I.L.Y~~~18

Sunday 18 March 2012


Berita tentang kemalangan keluarga Nia Marsheela di ketahui oleh Nadia. Dia membaca akhbar yang mengeluarkan berita tentang kemalangan itu. Senyum puas pamer di wajah Nadia Khaleya. Nadia menutup surat khabar tersebut lalu di campak di atas meja makan.
                “ Serve you right Nia Marsheela. balasan untuk orang yang jahat macam kau.” Ujarnya.
Telefon bimbitnya bordering. Terpapar nama Jejoy di skrin telefon. Dia senyum girang. Nampaknya mereka akan ke disco lagi. Nadia mahu bergembira sepuasnya di atas berita yang baru saja di ketahui.
                Usai bercakap dengan Jejoy di talian, nadia Khaleya berlari menaiki tangga. Terserempak dengan Dato’ Sudin di kaki tangga. Nadia langsung tidak menegur ayahnya. Dato’ Sudin hanya menggeleng. dia juga sudah tidak tahu bagaimana mahu menegur tingkah anaknya yang semakin menjadi-jadi.
                Hampir satu jam kemudian, Nadia Khaleya turun dengan pakaian yang agak menjolok mata. “Papa, Nadia keluar. Jangan tunggu Nadia,ye?” Ujar Nadia Khaleya.
                “ Nadia nak kemana lagi ni? Dah lewat sayang. Cuba bawak berehat kat rumah ni. Papa dah semakin tua, kadang-kadang nak jugak merasa di temani anak-anak papa.” Dato’ Sudin cuba memancing Nadia untuk duduk menemaninya bersembang di ruang tamu.
                “ Papa, sekarang zaman moden. Nadia pulak orang muda, memang lah kena enjoy. Hidup Cuma sekali pa, macam papa jugak dulu. Mama kat rumah seorang diri, ayah berkepit seronok dengan pelacur.” Nadia tidak menunggu lama. Dia berlalu meninggalkan ayahnya.
                ‘Kurang ajar.’ Dato’ Sudin berbisik sendiri. Rumah yang besar itu yang dulunya berseri kini sudah suram. Tiada lagi seri. Dato’ Sudin duduk sendiri. nadia adalah satu-satunya anak yang dia ada yang bakal memiliki harta pusakanya. Namun, Nadia tidak berminat dengan perniagaan yang di jalankan oleh keluarganya.
                Dia mengeluh sendiri. dia termenung, mengenangkan dosa-dosa semalam yang bermain di mata seperti di ulang tayang. Salah dia juga kerana tak berjaya mendidik anaknya yang seorang. Dia memiliki isteri yang baik, namun semua sudah terlambat. Isterinya sudah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas kerana terlibat dengan kemalangan.
                Mungkin kerana itu juga Nadia membencinya. Dia tidak pernah bertanggungjawab terhadap keluarga, hanya memikirkan tentang perniagaan, kemewahan dan perempuan. Tapi itu semua dahulu, dia sudah kembali ke pangkal jalan. Dia sudah tidak terlibat dengan semua itu. Masa lapangnya sudah di isi dengan menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid dan surau-surau berdekatan. Setelah kepergian arwah isteri, dia sudah banyak insaf. Dia berharap nadia Khaleya juga akan kembali ke pangkal jalan. Dia tidak boleh menyalahkan Nadia seratus peratus, kerana dia sendiri yang tidak berjaya mendidik anaknya.
                Nadia memecut laju keretanya. Dia memang mahu melihat Nia Marsheela menderita. Baru dia puas hati. Dia sudah merancang sesuatu. Dendamnya tak pernah terpadam pada Nia Marsheela. Dia sememangnya benci Nia Marsheela sejak sekolah lagi. Dan dia berusaha untuk mendapatkan Hakimi.
                Bunyi muzik yang membingitkan telinga tidak di endahkan Nadia Khaleya. Dia terus masuk mendapatkan kawan-kawannya. Jejoy dan Fatin bersorak apabila terlihat Nadia Marsheela. Nadia hanya senyum.
                “ Orderlah apa yang korang nak, hari ini aku belanja.” Ujar Nadia. Rakan-rakan lain hanya bersorak gembira. Mereka berseronok.
                “Kenapa kau happy semacam aje ni nad?” Soal Jejoy.
                Nadia mengangkat kening. “ Kau tak tahu ke?”
                Jejoy menjungkitkan bahunya.
                “ Nia Marsheela kemalangan dan sekarang tengah koma. Memang padan dengan muka dia.” Kata Nadia Khaleya dengan penuh benci.
                Jejoy menganggukkan kepala.  “ Oh, fasal tu ke? Aku dah lama tahu.” Sedikit sinis kata-kata Jejoy. Nadia mengerutkan dahi.
                “ kau tahu?” Nadia memandang Jejoy dan Fatin berselang seli. “ Korang tahu tapi korang tak cakap kat langsung? Eh, korang ni kawan aku ke kawan Nia sebenarnya?” Nadia naik angin. Mana tidaknya, berita tentang kemalangan Nia Marsheela sudah lebih seminggu. Rakan –rakan yang lain semua sudah tahu, dia mungkin orang terakhir yang tahu tentang berita itu.
                “ Sabarlah Nadia, bukan kami tak nak bagitahu kau. Kau nak ambil tahu pasal budak Nia ni lagi ape hal. Kau kan dah ada jantan? Yang kau duk terkejar-kejar si hakimi tu apehal?” Ujar Fatin.
                Nadia merengus. Di hempas cawan arak ke atas meja. Dia bangun untuk beredar. Fatin menarik tangannya.
                “ Relax lah Nadia. Don’t be like this. He’s not for you. What for you wait for him? Dia langsung tak pandang kau. Kau bukan tak cantik.” Ujar Fatin mengambil hati. Cuba memujuk Nadia Khaleya. Nadia kembali duduk.
                “ Kau tak faham aku, aku dah lama suka kat Hakimi. Tup-tup dia datang dan rampas Hakimi dari aku.”
                “ Nad, sedarlah yang Hakimi tak pernah pandang kau selama ni. Dia Cuma anggap kau kawan dia. Kau tak boleh paksa orang lain untuk terima kau, jika itu bukan yang dia mahukan.” Fatin masih cuba memujuk Nadia.
                Nadia bangun. Tiba-tiba tangan dia di tarik, dia mahu marah. Dia berpaling ke belakang dan Khairul berdiri betul-betul di hadapannya. Mata Nadia membulat. Khairul merenung tajam mata Nadia. Khairul menarik Nadia keluar dari Pub. Nadia mengaduh sakit dek kerana cengkaman Khairul yang agak kuat.
                “ Masuk.” Arah Khairul.
                “ I bawa kereta. I boleh balik sendiri.” Marah Nadia.
                “ Masuk sendiri or I akan masukkan you?” Ugut Khairul.
                “ Habis, sekarang ni bukan you paksa I ke?” Suara Nadia sedikit keras.
                “ You jangan nak marah i? You lupa yang you pernah janji dengan I yang you takkan masuk Pub lagi?” Soal Khairul. Mukanya merah menahan marah.
                “ I tak lupa!”tengking Nadia.
                “ Habis sekarang ni apa? Restoren ke? You jangan ingat I akan lepaskan you macam tu aje. Jangan nak larikan diri dari I atau you yang susah.” Nadia cuba menepis tangan Khairul, namun makin kuat cengkaman dari Khairul.
                “ Lepaslah...sakit tahu tak!” Nadia hampir menangis.
                “ Masuk.” Nada suara Khairul sedikit lembut. Nadia tiada pilihan. Dia masuk ke perut kereta. Dia menangis.
                “ Kenapa, sayang? Maafkan I kalau I terlalu berkasar dengan you. I tak suka you datang tempat-tempat macam ni. Tak sesuai untuk you.” Khairul memujuk. Di elus lembut rambut Nadia. Nadia menangis semahunya. Dia rasa tersiksa. Tak dapat melupakan lelaki yang tak pernah memandang cintanya, tak pernah menghargainya. Dia benci dengan dirinya. Benci dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.
                “ I benci dengan diri I sendiri.” Ujar Nadia perlahan dalam sendu.
                “ I akan tetap berada di sisi you. Dan sanggup buat apa saja untuk you. Tapi, dengan syarat, you kena dengar segala cakap i.”
                Nadia mengangkat kepala, di pandang Khairul yang berada di sebelah kanannya. Khairul mengangguk seraya tersenyum. Nadia merancang seribu satu benda untuk di lakukan kepada Nia Marsheela. Hanya Khairul yang boleh di harapkan sekarang.

0 comments:

Post a Comment