I.L.Y~~6

Tuesday 14 February 2012


                Tiba-tiba aje badan aku rasa macam nak demam. Menyampah betul kalau dah rasa macam ni. Ngomel Nia Marsheela sendiri. Sudahlah terlewat sudah mahu ke tempat kerja, tertinggal bas lagi. Malang pulak tidak berbau, nampak hari cerah aje. Tiba-tiba hujan.  Nia Marsheela berlari anak ke hentian bas. Dia yang berbaju kurung moden berwarna ungu, memandang ke kanan dan kiri jalan bergilir. Teksi tiada, bas sudah terlepas. Lagi setengah jam, baru ada bas lagi.  Dia duduk di bangku, otaknya kembali menerawang ke zaman persekolahan.
                “Haiya, ini hali manyak suwey loh. Itu matahari manyak terang, ujan pun turun. Habis kite punye baju.” Shu Lim membebel. Nia Marsheela sengih sendiri sambil geleng kepala.
                “Sabarlah, amoi.”
                “Nia, lu tengok itu stesen bas ha...manyak kecik. Itu apa panggil? Jauh maa....macam mana mau lari ka?” Shu Lim bertanya.
                Betul kata amoi ni. Stesen bas jauh lagi, hujan renyai renyai pon boleh basahkan pakaian mereka. Lagipun, kalau main hujan ni mesti demam. Hujan panas. Esok ada kelas. Hari ni terpaksa pergi ke Bandar untuk beli alatan sekolah.
                “ Okay, amoi. Kalau hujan makin menjadi, baru kita lari.” Ujar Nia sambil memeluk bahu rakannya itu.
                Tiba-tiba Nia Marsheela terasa jalannya sedikit redup. Dia mendongak ke atas. Payung. Dia memandang ke belakang, matanya membulat. Shu Lim tersengih.
                “Abang takut Nia demam, tak dapat pergi sekolah pulak besok.” Ujar Hakimi selamba.
                Bila pulak la mamat ni ada kat belakang kami. Dan macam mana dia boleh tahu kami keluar Bandar hari ni? Dia memandang Shu Lim. Shu Lim sengih sambil angkat kening. Nasib la mereka berada kat tepi jalan ni,ha. Kalau dekat dorm, dah lama dah aku kejar amoi ni ha. Gerutu Nia.
                “ Jom abang hantar pergi Bandar, lagipun, abang nak ke sana juga. Beli barang sikit.” Pelawa Hakimi. Nia berwajah selamba. Dia juga tiada pilihan lain, sudah tertinggal bas, hujan pulak tu. Mahu tak mahu, dia kena tumpang Hakimi juga.
                Dia berkira- kira mahu menumpang Hakimi, namun dia tiba-tiba teringatkan Nadia. Dia malas menikam lidah dengan Nadia. Langkahnya terhenti. Shu Lim sudah menusuk ke dalam perut kereta milik Hakimi.  dia tiada pilihan melainkan menerima tawaran Hakimi, memandangkan si amoi ni pun sudah masuh ke perut kereta Hakimi tanpa banyak soal.
                Setibanya di Bandar, Nia dan Shu Lim mahu beredar dengan cepat. Namun, Hakimi mempunyai plan tersendiri bersama mereka. Nia Marsheela mengeluh. Kenapalah tiba-tiba sahaja Hakimi muncul dan dengan tiba-tiba juga mereka sama-sama berada di Bandar. Dia berdoa semoga tidak terserempak dengan Nadia and the gangs. Kalau tidak, nampak gayanya malam ni dia akan di buli lagi.
                Penat berjalan kesana ke mari menemani Hakimi mencari hadiah ulangtahun kelahiran ibunya. Nia menemaninya dengan penuh sabar, Shu Lim pula seronok sebab makan minumnya di taja oleh Hakimi. Malu di buatnya. Tapi, dia seronok tengok Shu Lim macam keanak-anakan sahaja gayanya. Pantang nampak teddy bear, cepat- cepat dia berlari menuju ke kedai tersebut. Di ambil satu persatu teddy bear, di peluknya.
                Nia terasa bahunya di sentuh seseorang. Nia terkejut.
                “ Cik, dah naik kering tekak saya panggil cik. Nak naik bas ke tak nak ni?” Ujar lelaki tersebut.
                Nia bangun perlahan. “ Maaf,bang. Tak perasan”
                Lelaki tadi mengomel perlahan, Nia tidak memahami tutur bicara lelaki tersebut. Bukan sebab perlahan, tetapi lelaki tersebut membebel dalam loghat sabahan. Dia abaikan kata-kata lelaki itu. Yang penting dia perlu sampai ke pejabat.
                Nia terasa pening. Di sentuh kepala. Dia berpaut pada pintu pejabatnya. Dia ternampak kelibat Remy. Dia langsung jatuh.
               


                                                                                ********

                Nia memandang sekeliling. Hakimi merenung tajam wajahnya.
                “ Nak minum air tak?” Keras suara Hakimi, langsung tiada senyuman di wajahnya.
                “Kenapa saya baring kat sini Encik Hakimi?” Nia seakan bingung.
                “Tak ingat ke? Badan dah panas, muka pucat, itulah perangai tak pernah nak berubah. Degil. Dah tahu tak sihat datang jugak kerja kenapa? Macam dah takde orang lain nak ganti tempat Nia ke, ataupun sayang nak berjauhan dengan si Remy tu?” tempelak Hakimi.  Hakimi bangun menuju ke mejanya, di ambil segelas air kosong untuk Nia Marsheela. Dia mahu marah. Tapi di tahan rasa itu, dia tak mahu Nia berkecil hati.
                Nia menggeleng. Dia ingat tadi dia dah masuk pejabat.
                Hakimi memanggil Aishah melalui interkom. Tak sampai dua minit, Aishah berada di dalam pejabatnya. “ Encik Hakimi, boleh saya bantu?” ujar Aishah.
                “ kemas barang-barang Nia, saya nak bawa dia ke klinik. Lepas tu batalkan semua meeting saya hari ini. Tunda pada esok hari.” Aishah mengangguk faham.
                “ Saya okay aje Encik Hakimi.” Nia bersuara setelah dia membiarkan Hakimi membuat keputusan untuk membatalkan meetingnya semata-mata mahu menghantarnya ke klinik. Tanpa banyak soal Hakimi menarik tangan Nia Marsheela dari sofa. Nia mengeraskan badan tanda protes.
                “ Nak abang dukung baru nak pergi klinik ke?” Ugut Hakimi.
                Nia bingkas bangun. ‘dari sekolah sampai sekarang perangaimacam lanun. Menyampah!’ ngomelnya sendiri. Hakimi tahan senyum.
                Selesai saja jumpa doctor Syeikh Damansara, Hakimi menghantarnya pulang. Nia diam sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Dia malas mahu berbicara dengan bosnya itu. Dia memejamkan mata sambil menyandarkan kepalanya.  Rasa mengantuk tak dapat di bendung lagi. Akhirnya dia terlena. Hakimi sengaja memberhentikan keretanya di tepi tasik.
                Hakimi hanya memerhati wajah Nia. Cantik. Dia membiarkan Nia tidur, dia pula keluar dari kereta menuju ke tasik. Dia terasa tenang, tidak mahu mengganggu tidur gadis kesayangannya. Damai rasa di hati membuatkan dia tersenyum sendiri. Terkenangkan gadis yang disayangi kini berada di sisi, membuatkan dia rasa bahagia dibuai mimpi yang selama ini tak dapat di rasai.

1 comments:

Post a Comment