Quran Cik Mia

Tuesday 11 September 2012



Entry Cik Mia kali ni....
ummmm......
Ni kisah Mia dulu2 la.....

Masa tu Mia darjah 5 xsilap.
Adik darjah 3..
Adik dgn Mia mengaji dengan arwah nenek( Che ) & Atok ( Ayoh )
Adik & Mia bru tamat mukadam ( Quran kecil )
Sama3 ngaji al-Quran plak..

  
contoh

Ni al-Quran adik.
Ma beli baru punya kat pasar malam.


 

Ni al-Quran Mia. ( contoh )
Kulit depan dah xde.
Dah tanggal. Quran ni dulu kak long punye.
Lepas kakak, Abang no 2 plak pkai, Lepas abang no 3 pakai.
Lepas abang no 3 dah tak ngaji,
Mia plak yang pakai.
Kulit dia warne Biru.

Kecik hati mia. Adik dapat Quran baru, mia
dapat yang bekas3 kakak & abang3.
Mia xde Quran baru pon. :(
Yang baru yang ma pernah beli,
Mukadam.
tu pon sebab Mia memberontak nak yang baru.

Sampai lah mia kerja. Mia dapat offer belajar kat KL
Mia cakap dekat ma, mia xde Quran.
Nanti nak ngaji xkan nak pakai Quran yang dah koyak tu.
Lepas tu, Mia cakap. takpela Mia beli sendiri
sebab masa tu dah keja kan walaopun gaji RM500 je,
Mase tu bg ma RM150 setiap bulan.
Cukup la RM350 Mia simpan duit sebab mase tu pegi keja
jalan kaki. tak payah bayar minyak.
Lagipun, terengganu mana ade tol3 nih kan?

Sampai dekat Pasaraya Samamaju, dekat Corner tuh ade pak cik jual Quran.
Harga dia RM 11.70.
Quran tu warna hijau, kecik aje. comel.
Mia suke sangat. Mia nak belila kan.
Ma cakap takpe.
Ma belanja, biar ma bayar.

Terharu sangat.
Mia balik, mia balut Quran tu dengan plastik bunga3 wanre oren transparent.
Mase nak baca kan,
Mia belek slow3 ajek, takot la koyak.
Sebab hadiah dari ma kan?
Dah 5 tahun Quran tu dengan Mia.
Memang tak koyak. 
Masih elok lagi. :)
Mia hargai pemberian ma, Orang yang hadiahkan tu
MA.

Mia suke sangat3 dapat Quran tu.
:))))))
Senyum dah meleret3 la...
Tulah satu3nya Quran Mia.
Harta yang ma tinggalkan sebb kami bukan anak orang ada2 kan? :)
alhamdulillah 





Thanx sebab sudi baca kisah mia :)



SANGGUL WANITA ~~TEGAHAN & LARANGAN~~

Monday 10 September 2012

 

maaf ye....
andai teguran ini mendatangkan rasa kecil hati.
Cik Mia bukan menyibuk,
cuma Cik Mia rase sudah menjadi tanggungjawab
Cik Mia untuk menegur umat sesama Islam.
Kenapa ya?
Kenapa kita sukar untuk ambil yg baik & buang yang buruk.
Cik Mia ade la kawan dlm fb..
bukan nak mengumpat, tapi...
Cik Mia tak tahu macam mana nak tegur.
Yelah, dengan arus zaman yang serba canggih & moden
mustahil rasenye dia tak tahu tentang
teguran para ulama' & ustaz2 yang hebat di Malaysia nih.
Dia manis orangnya, bertudung,
tapi mengenakan baju yang lengannya cuma 3 inci dari bahu.
Bertudung, tp sanggul tak pernah tidak di atas kepala
yang semacam alien. 
Kalau kita tengok dah mcam bonggol unta.
Ke mana perginya ajaran Islam yang di suruh 
Rasulullah saw?
Malah, ramai sudah rakan3 fb yang share maklumat seperti di atas.
Dan, di mana teguran mak, ayah, abang atau kakaknya?
Cik Mia xdelah perfect. kakak Cik Mia pon xdelah perfect.
tetapi, bila bertudung, kakak akan tgok & tegur Mia.
Sanggul terlalu tinggi. ( sanggul rambut ye bukan sanggul palsu seperti yang ada
di pasaran sekarang )
So, CIk Mia terpaksa bukak blik, baiki & baru 
kenakan tudung smula.
Alhamdulillah.
Cik Mia tak rasa yang dia tak tahu.
Tapi, Cik Mia dengan dia bukanlah kenal pon.
Sekadar rakan fb.
Tak pernah bertegur sapa.
Kadang3 Cik Mia setuju dengan pendapat sesetengah pihak
yang tak bertudung.
Ada di antara mereka mengatakan macam ni....
" Dari pakai tudung & bukak aurat,lengan pendek, tudung singkat
baik tak payah pakai tudung. same aje dengan yang tak
pakai tudung. huh! bertudung semata-mata fesyen"

Ada tak rakan3 nak tolong Cik Mia camane Mia nak tegur
kawan kita ni ye? Sebab kakak dia pon, bertudung & bersanggol tinggi.
Tak mahu kecilkan hati mereka.
Sekadar mahu nasihat.

:) 


 

Surah-Surah amalan ketika mengandung :)

Saturday 8 September 2012

Okey mari kita lihat apa yang Cik Mia boleh share dengan anda semua
hari ini.....
Moga kalian...
bakal ibu-ibu yang sedang mengandung..
yang baru menikah
atau yang belom menikah tp nak menambahkan ilmu...
cubalah surah-surah yang di amalkan ketika mengandung
semoga memberi kalian ilmu
dan manfaat
insyaALLAH...

Untuk Cik Mia juga...
moga suatu hari nanti Cik Mia boleh la amalkan :)

 

Buat Si Dia Yang Ku Cinta

Friday 7 September 2012



Ku titipkan doa pada yang Esa,
Agar mendengar doaku,
Semoga nanti kita disatukan,
Hingga ke jannahnya.

Tidak ku pandang harta kekayaan,
Bukan ku cinta kerana rupa,
Kerna hati ini benar-benar cinta,
Kerana ini ketentuan NYA.

Ku mohon agar ditetapkan hatimu untukku,
Dan hatiku hanya untukmu,
Moga kau tahu aku insan yang setia,
Bukan hanya pada ibubapa,
Malah padamu bakal suamiku.

Tidak ku kira rumah kayu,
Bukan rumah batu yang ku pinta,
Akan ku tetap menjadi insan setia,
Buatmu insan yang ku cinta.

Kata maafmu kerna tak dapat menyenangkanku,
Tidak ku terima kerna bukan itu yang ku pinta,
yang ku mahu kau membahagiakanku,
Bukan dari segi harta...tetapi kerana syurga.

Setiap masa hanya dirimu,
Yang ada di fikiran,
Bukan kerna nafsu semata,
Tetapi kerna kau ku cinta.

TUHAN dengarkan doaku,
agar satukan kami hingga ke JANNAHMU,
Semoga bahagia itu milikku,
Semoga Syurgaku terletak di bahumu,
Membimbingku sebagai isterimu,
Hanya itu yang kumahu.


Tuhan Moga kau satukan kami,
Kerna aku cinta dia,
Kerana ALLAH swt.
Jodoh adalah rahsiamu,
Tapi inilah pintaku,
Satukan aku dan dia.


Cukuplah Allah Bagiku

  


Cik Mia nak share nih 
Cik Mia pon copy paste aje dari page Ustaz Don
Tapi niat Cik Mia nak semua followers mia amalkan lah
same2 buat same3 dapat ye? 

  


Jangan lupa ye? 
Moga3 anda semua amalkan ye?
InsyaALLAH :)


katakan TIDAK pada mengumpat ( GHIBAH)

 


Seperti sabda Rasulullah SAW " mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut
perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya "


  "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum dimaafkan oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

seperti yang kita taw....kita dah terbiasa
dengan keadaan bercakap sesuatu yang buruk  tentang saudara seagama
kita sendiri, jadi kita sudah tidak menganggap ianya seperti dosa.

Jauhilah mengumpat kerana mengumpat akan membawa kepada

1. fitnah
2. pergaduhan / perbalahan
3. salah faham
4. memutuskan silatur rahim
5. mencela / kata2 yang tidak elok
5. membenci


okeyla....masing2 punya pemikiran sendiri kerana semua dah biasa kan?
CIk Mia saje aje, mengingatkan antara satu sama lain,
malah untuk diri Cik Mia sendiri.
Kerana Cik Mia juga manusia biasa
Selalu buat silap. 
Susun sepuluh jari mintak maap kalo ade salah silap

chiow chin chaw

assalamualaikum :) 

setiap manusia bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri