I.L.Y~~ 5

Monday 13 February 2012


“Awak tiada hak untuk mengatakan bahawa saya ni tunang awak, Encik Hakimi.” Marahnya tidak dapat di tahan lagi. Hakimi berlagak tenang. Dia tahu Nia marahkannya sejak mesyuarat bersama kakitangan Jaya Berhad. Dia sengaja buat tak tahu kerana dia tak mahu kehilangan gadis itu. Cukup lah sekali dia kehilangan Nia dulu, dan cukuplah dengan pemergian bonda tercinta. Dia tidak mahu kehilangan lagi.
                Suasana indah di taman tasik titiwangsa itu tidak di endahkan lagi. Hatinya betul- betul sakit. Nia berpeluk tubuh menghadap ke tasik. Hakimi buntu. Dia tahu, salah dia mengatakan yang mereka sudah bertunang. Tetapi dia tidak suka cara Badrul Azhan memandang gadis itu tadi. Entah kenapa, laju aje kata-kata tu meluncur dari bibirnya.
                “ Nia, please. Don’t be like this. I don’t wanna lose you for a second time. I need you in my life. Not only for now.......i need you forever, for the rest of my life.” Hakimi cuba merayu.
                “ Encik Hakimi...jangan di ungkit kisah lalu. Dan sememangnya dari dulu lagi kita tiada apa-apa ikatan.” Ujar Nia. Suaranya sedikit mendatar. Dia tidak mampu untuk menahan Hakimi dari terus mencintai dirinya. Dan dia turut merasa kebahagiaan yang diberi Hakimi padanya. Namun dia tidak mampu untuk memenuhi impian Hakimi untuk menjadi suri di hati lelaki itu.
                “ Nia, please. Bagi abang second chance to love you in my life. Abang tak pernah melupakan Nia sepanjang kita berpisah.” Hakimi memalingkan badan Nia mengadapnya. Gadis ini sudah membuatkan dia cinta habis padanya. Entah kenapa, dari dulu lagi cintanya tak pernah padam. Malah tidak ada seorang pun  wanita yang mampu membuatnya jatuh cinta.
                “Hakimi, saya tak pernah cintakan awak pun?” suaranya mendatar. Nia menunduk, mungkinkah kerana takut atau tak mahu menyinggung perasaan Hakimi.
                Hakimi diam. Dia kecewa dengan kata-kata Nia Marsheela. dia menunduk dan mengutip batu-batu kecil di tepi tasik lalu di baling sekuat hati. Dia rase puas dapat meluahkan rasa kecewa dengan membaling batu-batu kecil itu ke dalam tasik. Nia sekadar memerhati segala tindak-tanduk  Hakimi.
                “ Nia tak tahu langsung apa yang jadi pada abang selepas Nia menghilangkan diri.” Hakimi diam kembali. Dia menunduk memandang rumput. Tasik ni memang tenang namun, ia tak mampu untuk menenangkan jiwanya yang sedang lara. Nia juga tidak mampu berkata-kata. Dia cuba menjadi pendengar.
                Hakimi mula bangun. Dia tak mahu meneruskan kata-katanya. Dia tak mahu Nia baik dengannya kerana kasihan. Dia tak mahu Nia menerimanya juga kerana kasihan. Nia hanya melihat Hakimi berdiri tanpa menghabiskan ayatnya tadi.
                “Awak nak ke mana?” ujar Nia.
                “Jom, abang hantar Nia balik. Dah lewat. Nanti mak dan abah Nia bimbang.” Hakimi meluru masuk ke keretanya.
                Mereka diam. Sunyi. Mungkin Hakimi marah padanya...entah kenapa dia merasa tidak senang hati. Kereta mazda rx6 yang nampak mewah dan selesa pun tidak dapat membuatkan Nia merasa selesa. Hakimi relax. Seperti tiada apa yang berlaku. Sepanjang perjalanan ke rumah Nia. Hakimi tidak bercakap walau sepatah. Malah tumpuannya hanya pada pemanduan.
                Nia serba salah. Dia memandang ke luar kereta. Otaknya menerawang lagi.
                “Nia, biar mama pujuk dia.” Suara ibu Hakimi kedengaran. Ketika itu Nia mengikut keluarga Hakimi bercuti di Sungai Lentang, Hakimi merajuk bila Nia tak mahu bergambar bersamanya.
                “Takpelah,mak cik....Nia yang salah, biar Nia yang pujuk dia.”ujar Nia.
                “Jangan panggil mak cik, panggil aje mama.” Baik sungguh hati ibunya Hakimi. Nia terharu.
                “Anak mama yang sorang ni memang degil sikit. Sejak dia kawan dengan Nia baru perangai dia berubah. Dia dengar cakap mama. Terima kasih Nia sebab buat anak mama berubah jadi orang yang baik?” ucap mama Hakimi.
                “ Nia tak buat ape pun, mak cik. Sekadar menasihati rakan-rakan. Saya tengok Hakimi tu baik sebenarnya.” Nia menunduk sambil tersenyum. Mama Hakimi mengusap lembut bahu gadis muda dihadapannya. Orangnya sopan dan baik. Tentu juga dia dari keturunan yang baik-baik. Meskipun tidak berharta, tapi itulah yang patut di contohi anak-anak muda sekarang.
                “Oh, mama dah jatuh sayang pada Nia ke sekarang? Dah tak sayang kimi lagi ek?” rajuk Hakimi seperti budak kecil. Mama Hakimi tergelak kecil.
                “Mama ingat kamu merajuk. Baru Nia nak pergi pujuk kamu.” Ujar mamanya.
                Hakimi mencebik. “ harapkan Nia ni mama, kempunan lah saya nak dengar pujukan dia tu.” Gurau Hakimi.
                Nia mencerlung. Hakimi membalas dengan jeliran kecil. “hish...budak- budak nih.” Mereka berkejar-kejaran. Nia terasa seronok dan bahagia berada di samping keluarga Hakimi. Tiada rasa janggal walaupun mereka bukanlah satu keluarga.
                “Nia.....Nia.....” terdengar seakan mama Hakimi memanggil-manggilnya.
                Nia teras terbuai dengan mimpi-mimpi semalam. Dia berpaling ke belakang apabila terdengar namanya disebut. Hakimi di sebelah terasa pelik.
                “Apa yang Nia pandang? Hummm?” lembut soalannya.
                “Nia dengar mama awak panggil Nia tadi.” Dia tersenyum. Wajah Hakimi berubah seratus peratus. Perlukah dia menceritakan segala-galanya? Dia tak mahu Nia Marsheela menerimanya kerana belas kasihan. Dia diam.
                “Dah sampai rumah Nia. Nia rehat lah,ye? Kirim salam kat ayah dengan ibu. Abang tak dapat singgah lah.” Ujar Hakimi. Nia mengangguk perlahan.
                Nia sekadar menghantar Hakimi dengan pandangan yang kelam. Dia menghembuskan nafas dalam-dalam. Di pandang seminit ke arah rumahnya. Walaupun kecil, namun ia tak dapat dinilai dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh mereka sekeluarga. Biarlah hidup tidak semewah Hakimi. Namun dia memiliki segala-galanya. Nia tersenyum puas.


                “Siapa hantar Along balik tu?” Ujar si ibu yang menyambut kepulangan anak kesayangan dari kerja. Nia menyalami tangan tua si ibu. Ayahnya yang sedang menonton hanya tersenyum dengan soalan si isteri. Nia dapat menangkat fikiran ayahnya. Dia menyalami tangan tua ayahnya.
                Nia menggeleng.
                “Ishk, budak ni. Ibu Tanya dia senyum pulak. Tengok ayahnya...kita Tanya anak awak senyum pulak.
                “Alah...orang muda...biasalah tu Nab,kite ni pun pernah muda.” Usik ayahnya.
                “Eh, merepek la ayah dengan ibu ni. Tu bos besar tempat along kerjalah. Tadi teman dia pergi meeting. Tu yang dia hantar balik tu.” Ujar Nia Marsheela.
                “Itu, ibu kamu tu. Duk mengendap aje sejak kereta bos kamu parking  kt depan pagar rumah kite ni,ha.” Ayahnya mengusik.
                Ibunya yang berbaju kurung dan berkain batik keluar dari pintu dapur sambil menatang dulang berisi air teh. Ubi rebus yang masih berasap di bawa bersama. Nia menelan liur. Sudah lama mereka tidak di jamu dengan makanan kampung. Maklumlah, ibu dan ayah baru pulang ke kampung beberapa hari lepas. Tentu saja di kampung ada banyak pokok ubi. Dengan pucuk ubi kayu rebus, makan pulak dengan budu belacan. Memang cukup taste lah orang Terengganu ni.
                “Alah....ibu jenguk pun bukan ibu pegang senapang ayahnya. Ibu tengok aje, mana lah kita nak tahu siapa yang ada depan rumah kita. Naik pulak kereta mewah.” Bebel ibunya. Nia tersengih.
                “A ah, mujur ayah tak taruk senapang ayah kat dinding ni ha. Kalau tak, tentu aje ibu kamu bawak pergi ke pasar. Katanya untuk keselamatan, ye dak?” ayahnya mengekek gelakkan ibunya. Mereka bergelak ketawa anak beranak.
                “ibu, ayah, along naik mandi dulu ye? Dah siap solat nanti along turun tolong ibu.” Nia meminta diri. Ibu dan ayahnya hanya mengangguk. Ayahnya asyik menyuapkan ubi kayu ke dalam mulut. Nia mencekak pinggang.
                “ayah, ubi tu tinggal lah kat along sikit.” Ayahnya gelak. Nia menggeleng sambil tersenyum. Bahagianya dia bersama ibu dan ayah.  Angah sudah pasti sedang bermain bola di padang berhampiran rumahnya. Acik pula masih di asrama. Hujung minggu ni, mereka mahu melawat acik di sana.
                “Nanti, kalau awak masak ubi kayu ni kat bakal menantu awak kan mesti dia dah tak ingat jalan balik rumah keluarga dia. Duk asyik ingat kat ubi kayu cicah kelapa ni aje.” Gurau ayahnya.
                “ Mengarutlah abang tu. Kalau betul, Alhamdulillah saya bersyukur sebab Tuhan anugerahkan lelaki yang boleh menyenangkan hidup anak kita tu.” Ujar ibunya. Air matanya bergenang.
                Si ayah pula tersenyum faham dengan perangai si isteri. Lembut hatinya dan mudah tersentuh. “ ni yang malas nak cakap, nab dah leleh.”
                “ E eh encik hamid ni. Dah lah muka pun lebih kurang muka pelakon Hamid Gurka. Awak buat muka macam tu, lagi sebijik la macam pelakon tu.” Zainab tergelak. Dia bahagia mempunyai suami yang baik dan memahami, anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga ia akan berkekalan hingga ke akhir hayatnya. Ucapnya dalam hati.
                Hamid gelak besar selepas mendengar kata-kata dari isteri tercinta. Dia juga bersyukur kerana TUHAN telah menganugerahkan dia seorang isteri yang begitu baik, sempurna dan sabar dengan kerenahnya serta sabar dengan kekurangan dirinya. Dia tidak mampu memberikan harta kepada mereka, namun dia sehabis daya memberi kebahagiaan kepada isteri dan ilmu dunia serta akhirat kepada anak-anaknya.
                “Nab, kalau saya di panggil nanti,Nab jaga lah anak-anak kita sebaik mungkin ya?” ujar Hamid tiba-tiba. Zainab terkejut dengan kata-kata suaminya itu.
                “Abang jangan cakap yang bukan-bukan. Kalau abang pergi, Nab akan ikut juga. Nab tak akan tinggalkan abang, dan abang juga tak akan tinggalkan Nab, ye?” ucap Zainab lembut.
                Hamid menyentuh ubun-ubun si isteri. “Nab seorang isteri yang baik, abang doakan Nab akan di letakkan di tempat isteri yang solehah. Mungkin di dunia orang tak nampak kebaikan Nab, tetapi, TUHAN tahu apa yang dah Nab lakukan. Semoga Nab termasuk dalam golongan ahli syurga.”
                Zainab terharu dengan kata-kata suaminya. Air mata tak tertahan lagi, makin laju menyimbah pipi tuanya. Di lentokkan kepala di riba suami yang sedang duduk di atas sofa kayu di ruang tamu rumah mereka.
               

2 comments:

Post a Comment