Nadirah~~ My Juwita 6

Sunday 17 June 2012


Sudah hampir dua bulan Qayyun tidak datang ke Klinik. Malah, langsung tidak menelefonnya. Nadirah pula, tidak menelefon Qayyun. Kadanag- kadang dia teringat kejadian di MidValley. Huh! Macam angau pulak.
            “ Kak Syu, kenapa datang lambat ni?” Ujar Nadirah saat terlihat kelibat Syuhada.
            “ Kau tak Nampak baju aku yang ‘kering’ ni?” Ujar Syuhada.
            “ Menyindir Nampak?” Nadirah gelak.
            “ Dah tu kan hari hujan ni, akak bawak Harley Davidson, sebab tu basah.” Syuhada gelak.
            “ Banyaklah akak punya Harley Davidson.” Nadirah turut gelak. Syuhada berlalu ke tandas untuk menukar pakaian. Nadirah menghantar dengan jelingan manja dengan gelak ketawa yang tak hilang.
            “ Nad…tolong akak mop lantai.” Jerit Syuhada.
            Nadirah ke belakang mengambil mop dan baldi. Tanpa banyak soal di mop lantai yang basah.
            Syuhada keluar dari tandas sambil tersengih-sengih pada Nadirah. “ Sayang, Nad. Nanti akak belanja ABC taw?”
            Nadirah geleng. “ Hari ni tak dapat lah kak Syu, Nad ada interview kerja. Nad ambil setengah hari cuti. Dr Hanis dah tahu.”
            “Alah, Nad ni. Akak baru ada story nak ceritakan.” Syuhada sengaja buat-buat mengeluh. Dia pandang lantai.
            Nadirah gelak. Mengada betul. “ Nanti, esok akak story la. Nad cuti hari ini je. Esok kerja tahu.” Di urut-urut bahu Syuhada.
            Muka lega. “ Kan bagus kalau kau duduk aje rumah akak. Hari-hari boleh mnegurut.”
            Nadirah memukul bahu Syuhada. “ Main-main. Bila agknya hujan nak reda sikit. Nad nak terus pergi interview aje ingat. Okey tak kalau Nad pakai macam ni aje kak?”
            “ Kau pakai ape pun cantik Nad. Semua pesakit datang sini, semua nak ngorat kau aje kerjanya. Tu tak lagi kerja Hospital. Agaknya kalau kau kerja satu wad dengan Dr. Qayyun, makan hati lah dia nampaknya.”
            Nadirah mencubit pipi Syuhada. Terjerit sehingga mengejutkan Dr. Hanis yang berada dalam biliknya. Dr. Hanis keluar dari biliknya, berlari anak menuju ke arah Nadirah dan Syuhada.
            “ Kenapa ni? Siapa menjerit tadi?” Dua- dua tersengih macam kerang busuk. Dr. Hanis menggeleng.
            “ Dr. Hanis, maaf. Kami bergurau tadi. Maaf, sebab kejutkan Dr. Hanis.” Nadirah senyum sumbing.
            Syuhada menggosok pipi. Kejam betul. ‘ pipi gebu aku jugak jadi mangsa. Jeles lah tu pipi aku lagi gebu dari dia.’ Ngomel Syuhada.
            “ Nad, pukul berapa interview?” soal Dr. Hanis.
            “ Sepatutnya pukul 2 petang Dr. Hanis. Tapi, hujan. Saya minta tangguh sampai pukul 3 petang nanti. Harap-harap hujan reda lah nanti.”
            “ Kenapa tak cakap dengan saya? Mari saya hantarkan.”
            Nadirah menggeleng. Alemak. Segan lah macam ni. Ada pulah dia nak hanta raku interview, baik benarlah Dr. Hanis ni ha.
            “ Takde lah Dr. Hanis. Nanti, saya panggilkan teksi aje.” Nadirah menolak lembut.
            “ Qayyun jauh, dia tak dapat hantar kamu.” Dr. Hanis tersenyum. Syuhada gelak.
            Tiada pilihan. Kena ikut lah jugak. Nak di tolak, nanti takot apa pulak yang di fikirnya.
            Sepanjang ke Ampang, Nadirah banyak diam. Dr. Hanis pula banyak pula soalannya. Naik segan dibuatnya nak menjawab. Tiba-tiba saja dia teringatkan Qayyun.
            “ Err….Dr. Hanis. Dr. Qayyun ke mana ye? Lama jugak tak Nampak dia.”
            Dr. Hanis tersenyum. “ Akhirnya.”
            Nadirah tunduk malu. “ Saya ternanti-nanti bila awak akan tanya pasal anak saudara saya yang seorang tu.” Ujat Dr. hanis.
            “ Maaf Dr. hanis. Saya….bukan…em..” Nadirah kaget. Entah apa yang dia nak terangkan pada Dr. Hanis.
            “ Boleh tak awak panggil saya Auntie Hanis aje?”
            Wajah Nadirah kemerahan. Dia malu. Kenapa tiba-tiba saja Dr. Hanis minta dia panggil Auntie? Macam pelik aje.
            “ Qayyun tu, dia susah untuk jatuh cinta. Tetapi, sekali dia jatuh cinta, orang lain tak aka nada can untuk rapat dengan orang yang dia suka tu.” Ujar Dr. Hanis.
            Aku tanya ke mana Qayyun pergi aje. Aku tak tanya pun pasal buah hati Qayyun tu. Hum, nak buat camane. Orang dah cerita, kena dengarlah jawabnya. Kalau tak dengar tak boleh ke?
            Nadirah pura-pura mengangguk. “ tapi, dia kemana ye Dr. Hanis?”
            “ Auntie dengar, mama dia cakap dia kena bertugas luar Negara 2 bulan. Tapi dah dekat 2 bulan dah ni. Mungkin dia akan balik hujung minggu ni.”
            “ Oh, luar Negara.”
            “ Nad, Auntie nak kamu terus kerja dengan Auntie boleh tak?” Ujar Dr. Hanis tiba-tiba. Nadirah menelan liur, terasa pahitnya.
            Dia mahu kerja di Hospital. Dia mahu gapai cita-cita dia sebagai jururawat. Bukan mudah untuk dia mengalah dalam bidang ini. Dia tahu susah unutk dia merebut peluang di Hospital memandangkan terlalu ramai jururawat yang masih belum mendapat kerja. Bukan kerana keputusan yang kurang memuaskan, tetapi kerana terlalu banyak keluaran dan Hospital juga demand dalam memilih calon terbaik untuk bekerja di Hospital.
            “ Dr. Hanis, maafkan saya. Bukan saya tak mahu. Tetapi, saya juga mahu mencapai cita-cita saya.” Ujar Nadirah. Dia bimbang kalau-kalau katanya akan melukakan hati Dr. Hanis.
            “ Awak fikir dulu. Kalau awak dah ada keputusan, bagitahu Auntie ye.”  Dr Hanis memarkir kereta betul-betul di hadapan Hospital.
            Nadirah serba salah. Dia mengucapkan salam seraya keluar dari perut kereta.

0 comments:

Post a Comment