I.L.Y~~~10

Tuesday 28 February 2012

     Nia duduk di atas rumput di tepi sungai. Suasana di kampong yang begitu menenangkan jiwanya yang lara dek kerana makian dan cacian Nadia. Dia sendiri tidak tahu mengapa harus tercetusnya perbalahan antara mereka. Padahal dia langsung tidak mengenali Nadia sewaktu pertama kali dia memasuki sekolah berasrama penuh dahulu. Dia selalu sahaja di buli oleh mereka, namun ada saja orang yang akan melindunginya.
Dia membaling batu ke dalam sungai. Fikirannya kian melayang ke waktu persekolahan.
Dia terbaring kepenatan setelah tamat mengulangkaji pelajaran. Shu Lim juga terbaring di lantai di bawah kipas. Mungkin disebabkan hari yang agak panas, hujung minggu pula. Orang lain sibuk keluar Bandar untuk mencari barang-barang pelajaran. Nia memejamkan mata. Shu lim sudah lena walaupun baru seminit meletakkan kepala di bantal.
Baru saja dia mahu melelapkan mata, tiba-tiba bunyi pintu di kuak. Dia Nampak Nadia dan rakan-rakan yang lain berdiri di dormnya. Nadia tersenyum sinis.
      Tanpa isyarat, Nadia meluru ke ia Marsheela dan menarik rambut Nia. Nadia bertempik sekuat hati. Shu Lim terkejut. Dia mahu bangun dari baringan namun di haling Jejoy yang kelihatan agak tomboy.
     “ Kak Nadia, sakit.” Airmata tidak dapat di tahan lagi.
     “ Kau tahu sakit, hati aku ni kau tak tahu betapa parahnya.” Marah Nadia. Fatin geli hati.
     “ Apa ni kak? Nia tak faham, kenapa buat Nia macam ni?” Suaranya tenggelam timbul dek kerana menangis tahan sakit.
     “ Aku memang tak puas hati dengan kau. Sebab kau, Hakimi larikan diri dari aku. Dia dah tak sukakan aku, padahal dulu aku rapat dengan dia. Sejak kau dating sini, dia dah tak pedulikan aku lagi.” Terang Nadia panjang lebar. Dia melepaskan rambut Nia.
     “ Hallo, kamu orang muka manyak cantik. Mulut kamu semua busuk macam longkang” Ujar Shu Lim dalam pelat.
     Jejoy sudah menarik leher baju Shu Lim. “ Hey, amoi. Kau jangan nak masuk campur. Ini bukan urusan kau.”
     “ Sis, this also not your problem. So, kenapa you mau masuk campur jugak? If you want to protect your friend, so I am. Nadia is your friend, Nia also my friend what?” Ujar Shu Lim berani.
     Jejoy menggenggam tangan menahan marah. Dia berkira mahu menumbuk pipi Shu Lim, pantas Nia menghalang.
     “ Tolong, jangan. Baiklah, apa yang Kak Nadia, Kak Jejoy dengan Kak Fatin nak Nia buat?” dia memandang ketiga-tiga pelajar tersebut.
     Nadia tersenyum kemenangan. Dia turun dari katil Nia, cuba menghampiri nia dengan senyum sinisnya.
     “ Kamu semua, kenapa berkumpul disini?” Tiba-tiba cikgu Hariani muncul kelihatan seorang pelajar tingkatan enam berada di belakang Cikgu Hariana. Nadia menjeling.
     “ Apa yang kamu jeling Nadia? Kalau kamu tak puas hati, mari saya bawakan ke guru disiplin sekarang. Tak payah nk tunggu hari sekolah besok.” Ujar Cikgu Hariani.
     Nia Marsheela mengesat air mata. Di peluknya Shu Lim. Shu Lim mengusap belakang badan Nia Marsheela.
     “ Saya Cuma datang berbual dengan Nia aje cikgu, bukan buat apa pun. Kan, Nia?” Nadia mencerlung Nia Marsheela.
     Cikgu Hariani hanya memandang Nia yang mengangguk kepala secara paksa. “ Tak payah nak bohong saya, Nia. Shazmin dah bagitahu saya apa yang Nadia lakukan pada kamu sebentar tadi.” Pandangannya beralih ke Nadia dan rakan-rakan lain. Dia meminta Nadia dan rakan mengikutnya ke bilik warden.
     “ macam nilah, Nia dan Shu Lim. Akak akan minta cikgu hariani pindahkan kamu ke dorm akak. At least, they will not disturb you again after this.” Ujar Shazmin setelah cikgu Hariani, Nadia dan yang lain-lain beredar.
     Nia Marsheela diam menunduk ke lantai. Shu Lim mencuit bahu Nia. Nia menggeleng. Shazmin hanya memandang. Dia tidak mahu memaksa andai Nia Marsheela dan Shu Lim enggan pindah masuk ke dormnya. Dia Cuma mahu lindung Nia dan Su Lim dari budak bertiga tu. Dia berhak untuk pastikan tiada kes buli di sekolah berkenaan, memandangkan die adalah pelajar paling senior di sana.
     “ Macam ini ajelah Nia, amoi, malam ni korang fikir dulu. Lepas tu baru bagitahu akak. Akak nak balik dorm dulu. Apa-apa hal datang ajelah ke dorm akak nanti.” Shazmin terus berlalu.
     Nia Marsheela dan Shu Lim saling memandang. Shu Lim menjungkit bahu, Nia mencebik. “ Amoi...aku mintak maaf ye. Sebab aku, kau terlibat sama.” Nia menggenggam tangan Shu Lim.
     “ Haiya, wa tade masalah ma. You kena hati-hati lor. Nadia itu sudah tade serupa orang. Jahat.” Ujar Shu Lim.
     Nia tersenyum mengingatkan peristiwa itu. Memang Shu Lim antara kawan non-muslim yang begitu rapat dan paling baik dengannya. Dia terdengar ranting patah dari arah belakang, dia cepat-cepat berpaling dan nampak Noh berdiri sambil tersengih macam kerang busuk. Kelihatan wajah Noh yang hampa, agaknya mahu mengejutkan aku tapi trick dia tak menjadi.
     Noh ambil tempat di sebelah aku. “ Ibu panggil balik. Dah lama along duduk tepi sungai yang takde faedah ni.” Gurau Noh.
     Nia menjengilkan mata. Noh sudah tersengih. Kedua-dua tangannya dicantumkan tanda maaf. “ Along ambil angin, dah bagitahu ibu kan? Baru nak jiwang-jiwang sikit, angah daah kacau.”
     “ Patutlah nampak along tersengih sorang-sorang, rupanya bercakap ngan ikan.haha” Noh gelak kuat. Nia memukul belakang Noh seraya bangun.
     “ menyampah. Along nak balik. Duduk lah sorang-sorang berkawan dengan ikan sungai tu.” Nia meninggalkan Noh sendiri.

0 comments:

Post a Comment