I.L.Y~~1

Sunday 12 February 2012


Hakimi termenung jauh. Dia masih ingat sewaktu dia dibangku sekolah dulu, ada seorang gadis yang telah menambat hatinya. Entah kenapa, dia merasakan gadis itu begitu sempurna di matanya. Gadis itu bukan anak orang kaya sepertinya, malah gadis itu simple tapi sangat menarik perhatiannya. Sehinggakan dia menjadi seperti orang gila bayang jika tak melihat gadis itu walau sehari.
                Sekarang sudah lapan tahun berlalu.....dia tak lagi berjumpa dengan gadis tersebut. Sepanjang lapan tahun itu juga, dia asyik memuja bulan dan bintang.....siang dan malam. Hanya berharap TUHAN akan mempertemukan dia dengan gadis itu.
                Dia mengimbas kembali kenangan dulu......
                “ errr....maaf, ada kakak tingkatan lima bagi surat ni pada awak.” Ujar gadis tersebut pada Hakimi. Hakimi tersenyum sinis mendengar suara gadis itu. Dia langsung tidak memalingkan mukanya pada budak yang menghantar surat padanya.
                “ awak ni perempuan....pun nak jadi posmen ke? Ada impian jugak nak bawa motor n hantar surat dari rumah ke rumah?”sinis betul kata-kata Hakimi. Dia masih membaca buku. Tidak memandang atau menoleh pada gadis yang berada di belakangnya.
                Wajah gadis itu kemerahan menahan malu di hati.  Hampir-hampir dia mahu menangis kerana kata-kata hakimi. Salah seorang senior tingkatan lima di sekolah berasrama penuh. Malah Hakimi juga adalah ketua pengawas n ketua dorm asrama lelaki di sekolah terbabit.
                “ kamu bagi balik surat tu pada kakak senior tu. Cakap pada dia, saya tak berminat pada mana-mana perempuan pun kat sekolah ni. Lagipun, kita datang sekolah ni nak belajar, pakai duit mak bapak kita lagi....so,jangan nak menggatal kerjanya.” Hakimi menutup buku dengan kasar. Dia bangun dari bangku. Angin petang yang begitu lembut menyapa wajahnya tidak di hiraukan lagi.
                Seminit kemudian, dia terdengar tangisan halus di belakangnya. Dia terpempan. Dia menelan air liur. ‘kasar sangat ke kata-kata aku?’ ujarnya dalam hati.
                “maaf senior, saya dipaksa melakukan kerja ni. Saya tak mahu pun,tapi....” belum pun sempat Nia menghabiskan kata-katanya, Hakimi pun menoleh.
                Seketika itulah dia merasakan jantungnya bagai di sentap. Jantungnya berdegup laju. Entah kenapa, saat dia terpandang wajah gadis kecil di hadapannya ini, seakan-akan memberi nafas baru dalam dirinya. Sungguh, dia tak pernah terfikir mahu jatuh cinta pada ketika ini. Matanya membulat. Wajah lembut Nia menjadi santapan pada petang itu. Wajah yang mulus, lembut dan matanya yang sayu. Aduh....hatinya terpikat. Walau dengan hanya memakai baju kurung, gadis itu nampak sungguh cantik. Rambutnya yang lurus paras bahu tanpa di ikat.
                Nia menunduk. Dia meramas surat di genggamannya. Takut kalau-kalau hakimi memarahinya. Bimbang juga kalau senior Nadia tahu yang hakimi menolak surat cintanya.
                Ehem....... Hakimi berdehem. Nia sedikit terkejut.
                “ Apa  nama kamu?” ujar hakimi lembut. Wajah nia masih di renung. Nia menunduk.
                Tanpa memandang, dia menjawab “Nia...”
                “ Nia saja ke?” ujar hakimi lagi.
                Nia menggeleng.
                “habis tu?” Hakimi sekadar menguji.
                Gadis itu diam. Nia menghulurkan surat tersebut. “ senior, saya tak mahu ada masalah dengan senior-senior di sini. Saya cuma di arahkan memberi surat ni pada senior. Tolong lah, kalau senior nak buang ke apa, terserah. Asalkan senior ambil.” Panjang lebar gadis itu menerangkan padanya.
                Hakimi menganggukkan kepala. “ okay, tapi dengan satu syarat.” Ujar  hakimi.
                Nia menelan liur. ‘kenapalah aku di duga seperti ini YA ALLAH’ ujar Nia dalam hati.
                Hakimi hanya tersenyum setelah nia menganggukkan kepala setelah gadis itu menerima syaratnya.
                Nia berlalu ke dorm puteri. Dia melangkah laju. Hatinya turut berdebar, bimbang kalau-kalau nadia memarahinya kerana dia bercakap dengan hakimi terlalu lama.
                Hakimi melihat surat di tangannya. Kerana surat ini jugalah, aku bertemu dengan Nia. ‘Aku patut berterima kasih pada orang yang memberi surat ni pada aku.’ Hakimi tersenyum lebar. dia kembali duduk di kerusi tempat dia menelaah pelajaran tadi. Tetapi, dia tak dapat menyambung kerja sekolahnya kerana teringatkan gadis tadi.
                Nia......
                Nama yang sering meniti di bibirnya saban hari. Hakimi betul-betul jatuh cinta. Dan cinta pertamanya di usia 17 tahun.
                                                *******


                Jam menunjukkan ke pukul 7 petang. Semua pelajar seharusnya berada di dewan makan sebelum pukul 7 petang untuk menikmati makan malam. Seperti biasa, Hakimi akan berkumpul dengan rakan-rakan yang lain sebelum mengambil makanan.
                Petang ini dia tercari-cari kelibat Nia di dewan makan tersebut. Tetapi, nia seperti tidak turun ke dewan makan. Dia berharap dapat melihat gadis itu. Baru petang tadi mereka berjumpa, sekarang Hakimi terasa tidak sabar untuk berjumpanya sekali lagi.
                Hakimi pasrah. Mungkin Nia marahkan dia sebab dia pun bercakap ikut sedap mulut aje. Hum...Nia pun salah jugak, kenapa dia datang dari arah belakang? Mana aku nak nampak muka dia yang cute tu kan? Hehehehe
                Pelajar-pelajar asrama sudah mula beratur untuk mengambil makanan masing-masing. Hakimi turut beratur, keadaan dewan makan yang agak bising sudah menjadi kebiasaan pada mereka penghuni asrama. Di situlah mereka dapat berkumpul dan bersembang.
                Ketika asyik memilih makanan, terasa bahunya tersentuh dengan seseorang. Mereka saling berpandangan, rupanya Nia berada di sebelahnya. Dia seakan terkejut, apatah lagi Nia yang membulat memandang  kearah Hakimi. Nia cepat-cepat tunduk dan beralih ke meja makan. Dia tidak berani bertentang mata dengan Hakimi. Apatah lagi mengingatkan kembali kisah petang tadi.
                Nia mengambil tempat di meja hujung dewan. Tempat yang tersorok, tidak mahu dia  berselisih dengan Hakimi. Hakimi mencari-cari kelibat nia. Memang dia tak akan melepaskan peluang untuk menjamu wajah gadis yang di pujanya sekarang. Cinta memang punya kuasa magik yang kita sendiri tak tahu tentangnya. Hakimi tersenyum puas bila dia dapat menatap wajah Nia. Dia sengaja memilih tempat yang bertentangan dengan Nia. Walaupun jarak mereka selang dua meja, namun dia dapat melihat wajah Nia dengan jelas.
                Dalam dewan yang bingit dengan suara pelajar-pelajar bukan menjadi masalah pada Hakimi. Saat itu dia merasakan hanya dia dan Nia sahaja yang berada di dewan makan. Rakan-rakan yang lain sedang rancak bersembang tidak di hiraukannya.
                “kimi. Ape yang kau pandang tu? Macam hebat je?” ujar Firdaus sambil tercari-cari apa yang di pandang Hakimi.
Zain yang seakan tahu bahawa Hakimi sedang memandang gadis yang sama yang telah menarik perhatiannya semasa hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh tersebut. Hatinya tidak tenang. Akan tetapi, dia tahu dia tidak setanding Hakimi yang sememangnya anak orang berada. Pasti mudah untuk dia mendapatkan Nia. Zain mula beredar. Hakimi dan yang lain mula memandang.
“kenapa dengan Zain wei?” ujar Hakimi. Semua menjungkitkan bahu. Hakimi mencebik.
“wei, ko jangan nak lari tajuk okay? Siapa yang kau pandang tadi?” ujar firdaus. Dia mengangkat kening double jerk kearah hakimi.
Hakimi ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. “ kantoi lah kau hari ni Kimi.” Ujar Khairul.
“kau tahu ke Khai?” Firdaus masih lagi tidak berputus asa untuk korek rahsia Hakimi.
Mereka asyik bersembang dan bergelak ketawa. Hakimi menundukkan kepala. Seakan malu lah kononnya. Tapi, memang dia tengah malu sebab dia bakal jadi bahan dalam kelas nanti.
Dia yang malu di usik rakan-rakan tersengih macam kerang busuk. Dia ingin mencuri pandang ke arah Nia, malangnya Nia sudah beredar. Dia sendiri tidak sedar bila masalah pulak minah ni hilangkan diri dalam dewan makan.
Hakimi mengeluh perlahan. Dia sambung makan, lagi setengah jam semua pelajar asrama harus  berkumpul di surau untuk tunaikan solat maghrib berjemaah.

0 comments:

Post a Comment