I.L.Y~~7

Sunday 19 February 2012


                “Cik Nadia, dengar cerita sekarang Cik Nadia berkawan rapat dengan seorang usahawan muda Malaysia sekarang?” Ujar wartawan Harnis. Nadia tersenyum bangga dengan soalan tersebut.Dia berjaya menjadi model terkenal yang seksi.
                “ Yela, dia yang minat kat saya. Katanya, sebab saya ni cantik dan mempunyai ciri-ciri gadis yang dia suka.” Ujar Nadia bangga.  
                “ So, siapakah usahawan tersebut Cik Nadia? Tak mahu ke kenalkan pada umum?”
                “Bila tiba masanya nanti saya akan umumkan siapakah pemuda yang telah menambat hati saya.” Nadia menggulung hujung rambut dengan jari telunjuknya. Dia yang memakai skirt singkat paras peha warna hitam sambil duduk menyilang kaki.
                Hampir satu jam di wawancarakan, Nadia Hafida seakan bosan dengan soalan yang bertubi-tubi. Dia mahu saja pergi dari sesi temubual bersama wartawan Harnis. Dia mahu segera berjumpa dengan Hakimi. Rindu yang teramat dirasakan setelah sebulan dia bercuti di Paris. Dia sudah memikirkan kejutan yang mahu diberikan pada Hakimi.
                “ Okay, satu lagi soalan saya. Baru-baru ini, Cik Nadia di katakan menukar kereta mewah sekali lagi.  Kereta BMW Sport yang sebelum ini pun, baru saja di tukar. ?” Ujar Harnis.
                Nadia tergelak manja.  Rasa bangga menyelubung diri. Namun dia memang sudah terbiasa dengan kehidupan mewah yang di taburi papa dan umi. Dia mengepak rambutnya yang panjang ke belakang.
                “ Pandai awak korek rahsia, ya?” Dia mencuit tangan Harnis yang duduk berhadapan dengannya. Lipstik merah menyala yang di sapu ke bibir mungilnya di simpan ke dalam handbag. Dia berkira-kira mahu pergi.
                Harnis bangun. Bingung soalan tak berjawab. “ Nanti ada masa kita sembang lagi ya. I’ve to go now, by the way, thats car  from my father. My birthday gifted.”
                Harnis menghantar Nadia ke kereta dengan matanya. Dia menutup buku di tangan sambil menggeleng kepala. Sepatutnya ia menjadi cerita muka hadapan majalah keluaran syarikat MStar, namun hampa. Orang hot pasti akan jadi perhatian masyarakat, lagi-lagi buat lelaki bermata keranjang yang pantang pada gadis berdahi licin.


                                                                *********************


                Masuk saja ke dalam pejabat Hakimi, mata Nadia membulat memandang Nia Marsheela. Entah apa yang perempuan kampung ni buat dalam pejabat Hakimi? Nadia pantas ke meja Nia Marsheela.
                “ Hei, budak kampung!!” Jerkah Nadia. Nia Marsheela terkejut, terhenjut bahunya dek kerana kaget dengar suara kuat yang tiba-tiba.
                Semua staff yang berada di sana memandang pada Nadia. Nia marsheela bangun. “ Errr..... Kak Nadia.” Nia Marsheela
                “ Bila masa mak bapak aku lahirkan kau, hah?” Suara Nadia masih tinggi. Nia Marsheela tunduk. Air mata bergenang di tubir mate....hampir menitis.
                Aishah datang menghampiri mereka. Aisyah mencerlung Nadia, nak aje aku lempang minah miang ulat bulu nih. Ujarnya dalam hati.
                “ Kamu nak apa Nadia? Tak tahu ke ni masa kerja?” Ujar Aisyah dengan nada suara yang di tahan-tahan.
                “ Saya datang nak jumpa tunang saya, kak Aishah.” Suaranya di lembutkan.
                “ Habis yang kau menjerit macam orang gila mati anak ni kenapa? Takde otak?” Marah Aishah. Nadia terkejut dengan kata-kata Aisyah.
                “ Takde lah, kak. Tak sangka jumpa dengan budak kampung ni.” Dia mencerlung Nia Marsheela.
                “ Ni, aku nak tanye. Sejak bila pulak kau bertunang dengan dia?” Sengaja Aisyah tidak menyebut nama Hakimi. Tak mahu Nia salah faham.
                Nadia tersengih. “ errr....err......” Dia mula gagap.
                Hakimi yang dengar bunyi bising keluar dari biliknya. ‘ Huh, patutlah rebut pejabat aku. Minah ni ada kat sini.’ Gerutu Hakimi. Tiba-tiba dia teringatkan Nia. Dia memandang Nia. Bahunya terhinjut-hinjut.
                “ Sayangg......” Nadia membuat suara manja.
                Hakimi tidak endah. Langsung dia menuju kea rah Nia. Di sentuh lembut bahu gadis itu. Terburai air mata Nia Marsheela.  Nia mencapai beg tangan lalu dia berlari meninggalkan mereka. Hakimi cuba mengejar, tapi di halang Nadia.
                Nadia menarik tangan Hakimi. “ Sayang.....you nak pergi mana?” Ujar Nadia.
                Tangannya di rentap kuat. Nadia terkejut.
                “ Hei, perempuan. Aku dah lama sabar dengan karenah engkau. Betina murahan. Engkau blah sekarang sebelum aku lempang muka engkau.” Mata Hakimi merah menahan marah.
                Nadia merengus. Air matanya juga bergenang.
                “ Kau nampak pintu yang terbuka luas tu, kan? Hah, sekarang...berambus!” Jerit Hakimi. Nadia berlari keluar dari pejabat Hakimi.
                Hakimi menumbuk dinding. Semua kakitangannya terdiam. Pertama kalinya mereka melihat Hakimi sebegitu. Sebelum ini, dia di kenali dengan seorang bos yang baik, lembut pada wanita. Dia memandang sekeliling. Semua pekerjanya tunduk dan beralih membuat kerja masing-masing. Hanya tinggal Aisyah yang berada di sisinya.
                “ Akak akan pujuk Nia. Kau jangan bimbang. Pergilah cuci muka dulu. Mengucap sikit, biar hilang marah tu.”
                Hakimi mengangguk.

0 comments:

Post a Comment