Soal Jawab Agama~~ UAI

Thursday 17 May 2012


1) Berdosa tak pilih pemimpin yg salah?

- jika tak tahu tak berdosa,sama mcm pilih imam..jika imam itu betul bacaan dan beriman wajib pilihnya,jika imam itu nampak mengarut contohnya seperti solat subuh 5 rakaat maka berdosalah memilihnya.


2) Hukum santau orang?

- berdosa dan haram,jika mati orang yg disantau..maka wajib pemerintah menghukum penyantau itu hukuman mati jugak.


3) Kenapa tiada solat zohor pada hari Jumaat?
- ada solat zohor bg org perempuan dan bg org yg tak solat Jumaat.


4) Apa itu bai'ah?
- bai'ah itu adalah janji setia.


5) Sah tak solat jumaat sebab tak cukup 40 org yg kamil?
- balik pada husnuzhon,tak perlu la cek sorang2 kamil atau tidak.


6) Wajib tak tentang kezaliman?
- wajib tentang perkara mungkar dan zalim itu t'masuk dlm perkara mungkar.


7) Air liur dikira berapa jam baru najis?

- air liur tak najis,yg najis adalah air perut..ia berbau busuk dan keluar semasa kita tidur,juga dikenali sebagai air liur basi.


8) Adakah haiwan juga dicabut nyawanya oleh malaikat maut?
- jwbnya tiap2 yg hidup diambil nyawanya oleh malaikat maut iaitu malaikat Izrael.


9) Adakah sistem demokrasi syirik?
- demokrasi ada dua,demokrasi barat dan demokrasi berlandaskan islam. Negara kita mengamalkan demokrasi barat,jauh dari landasan islam yg sebenar. Ulama mengatakan boleh amalkan sistem demokrasi b'landaskan islam didalam sesebuah negara islam.


10) Dosa tak bg isteri makan jamu perapat?
- jika bahan-bahannya tak haram maka blh mkn,harus jika membawa kebaikkan dlm rumahtangga.


11) Lepas b'junub dan mandi wajib,solat subuh..nak solat zohor tiba2 keluar mani sisa2 b'junub,wajib mandi tak?isteri tu..

- oo..isteri..jika mani yg keluar itu tanpa rasa syahwat mungkin ianya sisa mani suami,tak perlu mandi wajib..cuma batal wuduk.


12) Ustak!tak sabo doh saya nk ngundi,bila tu?
- hok tu mu tanye SPR,SPR kena tanye PM.


13) Kenapa ustak kata sambut hari ibu haram?
- saya tak kata haram,cuma saya naqalkan perkataan yg dikatakan ulama..mu tak nak ikut sudoh,tak paksa pun! sambutan ini adalah sambutan yg b'kait dgn agama lain..jika b'kait jgnla smbut.


14) Jika b'jemaah dgn isteri,isteri belah mane?
- dibelakang suami.


15) Saya dah siap solat dan t'nampak org yg sdg solat pkai pakaian singkat hingga nampak aurat,mcm mana nk tegur?

- jika nampak aurat kerana pakaiannya singkat,kita tak tegur pun mmg solatnya tak sah jugak..lain la jika t'selak,br boleh tegur atau tlg baiki utk tutupi auratnya.


16) Bilakah masa yg afdhal nk bg salam ketika imam bg salam?
- jika sama ngan imam makruh,jika lepas salam p'tama harus..salam yg ke dua sunat dan mendahului imam haram.


17) Kalau mandi wajib,wajib tak kita masukkan air ke dlm lubang hidung dan gosoknya?
- wajib jika lubang hidung mung duk alik luor!!ni gop sapa bijik mata gi gosop jugak,sampai meroh!tak wajib semua tu.


18) Wajib tak kupas kulit mati ketika mandi wajib?
- tak wajib kita buang jika memberi mudarat.



Rujukan : Note Ustaz Azhar Idrus ~~  Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus)

0 comments:

Post a Comment