tingkatan 5. Awak form 4 right?
New student here....so...how was it?
“what?”
“yela....pasal sekolah ni, pelajar-pelajarnya, cikgu?” ujar Zain. Dia
tersenyum. Dia masih berdiri seperti tadi, kedua-dua belah tangannya diletakkan
ke dalam poket seluar.
“oh...quite good. So far, I can cope with other student. And they also
nice to me” Nia tersenyum malu. Lelaki ini sopan bertanya tentang perihal
dirinya dan keadaan di sekolah ini.
Langsung mereka tidak menyedari bahawa mereka di perhatikan dari jauh.
Hakimi hanya melihat Zain dan Nia berborak. Dalam hatinya, cemburu menguasai.
Entah kenapa perasaan itu timbul. Dia juga tidak sedar bila perasaan itu mula
timbul dalam dirinya. Padahal sebelum ini, dia tidak pernah merasa begitu pada
sesiapa pun.
Tiba-tiba kakinya berjalan
menuju kea rah mereka berdua. Dia seakan tidak sedar dengan keadaan dirinya
yang terlalu cemburu.
“ oh, Zain rupanya. Nia, sorry
abang lambat. Tadi ada hal. Nia dah lama ke tunggu abang?” ujar Hakimi. Nia
terpempan.
“aa...tt..tak...s..” nia gagap.
“sorry sangat-sangat....abang
dah keluar awal tadi...tapi cikgu disiplin tu minta tolong, abang tak boleh
menolak lah..” Hakimi berpura-pura. Wajah kecewa Zain jelas terpancar. Hakimi
senang. Dia tak mahu sesiapa pun rampas Nia dari dia. Nia meramas bukunya. Dia
tak mampu bersuara.
“eh, Zain. Thanks sebab teman
Nia. Hum, aku dah lama nk bagitahu kawan-kawan yang lain yang Nia dah jadi
girlfriend aku sekarang, tapi aku segan lah, hehehe” Hakimi berbohong. Zain
tersenyum kelat.
Nia tidak tahan dengan drama
Hakimi. Dia berlalu pergi. Hakimi yang agak terkejut dengan tindakan Nia,
pantas berlari mendapatkan Nia. Dia harus berterus terang dengan Nia tentang
perasaan dia. Dia cemburu bila Nia bercakap dengan lelaki lain, bergelak ketawa
dengan lelaki lain. Hati dia sakit....
“ Nia....Nia...tunggu....” jerit
hakimi.
Larian Nia semakin laju. Dia tak
dapat bersemuka dengan lelaki itu. Dia mendengar suara yang memanggilnya semaki
dekat. Nia masih berlari. Tiba-tiba
bahunya disentuh. Nia terkejut.
“ Hei, Nia berangan ye?” ujar
Hakimi. En. Badrul dan En. Kamal ketawa. Pantas nia bangun dari kerusi.
“Maaf. Ye En. Hakimi?” Nia
kalut. Malunya, macam mana dia boleh
mengelamun ketika bos sedang bermesyuarat.
“Meeting dah habis, sayang. Jom
kita pergi lunch dengan En. Badrul dan En. Kamal.” Adakah ini satu arahan atau
ajakan seorang majikan kepada pekerjanya? Nia akur.
0 comments:
Post a Comment