Soal Jawab Agama~~ UAI II

Thursday 17 May 2012



1. Apakah hukum wanita islam yg memakai pakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh di depan wanita kafir?

-hukumnya haram walaupun di depan wanita kafir..


2. Perbezaan solat sunat isyrak dan solat sunat dhuha?

-solat sunat isyrak adalah sama spt solat sunat dhuha mengikut pendapat ulama..ianya cuma biasanya dilakukan 15minit sbelum waktu dhuha..


3. Hukum belajar ilmu batin b'sumberkan Al Quran dan hadis dlm perubatan?

-sesungguhnya Al Quran dan hadis adalah penawar bg segala penyakit,hukumnya adalah baik disisi Islam..haram kalau ilmu batin itu dtg dr smber yg dilarang syarak..


4. Apa perbezaan jahil basit dan jahil muraqqad?

-Jahil basit - orang yg tahu dia jahil tetapi tidak menentang hukum yg telah ditetapkan.
-Jahil muraqqad - orang jahil yg ada seperti sekarang,tahu dia jahil,tetapi menentang hukum hakam..memandai-mandai dlm hukum agama..


5. Hukum tidak menyebut "sahaja" ketika niat solat dan puasa,sahkah ibadat yg dilakukan t'sebut?
-sah hukumnya,yg pnting adalah niat..


6. Belunjur kaki ketika kuliah kerana kebas,boleh tak ustaz?

-boleh jika tidak menganggu jemaah lain.


7. Bercakap ketika khutbah Jumaat,sah tak solat?

-solat sah,tetapi luput pahala khutbah serta luput keampunan dari Allah selama 1 minggu..


8. Adakah Syurga dan Neraka telah ditetapkan penghuninya?

-Allah Maha Mengetahui apa yg berlaku dan apa yg akan b'laku..Allah Maha Bijaksana,Allah tidak menyuruh hambaNya lakukan kejahatan dan sentiasa menyuruh hambaNya ke arah kebaikkan..


9. Macammana nak suruh anak2 selalu ke masjid?

-nasihat dan suruhlah anak2 ke masjid dgn b'hemah,jika anak2 tidak dgr jgk,b'keras la sedikit..anak2 kita kan tu..


10. Hukum beli air dari mesin sah tak hukumnya kerana tiada akad jual beli?
-telah difatwakan halal jual belinya jika barangan itu halal dan tiada penipuan..


11. Tersengih ketika solat sah tak solat?

-tidak batal solat selagi tidak keluar suara yg kterlaluan..


12. Hukum cerai isteri dgn tidak sengaja?
-lafaz cerai dgn tidak sengaja tidak jatuh talak,contohnya seperti si suami itu t'kejut,mimpi atau t'latah..


13. Iddah perempuan mengandung berapa hari?
-iddah perempuan mengandung tamat selepas ia melahirkan anak dlm kandungannya..


14. Adakah sah solat yg dilakukan 5minit sebelum habis waktu..?
-sengaja solat lewat di akhir waktu mengurangkan pahala solat..solat tetap sah..


15. Ada seorang pemuda nak kahwin dgn anak perempuan saya dan saya mahu pmuda t'sebut tggl di rumah selama 1minggu kerana mahu tgk perangainya,boleh ke?

-boleh selagi tidak ada b'laku perkara yg mendatangkan fitnah dan b'tentangan dgn syarak,tetapi tidak membawa faedah..tak kan depan orang kita akan tnjuk perangai tak elok..ianya akan dipenuhi dgn lakonan saja..


16. Hukum sentuh kemaluan ketika mandi wajib?
-mandi wajib sah tp membatalkan hadas kecil..


17. Selalu dgr org sebut kalimah La ilahailallah tak habis dlm p'cakapan harian..dosa tak?
-jika tak sengaja dimaafkan,sengaja hukumnya haram..


18. Ustaz mari lambat kat kuliah,pekena mee goreng dulu ke?

-jalan jem bos..patutnya jg la sikit jln nk masuk ke masjid ni.


19. Tinggal b'jauhan dgn suami kerana menjaga ibu yg sakit di kampung,tetapi suami dah izin..b'dosa tak kerana mengabaikn suami?

-isteri adalah milik suami,jika suami sudah izin maka tidaklah b'dosa..perempuan yg b'gelar isteri tidak wajib menjaga ibunya yg sakit..tetapi si suami jgnlah t'lalu tegas,gunakanlah budi bicara kerana sebaik-baik suami adalah yg baik pd isterinya..


20. Bersumpah tidak akan kahwin selain dari kekasih..tiba2 kekasih mati,mcm mana nk batalkan sumpah t'sebut?

-janganlah keterlaluan ketika b'cinta,jangan sampai bersumpah walau secinta mana pun pd si dia..cukuplah sekadar b'kata insyaAllah..
Kena bayar kafarah sumpah dulu la,lepas tu baru boleh kahwin dgn org lain..


21. Betul ke solat sunat tidak ada pada hari raya?

-ada 2 pendapat,ke dua2nya ada sandaran..


22. Berdoa dlm hati ketika solat dgn menggunakan bahasa melayu,sahkah solat?

-tidak sah solat jika b'doa dalam bahasa melayu jika berlafaz..hanya bahasa arab yg dibenarkan..solat sah jika dibaca dlm hati..




Rujukan : Note Ustaz Azhar Idrus ~~  Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

0 comments:

Post a Comment