Buat Si Dia Yang Ku Cinta

Friday 7 September 2012



Ku titipkan doa pada yang Esa,
Agar mendengar doaku,
Semoga nanti kita disatukan,
Hingga ke jannahnya.

Tidak ku pandang harta kekayaan,
Bukan ku cinta kerana rupa,
Kerna hati ini benar-benar cinta,
Kerana ini ketentuan NYA.

Ku mohon agar ditetapkan hatimu untukku,
Dan hatiku hanya untukmu,
Moga kau tahu aku insan yang setia,
Bukan hanya pada ibubapa,
Malah padamu bakal suamiku.

Tidak ku kira rumah kayu,
Bukan rumah batu yang ku pinta,
Akan ku tetap menjadi insan setia,
Buatmu insan yang ku cinta.

Kata maafmu kerna tak dapat menyenangkanku,
Tidak ku terima kerna bukan itu yang ku pinta,
yang ku mahu kau membahagiakanku,
Bukan dari segi harta...tetapi kerana syurga.

Setiap masa hanya dirimu,
Yang ada di fikiran,
Bukan kerna nafsu semata,
Tetapi kerna kau ku cinta.

TUHAN dengarkan doaku,
agar satukan kami hingga ke JANNAHMU,
Semoga bahagia itu milikku,
Semoga Syurgaku terletak di bahumu,
Membimbingku sebagai isterimu,
Hanya itu yang kumahu.


Tuhan Moga kau satukan kami,
Kerna aku cinta dia,
Kerana ALLAH swt.
Jodoh adalah rahsiamu,
Tapi inilah pintaku,
Satukan aku dan dia.


0 comments:

Post a Comment