I.L.Y~~~14

Tuesday 28 February 2012


               Hari ini Nia bercuti selama 3 hari. Sudah lama dia tidak bercuti bersama keluarga tersayang. Sepanjang 7 bulan dia bekerja, tidak pernah dia memohon cuti. Mungkin bulan ni, bulan bertuah kot? Dapat cuti 3 hari. Hahaha.
               “ ibu, ayah. Along pergi jemput acik ye. Lepas tu, baru kita bertolak ke Port Dickson. Okay?” ujar Nia bahagia. Dia melambung-lambung kunci kereta di tangan. Sungguh gembira dia hari ini. Dia menyalami tangan kedua orang tuanya. Zainab mencium dahi Nia. Nia seakan pelik dengan tindakan ibunya. Namun dibiarkan saja, kerana dia bahagia begitu. Dia menyentuh kedua belah pipi ibunya.
               “ Along pergi kejap aje ibu, hehehhe”  kemudian dia menyalami pula ayahnya.
               “Angah ikut ye long, dah lama tak naik kereta dengan along ni.” Ujar Noh. Nia mengangguk sambil tersenyum pada adik lelakinya. Kereta proton milik bapanya di pandu perlahan. Dia tidak lekang dengan senyumannya. Noh pelik, namun dia hanya memerhati.  Lama memerhati, dia menegur.
               “ape dah berlaku kat along,ni? Asyik tersenyum aje dari tadi? Haish, pelik lah angah macam ni.” Ujar noh. Dahi sengaja dikerutkan. Nia tergelak kecil.
               “ yelah, angah. Cuba angah fikir, dah berapa lama kita tak bercuti bersama-sama. Tiba-tiba ayah dengan ibu plan bercuti untuk kita sekeluarga. Kat P.D pulak tu.hehehehe” ujar Nia panjang lebar. noh mengangguk faham.
               “patutlah, along duk tersengih macam kerang busuk aje dari tadi. Hahahaha” usik Noh. Nia memburaikan gelak yang tak dapat ditahan.
               “ dah lama tahu along tak cuti, sekali-sekala ibu dengan ayah ajak bercuti apa salahnya along ikutkan?” Nia menarik hidung adiknya, Noh. Noh menjerit kecil. Dia menggosok hidungnya selepas Nia melepaskan cubitan.
               “huh, along nih. Sakit tahu? Angah merajuk karang....angah tak mahu ikut nanti?” Noh cuba ugut kakaknya. Dia sekadar main-main. Takkan dia mahu lepaskan peluang untuk bercuti dengan keluarga tercinta. Dia sengaja mahu melihat reaksi alongnya. Biar padan muka dia. Suka hati aje main cubit-cubit hidung orang yang mancung ni. Gerutunya dalam hati.
               Nia menarik muncung itik yang agak lebih kurang sedepa. Angah tersenyum. “hah, tu along nampak ke tak nk drive tu? Yelah, muncung along tu dah lindung seluruh stereng kereta ayah ni tahu?” ujar Noh. Nia tak dapat menahan gelak. Nasib baik ada ramai pelajar lalu-lalang dan ada jugak yang tengah melintas jalan. Kalau tidak dah lama die lepaskan stereng kereta sambil luku kepala Noh yang agak nakal tu.
               Keadaan kawasan asrama agak sibuk kerana cuti sekolah. Nia dan Noh mencari-cari kelibat adiknye Farhan. Mereka memanjangkan leher menoleh kanan dan kiri, masih mencari baying Farhan. Janjinya pukul 2.30 petang, sekarang dah 2.40 adiknya belum muncul-muncul. Nia mengerling jam di tangan. “mane acik ni ngah?”
               Noh menjungkit bahu. “eh, long...cube tengok tu.” Noh memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah seorang perempuan. Nia cepat-cepat berpaling ke arah surau asrama. “ acik ke ngah?” ujar Nia. Noh menggeleng.
               “bukan, long. Awek tu cun lah,hehehehehe” noh tersenyum gatal.
               Sebijik penampar ter’landing’ belakang Noh. “aduh....” noh menggosok belakangnya.
               “haaaa.....main-main lagi. Along suh cari acik, bukan cari awek...gatal.” ujar Nia. Dia mahu tergelak bila melihat wajah angah berubah namun di tahan.
               “yela, yela. Nak gurau pun, tak boleh kan? Angah cari lah ni.” Noh berkira-kira mahu keluar dari kereta namun di tahan oleh Nia.
               “tak payah.”
               “kenapa?” Tanya Noh. Nia mengangkat kening sambil tersenyum.
               Farhan tersenyum sambil membuka pintu kereta proton milik ayahnya. Tiba-tiba dia mendengar along dan angah nyanyi lagu....
               “dia datang....jeng.....jeng.....jeng....dengan lemah lembutnya ....dia datang......jeng....jeng.... jeng ..... dengan lemah lembutnya ....” Noh membuat gaya seperti sedang bermain gitar. Nia pula berpura-pura main drum.
               “alaaaaaaaaaaaa......sorry, I’m little bit late.” Ujar Farhan. Dia menghulur tangan mahu bersalaman dengan kakak dan abangnya yang seperti umur seusia budak tadika.
               Noh membuat gaya Farhan bercakap. “ pandai lah, kami ni seksa waitin’ for u here.” Ujar Noh seperti sedang marah. Farhan buat tak tahu.
Nia tersengih. Dah-dah, jom kita balik. Nanti kita nak pergi P.D satu family, seronok kan cik?”ujar Nia pada adiknya, Farhan. Farhan mengangguk.
“along...acik lapar lah. Tadi makan biskut aje...acik teringin nak makan mcD. Along belanjalah.” Farhan buat muka kesian dan comel. Nia menggosok kepala acik.
“boleh, sayang. Tapi, bukan sekarang. Nanti along belanja satu family.okay?” ujar Nia. Dia sememangnya sudah niat nak bawa keluarganya makan di luar. Dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk mereka. Nia memandu kereta dengan perlahan. Malas die mahu gopoh, ape orang kata biar lambat asal selamat. Ahaks.
“along, acik nak pinjam tepon jap boleh?” lalu farhan mencapai telefon bimbit yang ada atas deck kereta tanpa sempat Nia menghalang. Farhan membelek telefon alongnya.
“wah...canggihnya phone along, pakwe beli eh long?” ujar Farhan lagi. Pipi Nia merona merah kerana menahan mahu dek soalan adiknya itu. Stereng kereta di ramas lembut.
Farhan membelek telefon kakaknya. Dia menekan button unlock. “ eh, along, ade sepuluh mesej. Along tak perasan ke?” ujar Farhan. Noh yang berada di seat sebelah driver menggeleng kepala melihat perangai adiknya.
“tak...along tak perasan. Hum, siapa yang hantar mesej tu, cik?.”ujar Nia seperti betul-betul tidak tahu. Padahal dia malas mahu membalas mesej-mesej dari Hakimi. Nia buat-buat tidak dengar bila nama Hakimi meniti di bibir adik-adiknya.
               “ Dari Hakimi sayang....hehehehehe” usik Farhan. Nia membulatkan mate yang dah sememangnya bulat. Farhan gelak.....
Nia menjengilkan mata melalui cermin pandang belakang, Farhan dengan Noh sama-sama gelak. Nia turut ketawa. “ oh...main-mainkan along ye? Along tak nak belanja makan mcD. Acik pergilah beli sendiri.” Gurau Nia. Farhan hanya tersengih. Membantah tak, mengiyakan pun tidak. Nia berasa pelik.
Setibanya di selekoh rumahnya, telefon Nia berbunyi. Dia hanya membiarkan saja telefon itu berbunyi kerana dia tidak mahu pemanduannya terganggu. Mungkin itu membahayakan mereka semua walaupun sudah hampir dengan rumahnya. Setelah dia memarkir kereta di hadapan pagar rumah, telefonnya bordering lagi. Nia melihat skrin telefon, nombor yang tak di kenali muncul di skrin. Dia menekan butang answer, telefon di lekapkan ke telinga.
‘hallo...assalamualaikum.’ suara lelaki di talian sana.
‘wa’alaikum mussalam, ye cari siapa?’
‘nia sayang, hakimi sini lah. Hem, bila nak abang belanja makan mcD ni?’
‘haaaaa??????’
‘tadi sayang mesej abang suruh abang belanja mcD, sekarang terkejut pulak.’
‘eerrrr.....errr.....bu...bu...bukan nia lah yang mesej awak.’ Nia tergagap-gagap.
‘main-main lak sayang ni, habis siapa yang mesej abang tadi? Nombor sayang yang naik tau?’ hakimi gelak.
‘acik yang mesej.’
‘ok, kalau macam tu next week abang belanja nia sekeluarga okay?’
‘eh,tak payahlah awak. Nanti saya bawa acik makan mcD tu, takpelah awak jangan susahkan diri. Ermmm, saya da nak gerak ke port Dickson ni. Lain kali kita borak lagi. Salam’ telefon di matikan. Nia mengepalkan tangan. Geram betul dia dengan farhan ni.
Farhan sudah tersengih memandang Nia. Nia menyinsing lengan baju yang di pakainya. Farhan sudah menjerit dan berlari ke arah dapur. Badan Farhan yang sedikit montel membuatkan dia cepat mengah ketika berlari. Puan Zainab hanya menggeleng melihat keletah anak-anaknya.

2 comments:

maia said...

aiyarkkkkk will stop update for awhile....
pindah rumah.... ^_~

maia said...

will update once or twice per week....please leave your comment here.... tq ^_~

Post a Comment