BER''COUPLE'' JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA

Tuesday 15 May 2012






1)Ber’couple’. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.

2)Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??

3)Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.

Pesanan Rasulullah SAW :

“ janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan” (Riwayat Tabrani)

4)Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-lama,jadi ‘couple’ dah. Bila dah ‘couple’, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang, nak jumpa kat tempat ‘privacy’ konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

FAEDAH BER''COUPLE'' SEBELUM NIKAH

-Hilang tumpuan belajar.
-Kekecewaan dan kegagalan.
-Keluh kesah dan tidak tenang.
-Hilang maruah diri.
-Kemusnahan diri.
-Sesat dari jalan yang lurus.
-Tiada rahmat dan keberkatan.

TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :

Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :

1) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!

2) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.

3) Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

“ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah”

Amin ya rabbal ‘alamin..

0 comments:

Post a Comment