I.L.Y~~~13

Tuesday 28 February 2012


               “ Maafkan Nia, ye?” Ujar Nia Marsheela setelah lama keduanya berdiam diri.
               Hakimi memalingkan wajahnya ke arah Nia Marsheela. Dia tersenyum kelat. Dia bangun dari kerusi yang menghadap ke tasik. Mencapai batu kecil lalu di baling ke dalam tasik. Nia marsheela hanya memerhati setiap perlakuan Hakimi.
               Hakimi memandang Nia. “ Saya terlalu sayangkan awak. Dan awaklah wanita pertama dalam hati saya yang tak pernah saya lupakan, Nia.” Ujarnya. Suaranya sedikit mendatar.
               Nia menunduk. “ maafkan saya sekali lagi.”
               “ Bukan  maaf yang saya mahu dengar dari bibir kamu.”
               Nia membuang pandang ke arah tasik. Masih ramai yang berjoging da nada jugak yang berdating. Persoalan yang kian lama di pendam, ingin saja di lontarkan. Dia mengeluh lembut. “ Boleh saya tanya sesuatu?”
               Hakimi mengangguk tanpa memandang Nia Marsheela yang kini berada di sisinya.
               “Apa yang awak lakukan pada Nadia sebelum awak tamat sekolah dulu?” Hakimi sedikit terkejut dengan soalan Nia Marsheela. Dia memandang tajam ke anak mata Nia. Nia masih tenang. Dia mahu tahu tentang perkara tersebut.
               Hakimi menarik tangan Nia dan duduk di kerusi. Nia menurut. Dia masih sabra menanti penjelasan dari Hakimi. “ Apa yang Nia tahu tentang perkara tu?” Soal Hakimi.
               Nia menggeleng. “ Nia tak tahu apa-apa.” Ujar Nia lembut.
               Hakimi menceritakan hal yang sebenarnya, kenapa dia berjumpa Nadia. Dan dia langsung tidak belasah Nadia. Nia Marsheela sedikit lega. Hakimi menyambung. “ Mungkin lah saya tampar muka dia, tapi tak kuat pun.” Selamba. Nia Marsheela tatap wajah Hakimi.  Hakimi tersengih.
               “ Kenapa?” Ujar Nia.
               “ Kenapa apa?” Hakimi mengerutkan dahi.
               Nia tersengih sambil menolak wajah hakimi. “ Jangan buat muka comel tu boleh tak?” Nia Marsheela gelak. Hakimi sedikit terkejut dengan perbuatan Nia. Sebelum ini, jangan kan sentuh, senyum pun belum tentu kepadanya.
               Hakimi menyentuh jemari Nia. Diam. “ saya sayang awak dan takkan ada orang yang boleh ganti tempat awak di sini.” Hakimi  menunjukkan dadanya dengan jari telunjuk.
               Hilang senyuman di wajah Nia Marsheela. Dia menunduk. Apa yang harus di katakana lagi pada Hakimi. Mungkin dia juga suka pada Hakimi, namun, dia tak pasti tentang perasaan tersebut. Adakah sekadar suka pada teman atau cinta. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Di tarik perlahan jemari dari genggaman Hakimi. Di biarkan saja.
               Hakimi kembali bangun dari duduk. Dia bingung. Kenapa Nia tak Nampak cintanya dari dulu? Kenapa hanya dia yang bersungguh mengejar gadis itu, sedangkan Nia Cuma membatu.
               “ Saya sedia…” Ujar Nia. Dia membiarkan Hakimi tertanya.
               Hakimi berpaling padanya. Dia mencangkung di hadapan gadis kesayangannya. Di renung tajam mata Nia Marsheela. Sungguh cantik.hatinya bergetar tiap kali memandang wajah gadis yang berada di hadapannya. Orang yang lalu-lalang hanya memandang. Tidak mereka hiraukan. Perlahan Hakimi menarik jemari Nia Marsheela lalu di genggam lembut.
               “ Katakan saja, apa yang Nia sedia?” soalnya lembut.
               Nia menunduk. “ saya bersedia untuk kita mengenali hati budi masing-masing.” Ujar Nia Marsheela. Dalam dadanya hanya Tuhan yang tahu. Betapa gementarnya dia untuk mencuba kea lam baru dalam kehidupan.
               Hakimi tersenyum lebar. Di cium jemari Nia. Nia ingin menarik jemarinya namun di haling. “ Betul?”
               Nia mengangguk.
               “ Betul?” Soal Hakimi seolah-olah tak percaya dengan kata-kata Nia Marsheela.
               “ Okay, kalau tak nak kita kansel ajelah. Nia nak cari kerja lain.” Pantas Nia bangun untuk menuju ke kereta.
               “ Eh, tak. Abang nak, abang nak.” Ujar Hakimi cemas. Nia tergelak.
               “ Okay, dengan syarat.”
               “ emmm…..apa ye?” Hakimi meletakkan jari telunjuk ke dagunya sambil mengerutkan dahi.
               “ Jangan campur aduk hal peribadi dengan hal kerja. Nia tak suka.” Dia menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan.
               Hakimi tersenyum. ‘ thanks ya ALLAH’ ujarnya dalam hati.
               “ Baiklah. Sekarang Nia pun ada syaratnya.”
               Nia mengerutkan dahi. Comel.
               “ Cutie, don’t show that face to other man except me.” Nia menjelirkan lidah.
               “ That one also.” Ujar Hakimi selamba.
               “ Tunggu Nia pakai purdah, nanti baru takde orang pandang muka Nia ni kan?” Gurau Nia Marsheela.
               Hakimi mengangguk setuju. “ Bagus juga idea Nia. Jom.”
               “ Ke mana?” soal Nia.
               “ Beli purdah untuk my cutie girlfriend and my future housewife.” Ujar Hakimi.
               Nia membuat muka. “ Ha….tak payah nak mengumpat abang dalam hati. Abang boleh dengar.” Nia gelak. Perangai tak berubah dari dulu.
               Hakimi menarik tangan Nia Marsheela menuju ke kereta. Di bukakan pintu kereta untuk Nia. Perangainya yang cukup romantik. Nia tersenyum girang. Dia merasa bahagia mula menjalar dalam kehidupannya. Hakimi bersiul senang. Harapnya Nia Marsheela akan terus berada di sisinya walau susah dan senang.
               Setiap orang yang bersabar itu pasti akan mendapat balasannya. Itu janji Tuhan pada hambanya. Kereta milik Hakimi meluncur laju di atas jalan. Tak sia-sia dia mencintai gadis itu selama bertahun-tahun. Akhirnya keikhlasannya di balas.
               Nia lega, akhirnya dia mampu membuka pintu hatinya pada Hakimi yang telah lama di tutup rapi. Semoga dia tidak berubah fikiran. Dan semoga aku dapat membahagiakan orang yang mencintaiku seadanya. Nia bermonolog sendiri.
               Hakim tidak melepaskan jemari Nia Marsheela dari genggamannya. Hanya ketika dia mahu menukar gear, setelah itu dia akan menarik kembali jemari Nia dan di genggam erat. Tak mungkin dia akan melepaskan gadis itu.

0 comments:

Post a Comment