I.L.Y~~~9

Tuesday 21 February 2012

Nadia, Fatin dan jejoy menggoyang-goyangkan badan. Suasana kelab yang penuh sesak dengan anak muda sudah biasa bagi mereka. Malam minggu adalah hari untuk mereka berkumpul. Fatin yang selalu sibuk dengan kerjanya sebagai pramugari AirAsia, manakala jejoy meneruskan perniagaan keluarganya.
               Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri dan membelanja mereka minuman keras. Mereka bertiga bersorak gembira. Dia berbisik sesuatu pada Nadia, kemudian senyuman mengiringi wajah manisnya. Lelaki tadi menghulur tangan, tanda mengajak Nadia ke lantai tari. Nadia gelak manja sambil menghulur tangan. Keduanya gembira melihat telatah rakannya yang sememangnya ramai peminat.
               “ Kau tengoklah jejoy, kawan kita ni. Kemana saja, ada aje prang mahu belanja dia.”
               Jejoy mengangkat kening sambil meneguk bir. Tangan kanannya di angkat keatas sambil menggelekkan pinggul dan kepala mengikut rentak muzik. Nadia pula sudah tenggelam dalam pelukan lelaki yang baru di kenali.
               Zaman yang semakin maju membuatkan anak remaja melayu kini sudah hilang nilai dan adat kehidupan. Mereka semua bagai sudah di rasuk ketika muzik yang kuat dan membingitkan telinga. Mereka tenggelam dalam dunia yang serba moden tanpa mengikut asas agama yang mereka pelajari dari kecil.
               Sudah penat menari dan suka apabila badannya di raba sana sini, Nadia kembali ke meja minum. Dia tersengih pada rakan- rakan yang lain. “ Fatin, Jejoy, aku balik dulu ye. Aku nak keluar dengan handsome boy ni.” Sambil jarinya mengusap dada lelaki tersebut. Di paut pinggang Nadia dengan kemas, Nadia membalas sambil melentokkan kepalanya ke dada lelaki itu dengan manja.
               Fatin dan Jejoy hanya menjungkit bahu sambil melambai tangan. Mereka masih lagi melayani bir dan muzik yang cukup membingitkan telinga. “ Have a fun Nad.” Ujar Jejoy sambil mengenyitkan mata pada lelaki yang berada di sebelah Nadia.
               Jejoy hanya senyum sinis. Perangkapnya sudah masuk. Dia mahu Khairul meratah tubuh Nadia semahunya malam ini. Dan dia akan pastikan setiap apa yang di rancang akan menjadi. Dia mahu membalas dendam pada Nadia.
               ‘ Rasakan kau’ Ujar Jejoy sendiri.
               “ Kau cakap sesuatu ke?” Fatin bertanya.
               “ Mana ada, jom kita menari. Sambil-sambil kita cari mangsa.. ahahahah” Sengaja dia gelak kuat seperti meraikan kemenangannya pada mala ini untuk membalas dendam terhadap Nadia.
               Mereka hilang di sebalik arus muzik yang bergema. Sehingga mereka lupa tentang realiti. Muzik rancak mengiringi tarian sekalian makhluk yang berada di lantai tari kelab D’Air yang berada di tengah-tengah ibu kota.


                                                            ****************


               Nadia terpisat-pisat di atas katil hotel. Kepalanya masih pusing. Di amati sekeliling, dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh lelaki berada di sebelahnya tanpa baju. Dilihat keadaan diri yang juga tanpa baju. Matanya membulat. Dilihat baju-baju yang bertaburan di lantai. Dia meraung sekuatnya.
               Dia memukul tubuh sasa lelaki di sebelahnya. Khairul terkejut oantas bangun dari katil. Di lihatnya Nadia menangis teresak-esak.
               “  What are you doing to me?” Ujarnya dalam sendu.
               “ Are forgot about last night? You are the one who seduce me to the bed” Ujar Khairul.
               Nadia terpinga. “ No! I’am not” Jeritnya.
               Khairul mengenakan tuala. “ Okay, we’ll talk later. I want to take bath.”
               Nadia masih menangis. Di kutip pakaiannya satu persatu di atas lantai. Sambil di dalam hati, dia memaki hamun lelaki yang berada di bilik mandi. Mana mungkin dia mnyerahkan mahkotanya pada lelaki yang baru dikenali belum sampai sehari.  Dipegang kepala yang masih pening. Dia kembali duduk di katil.
               Khairul berwajah selamba. “ Come honey, take your bath.” Khairul tersenyum puas. Nadia menjeling.
               “ Dont look at me like that, don’t seduce me like last night.” Khairul gelak.
               “ Jantan sial!” Pekik Nadia.
               “ I am not deaf, talk nicely to me. Or else, you will regret what you had done. I can tell the press about this.” Ugut Khairul.
               Nadia membulatkan mata. “ Don’t you dare to tell anyone about this.”
               “ Okay, I will. Tapi, dengarlah cakap I, sayang. You pergi mandi sekarang. Then, I hantar you balik.” Di sentuh dagu Nadia. Nadia menepis kuat.
               Lima belas minit kemudian Nadia keluar dari kamar mandi. Dia mengenakan pakaian semalam. Dilihat Khairul memegang kamera. Dia menerpa ke arah Khairul. Ternyata Khairul lebih pantas, dia dapat menghidu tindakan Nadia.
               “ Kalau you tak nak video semalam tersebar, you kena ikut segala apa yang suruh.” Ujar Khairul.
               Nadia mahu menangis sepuasnya. Dia tidak menyatakan iya atau tidak dengan tindakan Khairul. Dia mula memikirkan kerjaya, papa, mama.
               Mahu atau tidak, Nadia harus mengikut segala kata Khairul supaya video rakaman itu tidak tersebar dan menjatuhkan maruahnya dan keluarga. Dia bingung, semuanya terjadi secara tiba-tiba tanpa amaran. Dia mula teringatkan Nia Marsheela. ‘ Ya, memang dia pembawa sial. Selepas aku jumpa dia, segala dalam hidupnya berubah. Dia kehilangan Hakimi, dan dia juga terima musibah seperti ini’ Ujarnya dalam hati.
               Dendamnya semakin kuat pada Nia Marsheela. Dan dendam yang mesti di tebus.

0 comments:

Post a Comment