I.L.Y~~~8

Tuesday 21 February 2012


Ibu merasa pelik tiba-tiba Nia balik awal. Di salami tangan tua ibu, dia tersenyum.
“ Along naik, ye ibu. Along penat sangat. Nanti Along tolong ibu siapkan makan malam.” Ujar Nia Marsheela.  Zainab mengangguk.
                Nia berlari menaiki tangga rumah, bertembung dengan Noh di depan pintu bilik. Noh juga terasa pelik, tiba- tiba aje along balik awal. Noh mahu menegur tapi Nia Marsheela cepat-cepat masuk bilik. Noh menggeleng. Dia menuruni tangga perlahan, dahinya berkerut.
                Selipar jepun warna hitam di sarung ke kaki. “ Ibu....” panggilnya seraya melihat ibu berada di laman rumah sambil siram pokok-pokok bunga.
                Puan Zainab mengerling ke arah Noh. “ Alaaaaaaaaaaaa........ Ibu belum cop lagi kertas atas meja ayah. Petang nanti, ibu cop, ibu bagi lah....” Gurau Puan Zainab.
                Noh tergelak. Dipeluknya ibu dari belakang. Puan Zainab tergelak kecil, sambil membalas pelukan anak keduanya.
                “ Ibu, angah pelik lah. Kenapa along balik awal? Jam baru pukul 4 petang kot?”
                Puan Zainab meleraikan pelukan Noh. Dia menutup paip air. Di lap tangannya pada kain batik lusuh yang di pakai, lalu jari telunjuk di letakkan pada dagu. “ Itu yang ibu pelik bin ajaib tu ngah. Ibu nak tanye,tapi along macam ngelak aje?”
                “ Ibu kan perempuan. Jadi ibu lah yang kena tanye along.” Noh memandang ibunya.
                “ A ah, kan? Nanti lah ibu Tanya. Along cakap nak tolong ibu masak makan malam nanti. Ha....time tu, ibu Tanya lah. Okay tak?” Puan Zainab menunjukkan thumbs up pada Noh.
                Noh tergelak. “ Ibu ni, suka sangat buat angah tergelak tahu tak.” Ujar Noh.
                “ Eh, Angah dah solat ke belum ni?”
                “ ishk....dah la, bu. Tengok la kan dah nak masuk asar dah. Takkan la Angah tak solat lagi?”
                “ Okay, sekarang nak pergi mana? Main bola ke?” Soal Puan Zainab.
                Noh menggeleng.
                Puan Zainab mencebik. “ Habis?”
                “ Nak pergi ambil buah hati balik sekolah.” Ujar Noh selamba.
                Puan Zainab menjengil. Di cubitnya lengan Noh.
                “ Aduuuuuuhhhhhhhhh.......sakit lah Ibu.  Angah nak pergi ambil ucu lah. Kan nanti dia dah habis kelas tusyen.”
                “Ha....lain kali cakap lah nak amek ucu....tapi, ibu rase angah ni dah nyanyuk.”
                Noh mengerutkan dahi.  “ Kenapa pulak, angah nyanyuk. Ibu nih, main-main. Angah pergi dulu ya?”  Ujar Noh. Puan Zainag mencekak pinggang.
                “ Hoi...hoi....siapa suruh angah pergi? Hari ini kan, ucu takde kelas. Tu ha, dia tengah tidur dalam bilik. Nak tipu ibu, ye?” Di tarik telinga kiri angah. Noh mengaduh sakit.
                Noh tersengih. “ Lah, mane angah tahu. Ibu tak cakap pun kat angah? Dah, angah pun terbiasa pergi ambil ucu balik tusyen.”
                Puan Zainab turut gelak. Di lepaskan tangan dari telinga Noh. Nooh menggosok-gosok telinganya. “ Okay, okay. Silap ibu tak bagitahu. Dah, siapa suruh angah tak Tanya ibu?” mereka gelak sendiri. Noh meminta izin untuk keluar berjumpa rakan.  Puan Zainab pula kembali menyiram pokok bunga di laman rumah mereka.
                Sedang asyik Puan Zainab menyiram bunga, kedengaran suara orang memberi salam. Dia berpaling ke arah suara tersebut lalu tersenyum. Puan Zainab menghampiri wanita tersebut. Cantik dan bergaya walau sudah agak berusia. Pakai kereta mewah pulak tu. Entah siapa yang di cari di rumahnya ini.
                “ Ya, Puan..cari siapa ya?” Ujar Puan Zainab lembut.
                “ Saya cari Nia Marsheela. Puan ni ibu Nia ke?” Ujar wanita terbabit.
                Puan Zainab mengangguk sambil menghulur salam. “ Jangan lah berpuan-puan dengan saya. Marilah masuk, nanti saya panggilkan dia.”
                Aishah duduk di ruang tamu rumah, manakala Puan Zainab sudah menghilang. Memanggil Nia barang kalinya. Terkocoh- kocoh wanita tua itu menuruni tangga. Namun wajahnya ceria, mungkin gembira menyambut tetamu baru.
                Nia Marsheela malas-malas bangkit dari katil. Malas dia mahu berjumpa sesiapa. Dia malas mahu memikirkan kata-kata Nadia. Malas mahu fikirkan pasal Hakimi.  Dan dia malas mahu bekerja dengan mereka yang ada kene-mengena dengan Hakimi. Dia benci untuk mendengar segala-galanya pasal Hakimi, dia tak mahu ambil tahu langsung. Mahu aje dia pulang ke kampung halaman buat sementara waktu. Di hembus nafas perlahan.
                Perlahan dia menuruni tangga. Jelas kedengaran suara kak Aishah bersembang dengan ibu di ruang tamu. Dia cuba berwajah manis. Enggan masalahnya di hidu ibu. Pantas Aishah bangun seraya terlihat Nia Marsheela. Nia tersenyum.
                “ Duduklah kak Aishah.” Ujar Nia memula bicara.
                Aishah mengangguk. “ Nia...okay tak?”
                “ Ehem, akak dah habis kerja ke? Maaflah...tadi Nia sakit perut tak tahan sangat, jadi Nia baliklah awal.”  Bohong Nia. Nia tersenyum kelat. Ibu hanya diam berada di sisi Nia.
                “ Kalau macam tu esok, Nia ambil cuti. Nanti akak bagitahu Encik Hakimi, ye?”
                Nia mengangguk.
                Usai bicara hampir setengah jam Aishah meminta diri. Nia menghantar Aishah ke kereta yang di parker di luar pagar rumah Nia. Mereka berjalan beriringan. Setiba di kereta, Nia memegang tangan Aishah. “ Akak, Nia nak berehat buat sementara. Kalau Nia dah ready to continue my work then, I will let you know.”
                Aishah mengangguk. Mahu di halang, kesian pada Nia. Mungkin dia tertekan dengan makian Nadia. Atau saja dia tidak tahu tentang kisah lampau mereka. “ I will let Hakimi know about this, take your time Nia. I don’t know about your past with Nadia, tetapi dia tak pantas buat begitu pada Nia.”
                “ Let say, I found new job can I resign within 24 hours?” Mata Aishah membuntang.
                “ Nia.....”
                “ akak abaikan ajelah soalan Nia tadi. Akak baliklah dulu, dah lewat dah ni.” Nia tersenyum. Aishah diam tanpa kata. Dia masuk ke perut kereta, otaknya masih memikirkan kata-kata Nia. Hakimi dan Nia, masing-masing bermain di fikirannya. Nia tersepit antara Hakimi dan Nadia. Hakimi pula terlalu memuja Nia Marsheela.

0 comments:

Post a Comment