Nadirah~~My Juwita 5

Sunday 13 May 2012

Nadirah marah-marah keluar dari rumah. Qayyun sudah menunggu di hentian bas yang tiak jauh dari rumah Nadirah. Qayyun sedia menyandar di pintu kereta hanya tersenyum pada Nadirah.
            Gadis ini, pakai lah apa pun semua nampak comel di matanya. Mulut Nadirah yang muncung membuatkan dia tersenyum. Nadirah sudah menjeling.
            “ Awak ni, tak paham-paham ke? Yang awak telefon rumah saya kenapa?” marah Nadirah.
            “ Kan saya cakap nak bawak awak jalan-jalan?” Qayyun selamba.
            “ Tahulah, tapi, tak boleh tunggu petang ke? Geram betol aku.”Nadirah berpeluk tubuh.
            “ Awak ni kan? Buat lah mcam mana pun, semua comel. Manis. Geram. Mulut tu kalau terus macam tu, nanti saya cium.” Nadirah cepat-cepat menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Qayyun gelak besar.
            Qayyun membuka pintu kereta. Nadirah meluru masuk.
            “ semalam tak nak bagitahu nak keluar pukul berapa. Tiba-tiba nak ugut orang. Hampeh betul.”ngomel Nadirah.
            Hakimi tarik hidung Nadirah.
            “ Si comel.”
            Nadirah mengaduh. “ Apa ni?” Nadirah menggosok perlahan hidungnya yang kian merah dek kerana di tarik Hakimi.
            “Pakai sit belt tu cepat. Nak bawak laju kereta ni. Nanti, awak tercampak pulak. Kesian, dahla comel, badan pun kecik aje.”
            “saya yang tercampak, bukan awak. Bawa ajelah kereta tu.” Nadirah berkata selamba. Padahal dalam hati hanya TUHAN yang tahu betapa takutnya dia sekarang.
            Qayyun menjeling. Nadirah kecut. Dia menarik perlahan sit belt. ‘ aku benci dia ni.’ Ujar Nadirah dalam hati.
            Qayyun tersenyum girang. Dia membawa Nadirah ke Mid Valley. Dia memang mahu mencari kasut Nadirah. Selain itu, dia mahu meluangkan masa mengenali Nadirah dengan lebih jauh lagi.
            Satu demi satu kedai yang mereka masuk. Namun, tiada satu pun yang memiliki kasut seperti yang Nadirah mahukan.
            “ Macam nilah, awak pilih ajelah kasut lain. Mahal pun, takpe. Saya akan bayar.” Ujar Qayyun.
            Nadirah tersenyum sinis. Dia ada idea untuk kenakan Qayyun.
            Hamper ke semua kedai dia masuk, namun tiada satu pun kasut yang dia berkenan. Nadirah mengeluh.
            ‘tulah, nak pedajal orang. Last-last tak dapat jugak kasutnya.’ Ngomel Nadirah dalam hati. Dia penat berjalan.
            “ Awak, dah jam berapa sekarang?” Ujar Nadirah.
            Qayyun tersenyum. “ Awal lagi, belum masuk waktu maghrib lagi.” Qayyun menyindir.
            Nadirah menjeling marah. “ Awak ni menyindir ke hape? Dah tanye elok-elok jawab tu beradab lah sikit.”
            “ Hamboih, lawan tauke. Jam awak mana?”
            “ Dah hilang tak tahu ke mana. Tak jumpa la, entah kenapa sejak dua menjak ni barang saya asyik sangat hilang.” Nadirah berkata dalam nada suara yang agak sedih. Dia sentuh pergelangan tangan. Walaupun jam yang di pakai selama ni berharga tak sampai lima puluh ringgit pun, dia tetap sayang. Semua barang- barang dia, dia sayang.
            Qayyun menarik tangan Nadirah. Dia masuk kedai jam tangan. Nadirah pelik.
            “ Nak buat apa?” soalan bodoh jugak yang di tanya Nadirah. Qayyun garu kepala.
            “ Beli sayur nak buat masak lemak.”
            Nadirah memuncungkan mulutnya. Qayyun tarik hidung Nadirah.
            “ Beli jam tangan baru untuk awak la.” Hakimi meminta jurujual keluarkan jam tangan rolex.
            Nadirah melongo.
            Qayyun berpaling. Di lihat mulut Nadirah terbuka luas. “ Jangan kata lalat, badak pun boleh masuk dalam mulut tu tahu tak.” Qayyun gelak.
            Muka Nadirah kemerahan menahan malu. Qayyun ni bergurau tak tengok keadaan langsung. “ Saya takde duit lah nak beli jam mahal-mahal ni.”
            “ Saya bayar.” Jawab Qayyun pendek.
            “ Tak payah. Saya kerja.” Balas Nadirah pendek. Malas mahu bergaduh.
            “ Cepat pilih, atau saya tak hantar awak balik malam ni.” Ugutan.
            Nadirah menjenggil. Ugut nombor satu. “ Saya tak nak.”
            Qayyun membiarkan Nadirah melihat-lihat jam. Dia sibuk memilih. Malas paksa, asal dia berkenan, dia akan beli. Dan Nadirah mesti akan pakai kalau dia dah beli. Takkan nak buang pulak.
            Nadirah hanya memandang jam tangan Guess. Mahal kot. Tapi lawa gila. Nadirah tarik baju Qayyun. “ Jom lah kita pergi makan. Saya lapar lah.”
            Qayyun mengikut. Sampai di tingkat dua, Qayyun minta diri mahu ke toilet.
            “ Jangan lama-lama taw. Nanti karang saya main gendang pulak kat sini.” Gurau Nadirah.
            Qayyun mengangkat tangan sambil berjalan ke toilet. Dia berpaling ke belakang untuk melihat Nadirah. Nadirah begitu asyik memandang pameran kat tingkat bawah. Ada solekan, sales barang-barang mekap.
            “ Jom, makan.”
            Nadirah berpaling. “ Lamanya?”
            “ Ramai orang.” Ringkas jawapan Qayyun.
            Nadirah jungkit bahu.
            Usai makan, mereka beredar dari Food Court.
            “ Kita pusing lagi sekali, kalau tak jumpa jugak kasut yang awak berkenan lainkali kita pergi tempat lain.”
            ‘ ini arahan ke ape?’ ujar Nadirah sendiri.
            “ Jangan banyak bunyi.” Qayyun tersenyum.
            “ Awak ni bela hantu ke ape?” Nadirah tahan gelak, wajahnya masih lagi garang.
            Seharian berjalan di MidValley. Langsung tiada kasut yang Nadirah berkenan. Qayyun tidak langsung mengeluh. Nadirah hanya menguji, bukan tiada kasut yang dia berkenan. Tapi, dia mahu melihat reaksi Qayyun.
            Nadirah tersenyum. Hatinya sudah lama terpikat. Namun, tidak mudah untuk dia jatuh cinta. Mungkin dia gembira bersahabat dengan Qayyun. Walau jarak umur mereka sedikit jauh, namun attitude Qayyun membuatkan Nadirah selesa berkawan dengannya.
            Mereka berhenti untuk solat asar sebelum pulang.
            Usai solat, Nadirah meminta Qayyun menemaninya ke MPH store. Katanya mahu mencari novel-novel terbaru. Dah agak lama, dia tak membeli novel. Yang ada pun, semua yang lama.
            Hampir satu jam membelek, Nadirah membeli sebuah buku. Dia Milikku. Qayyun sengih.
            “Awak beli buku tu sebab saya ke?” Qayyun gelak. Nadirah mencebik.
            “ Kalau bukan sebab penulis dengan jalan cerita dia yang best ni, takde maknenye saya nak beli tahu tak.”
            Qayyun sengaja muncungkan mulut. Kunun meraju. Nadirah buat tak tahu. Dia geleng kepala sambil berlari anak ke arah Nadirah yang semakin jauh ke depan.

0 comments:

Post a Comment