I.L.Y~~~11

Tuesday 28 February 2012


                 Bunyi cengkerik di malam hari sungguh merdu di halwa telinga Nia. Agak lama dia tidak pulang ke kampung setelah menetap di Bandar. Hanya ibu dan ayah yang pulang sekali-sekala melihat rumah peninggalan arwah nenek. Rumah yang masih cantik di tengah-tengah kampung. Jalan kecik di hadapan rumah, untuk kemudahan orang-orang kampung membawa kenderaan ladang getah. Menoreh getah adalah punca rezeki itama orang kampung.
                Udara sejuk begitu nyaman membuatkan mata yang mengantuk kian layu. Nia menghayati suasana kampung sebaik mungkin. Bukan selalu dia dapat merasai suasana begini. Dia menyedut udara malam sambil memejam matanya. Ketenangan menyelubungi diri. Dia duduk di atas sofa kayu yang terletak di beranda rumah. Menyandarkan kepala pada sofa. Otaknya menerawang pada tragedi yang berlaku beberapa hari lepas.
                Cepat-cepat dia buka mata kembali. Tercongok puan Zainab berdiri di depan Nia. Nia mengurut dada.
                “ kenapa? Along nampak hantu ke?” Ujar ibunya selamba.
                “ Ishk, ada pulak ibu ni. Ibu tu tiba-tiba aje muncul depan along, dengan bedak sejuk yang menempel kat muka ibu tu, mane la along tak terkejut?” Ujar Nia. Di peluknya Puan Zainab.
                “ Ibu nampak along asyik termenung sekarang. Dah tak ceria macam dulu, dah tak banyak bergurau. Along ada masalah ke? Tak nak bagitahu Ibu?” soal Puan Zainab bertubi-tubi.
                Itulah ibu yang selalu prihatin pada kami adik-beradik. Sentiasa ada di sisi kami apabila kami berdepan dengan masalah. Dialah kawan, dialah ibu, dialah guru pada kami. Nia melentokkan kepala di bahu ibunya.
                “ Maafkan along, ibu. Along terlalu memikirkan masalah diri sendiri hinggakan along tak fikirkan perasaan ibu, ayah dan adik-adik.”
                Puan Zainab menggenggam tangan Nia Marsheela. “ Ibu tak mahu along pendam segala masalah along. Ibu mungkin tak pandai, tak sekolah tinggi, tapi ibu boleh jadi pendengar. Sekurang-kurangnya along dapat kurangkan tekanan perasaan.” Ujar Ibu.
                Esakan halus NIa kedengaran. “ Ibu tahu apa masalah along, Hakimi telefon cari along sebelum kita balik kampung. Ibu pun, tak cakap dengan dia yang kita mahu pulang ke kampung.” Nia memandang ibunya. Puan Zainab mengangguk.
                “ Dia cakap apa dengan ibu?” Tanya Nia.
                “ Dia Tanya ibu keadaan Nia aje. Selebihnya dia cakap dengan ayah. Dengar macam dia nak masuk meminang along?” seloroh Puan Zainab.
                Mata Nia membulat. ‘ meminang?’
                “ Ibunya.....tak nak tidur lagi ke? Budak-budak lain dah tidur. Tinggalnya along dengan ibu aje kat luar. Nanti ayah kunci pintu, ha, tidurlah korang kat luar rumah tu ye?” Seloroh Pak Hamid.
                Nia memandang ayahnya tak berkedip. Pak Hamid pelik, Puan Zainab pulak asyik tersengih aje.                
                “ hah, Nia. Pandang ayah macam nak telan aje kenapa? Ayah ada cakap salah ke? Ke takut ayah kunci pintu ni?” Pak Hamid dan Puan Zainab gelak.
                Puan Zainab menepuk bahu Nia Marsheela. “ Ibu gurau ajelah, along.” Puan Zainab gelak besar sambil menutup mulut. Pak Hamid hairan, dia menggaru kepala yang tak gatal. Pelik ada, hairan pun ada. Nak kata dia buat lawak, tidak. Tapi isterinya gelak terbahak-bahak. Anaknya yang sulung yang seorang ni pun, macam kayu tegaknya. Macam di sampuk hantu.
                “ Ibunya, yang kamu gelak meriah sangat tu kenapa?” Pak Hamid mengambil tempat di hadapan isteri dan anaknya.
                Nia Marsheela mengurut dada. Bagai nak luruh jantungnya. Ada ke patut ibu buat lawak nakal tak ingat dunia tu. Kalau lah aku ade keturunan kencing manis ke, darah tinggi ke, tak ke masuk hospital jawabnya?. Dia gelak kemudian.
                “ Dahl ah, ayah dengan ibu sembang lah. Along nak masuk bilik.” Ujar Nia.
                Puan Zainab masih tersenyum menahan gelak. Dia menepuk bahu Nia Marsheela. Pak Hamid hanya melihat anaknya berlalu masuk ke rumah. Tinggallah mereka berdua di beranda rumah. Pak Hamid beralih duduk ke sebelah Puan Zainab.
                Puan Zainab menepuk peha suami. “ Bilalah kita nak menimang cucu, ye abang?”
                Pak Hamid memeluk bahu si isteri dan di gosok perlahan. “ Anak kita ni belum bersedia agaknya, Nab.” Suara Pak Hamid mendatar. Dia juga teringin menimang cucu dan melihat bakal suami kepada anaknya. Lelaki yang bakal menjaga anaknya sebaik mungkin. Dia juga bimbang sekiranya ajal sudah menjemput, adakah dia dapat melihat anaknya berkeluarga? Sebak rasa dada.
                Puan Zainab melabuhkan kepalanya di bahu Pak Hamid. “ Abang nampak tak wajah along tadi?” Tanya Puan Zainab sambil gelak kecil di hujungnya.
                “ Hah, kenapa tadi tu? Apa yang Nab dengan along sembangkan?” berkerut dahi Pak Hamid ingin tahu apa yang dibualkan anak beranak tadi.
                Puan Zainab menceritakan bagaimana dia permainkan Nia Marsheela dengan mengatakan ada orang mahu masuk meminangnya. Pak Hamid gelak. Terhenjut-henjut perutnya yang buncit. Puan Zainab turut gelak.
                “ Alangkah baiknya kalau masin mulut Nab tu. Dapat jugaklah kita menimang cucu sebelum mata terpejam, ye?” senda Pak Hamid. Puan Zainab sudah angkat kepala. Di tenungnya wajah suami tercinta. Sudah hampir 30 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Dan agak lama masa yang di ambil untuk mendapatkan cahaya mata pertama iaitu Nia Marsheela. Dengan penuh kesabaran mereka menanti, dapat juga dia anak-anak seramai empat orang.
                Tetapi, tiba-tiba suaminya asyik menyebut tentang mati. Sanggupkah dia berpisah dengan suami tercinta? Air mata sudah berada di tubir matanya. Pak Hamid tunduk.
                “ Abang nak tinggalkan Nab dengan anak-anak ke?” Ujaar Puan Zainab hiba.
                “ Abang tak akan sekali-kali tinggalkan keluarga abang. Namun, andai ajal sudah menjemput, abang redha Nab. Abang bahagia Nab berada di sisi abang susah senang. Semoga hidup Nab diberkati Allah.” Pak Hamid mengusap kepala isterinya.
                Puan Zainab sudah menangisi kata-kata suaminya. “ Kalau benar abang nak tinggalkan Nab, biarlah Nab ikut sama. Nab tak akan tinggalkan abang.” Ujar Puan Zainab.

0 comments:

Post a Comment