I.L.Y~~~12

Tuesday 28 February 2012

Hakimi sudah mundar-mandir dalam pejabatnya. Sudah seminggu Nia Marsheela menghilangkan diri. Dia runsing. Dia sangat rindukan gadis itu. Aishah sudah memaklumkan tentang cuti yang di pohon Nia Marsheela, dan dia jugalah orang yang bertanggungjawab meluluskan cuti tersebut. Namun, tak di sangkanya yang Nia Marsheela langsung tidak menghubunginya. Malah, panggilannya juga dibiarkan sepi.

‘Nak telefon, asyik mesin aje yang jawab. Tapi, sampai bila lah aku nak tunggu dia telefon. Pergi jenguk rumah pun, tiada orang. Kemana dia menghilang.’ Hakimi bermonolog sendiri. kerja yang berlambak di atas meja dibiarkan saja. Bersepah segala fail tender yang harus di tandatangani. Dia kembali duduk di kerusi.

Nia Marsheela memberhentikan langkah di depan pintu ofis. Di tarik nafas sedalam mungkin, mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Hakimi. dengan lafaz bismillah dia melangkahkan kaki kanan masuk ke pejabatnya.

Aishah tersenyum memandang Nia Marsheela. “ Assalamualaikum, Kak Aishah.” Ujar Nia girang.

Salam disambut senang oleh Aishah. Dia menganggukkan kepala. “ Encik Hakimi sedang menunggu, macam orang sasau.”

Nia Marsheela gelak. Dia pergi menuju ke bilik Hakimi. dia masuk setelah mendengar suara hakimi menyuruhnya masuk. Hakimi mengangkat wajahnya. Nia Marsheela kini berada di depannya. Dia tiba-tiba mahu marah. Dia marah Nia mengabaikannya, sedangkan dia asyik merindui gadis itu.

“ Kenapa Nia tak telefon abang langsung? Nia langsung tak fikir perasaan abang kan?” Ujar Hakimi. Dia bangun dari kerusi, dia berdiri memandang ke luar tingkap. Sebelah tangannya di masukkan ke dalam poket seluar, sebelah lagi mengusap rambut.

Nia Marsheela diam. Dia menunduk. Dia perasan suara Hakimi sudah agak berubah, tidak lembut seperti selalu. Ada getar dalam hatinya yang tak dapat di tafsir oleh otak kecilnya. Nia masih berdiri. Langsung tidak bersuara walau sepatah kata.

“ Nia ada mulut. Kenapa tak jawab?” ujar Hakimi lembut. Di renungnya Nia Marsheela yang tunduk memandang lantai.

Hakimi mengeluh kuat. Nia masih berdiam diri. “ Maaf.” Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Nia Marsheela. Hakimi diam. Dia menggeleng kepala.

“ Nia......” Hakimi memanggil namanya. Dia masih membatukan diri.

Memandang Hakimi pun tidak, bercakap dengan Hakimi pun dia tak mampu. Hakimi memandangnya terus. Kalau pandangan macam tu, agaknya boleh tembus dinding konkrit.

Akhirnya nia bersuara. “ kalau Encik Hakimi nak tahu apa-apa, di sini bukan tempat yang sesuai. Kita boleh bincang di lain tempat.” Usul Nia Marsheela. dia mengeluh lembut. Akirnya apa yang berada di fikirannya, di keluarkan juga. Sememangnya dia mahu segera menyelesaikan masalah antara mereka.

Hakimi mengangguk faham. Dia mencapai kunci kereta dari laci. Nia kaget.

‘ entah-entah dia mahu pergi sekarang.’ Ujar Nia sendiri.

“ Okay, mari.” Ajak Hakimi.

Memang sudah di agak. Nia menggeleng. “ Bukan sekarang Encik Hakimi....” nia tersenyum kelat.

“ Can you stop calling me Encik Hakimi?” tengking Hakimi. Nia terkejut. Matanya membulat.

Kali pertama Hakimi meninggi suara padanya. Matanya berkaca. Hakimi juga turut terkejut. Bukan niatnya untuk menengking gadis tersebut. Dada Nia berombak laju. Air mata sudah mengalir di pipi. Nia menyapu lembut, Hakimi pantas menuju ke arah Nia Marsheela. dia mahu menyapu air mata gadis itu, laju tangan Nia menepis.

“ Nia....abang tak sengaja. Maaf.” Belumpun sempat Hakimi menghabiskan kata-kata, Nia berlalu pergi.

Hakimi memanggil Nia berkali-kali tetapi tidak di endahkan. Hakimi menumbuk mejanya. ‘ Bodohnya...yang kau pergi marah dia kenapa.’ Marahnya dalam hati.

Dia keluar dari bilik pejabat sambil membawa beg bimbit. Sempat dia berpesan pada Aishah yang dia akan pulang ke pejabat lewat. Aishah hanya mengangguk.

Nia Marsheela membasuh mukanya. Dia bukan mahu menangis, dia Cuma terkejut apabila Hakimi meninggikan suara padanya, padahal sebelum ini Hakimi tak pernah meninggi suara padanya walau apa kesilapan pun yang di lakukan. Dia memangdang wajahnya di cermin. Basah sedikit tudung yang dipakainya dibiarkan saja.

Sekembalinya ke meja, dia melihat bilik Hakimi kosong. Mungkin Hakimi keluar sebentar tenangkan diri. Tekanya dalam hati.

Nia memandang kosong ke arah bilik Hakimi. sudah dua jam Hakimi keluar. Dia berasa bersalah. Dia mencapai telefon, di dailnya nombor telefon Hakimi. masuk ke peti pesanan suara. Dia mula bimbang. Hakimi tak pernah mematikan telefonnya. Suasana pejabat yang sedikit bingit dek bualan rakan-rakan sekerja membuatkan Nia serabut. Dia mendail berulang kali nombor telefon Hakimi namun kesemuanya masuk ke peti pesanan suara.

Sehingga habis waktu pejabat, Hakimi masih belum pulang. Aishah sudah berkira-kira mahu pulang ke rumah. Di pandangnya Nia Marsheela yang masih belum berkemas. Di hampiri meja kerja Nia Marsheela.

“ Kamu tak nak balik lagi Nia?” Ujar Aishah.

Nia menggeleng seraya tersenyum. “ Ada kerja sikit yang nak Nia habiskan. Dia berpura-pura memandang ke skrin computer. Aishah tersenyum meminta dii mahu pulang. Nia tersenyum kelat.

Dia termenung, masih menunggu Hakimi yang belum kembali ke pejabat.

Hampir setengah jam menanti, hakimi masih belum muncul.dia mencapai beg tangan lalu di sarung ke lengan kiri. Baru beberapa langkah dia berjalan, telefon pejabat bordering. Belum sempat dia berkata halo, suara Hakimi kedengaran di hujung talian mengatakan dia berada di bawah. Nia segera turun.

Dia tersenyum pada Hakimi. Dia mengagak mungkin kak Aishah memberitahu pada Hakimi yang dia masih berada di pejabat. Dia meluru masuk ke perut kereta milik Hakimi. betul tekaannya. Melihat pakaian Hakimi pun, dia sudah tahu yang Hakimi mendapat informasi dari kak Aishah tentangnya yang masih berada di pejabat. Seluar jeans berwarna hitam dengan t- shirt polo berwarna merah menyerlahkan ketampanan Hakimi. kalau tidak, mana Hakimi tahu yang dia belum pulang.

0 comments:

Post a Comment