Nadirah~~My Juwita 4

Tuesday 1 May 2012

Bip....bip..
            Bunyi mesej masuk. Nadirah mencapai telefon yang berada di atas tilam. Nombor yang tak dikenali menghantar mesej. Nadirah abaikan.
            Lima minit kemudian telefonnya berbunyi. ‘ entah siapa yang gatal menelefonnya malam-malam begini. Agaknya dah lama tak kena maki.’ Ujar Nadirah.
            Baru saja dia menekan butang hijau untuk menjawab, tiba-tiba telefonnya mati. Dia sudah naik angin. ‘ agak lama jugak mulut aku tak jadi meriam buluh zaman jepun dulu. Agaknya malam ni ada peperangan lagi kot. Takpe, siap lah.’ Ngomel Nadirah.
            Tak sampai sepuluh minit telefonnya kembali berbunyi. Nadirah sudah hilang sabar. Dia cepat-cepat jawab panggilan telefon.
            ‘Hoi. Kau ni dah lama tak rasa kena maki ke?’ Nadirah menjerit.
            ‘Garangnya nenek?’ Kedengaran suara Qayyun di hujung talian. Nadirah menekup mulut.
Qayyun gelak. ‘ hai, diam pulak nenek ni.’
            ‘Nak apa? Orang nak tidurlah.’ Bohong Nadirah.
            ‘Tak payah bohong. Esok awak cuti. Saya datang ambil awak pukul 12 tengahari esok. Kita pergi cari kasut awak yang saya rosakkan hari tu.’ Ujar Qayyun.
            Nadirah sudah gagap. Entah apa alasan yang perlu diberikannya. Dia mati akal.
            ‘ Tak payah beri alasan. Kalau tak, saya call Dr. Hanis dan bagitahu dia suruh awak masuk kerja esok.’ Ugut Hakimi.
            Nadirah mencebik. ‘ Okay, bagus juga kalau awak report pada Dr. Hanis, boleh saya masuk kerja dan tak payah keluar dengan orang gila macam awak.’ Lawan Nadirah.
            Qayyun gelak lagi di hujung talian. ‘ Awak permainkan saya ya?’ Ujar Qayyun.
            ‘ Saya tak kira, awak kena keluar dengan saya. Kalau tak saya pergi rumah awak dan bagitahu mak dengan ayah awak, awak menggatal kat tempat kerja. Dan kita boleh kahwin.’ Ujar Qayyun selamba. Dia terus meletakkan telefon.
            Nadirah terpempan.
            Kenapalah aku mesti jumpa dengan lelaki macam ni dalam hidup aku. Betapa ramainya lelaki dalam dunia ni, dia juga yang aku jumpa. Memang dia tiada pilihan lain selain dari keluar dengan Hakimi. dilemparkan telefonnya di atas tilam.
            Novel atas meja di capai. Di belek sehelai demi sehelai, namun dia sendiri tak tahu apa yang dia baca. Lelaki itu singgah di fikirannya. Dia menutup perlahan novelnya. Dia berjalan menuju ke beranda. Dia memandang ke langit, kelihatannya bulan dan bintang menghiasi dada langit. Dia cuba pejam mata. Tak sampai seminit, dia membuka matanya kembali.
            ‘ kenapa pulak lelaki ni datang bertandang dalam otak kecil aku ni?’ ujarnya sendiri.
            Bunyi mesej masuk. Nadirah pergi mendapatkan telefonnya.
            ‘tengah tengok bulan dan bintang kan? Sambil-sambil pejam mata, awak terbayangkan saya kan?’
            Nadirah merengus. Macam mana dia boleh tahu ni? Dia ada spy ke apa? Nadia bergegas berlari menutup sliding door. Dia mengintai dari sebalik langsir. Tiada kereta atau apa-apa dekat rumah dia. Tapi, macam mana lelaki ni tahu apa yang dia sedang buat?
            Sekali lagi mesej masuk. Dia tatap skrin. ‘ mengintai ye? Tak elok anak dara intai anak teruna.’
            Nadirah menjegil matanya. Dia membalas mesej Qayyun.
            ‘ mana awak tahu semua ni? Awak pasang spy ye?’ macam soalan bodoh aje, tapi dia mahu juga Tanya.
            Agak lama masa yang di ambil Qayyun untuk membalas pertanyaannya.
            ‘ I letak cctv. So, I boleh tengok apa juga yang you buat tahu? Heheheheh’
            Nadirah terus off kan telefon bimbitnya. Gila agaknya dia ni. Dia berbaring di atas tilam. Geram ada marah pun ada. Dia pejam mata, tak sampai lima minit dia sudah terlelap.

0 comments:

Post a Comment