Nadirah~~ My Juwita 7

Sunday 17 June 2012


“Dah lama kau tak ajak aku keluar? Tiba-tiba aje hari ni kau nak belanja aku makan?” Ujar Tini pada Nadirah.
            Nadirah tersengih. “ emmm....aku bukan apa. Aku rindu kau sebenarnya.”
            Nadirah menjilat-jilat asikrim di tangan. Tasik Permaisuri di penuhi orang- orang yang datang untuk berjoging. Nadirah dan Tini hanya melihat.
            “ Mana Prince charming kau?” Tini tersengih memandang Nadirah.
            Nadirah menjungkit bahu. Di geleng kepala. “ Aku dah 2 bulan tak jumpa dia. Kata Dr. Hanis, dia ke luar Negara. Kena bertugas kat sana.”
            “ Luar Negara tu kat mana?” soal Tini.
            “ Aku tak Tanya pulak. Katanya lagi selepas 2 bulan dia akan balik. Katanya dalam minggu ni. Tapi, aku tak tahu lah. Aku pun takde telefon dia pun.”
            “ Kita nak pergi mana lagi ni?”
            “ Aku nak ajak kau tengok wayang lah. Kita pergi MidValley nak tak?” Ujar Nadirah.
            Tini mengangguk laju. “ nak, nak.”
            Nadirah sengih. “ Nasib baik babah aku bagi pinjam kereta dia. Boleh jugak kite bebas ke mana aje hari ini.”
            Masuk aje ke perut kereta, telefon bimbit Nadirah berbunyi. Tertera nama Qayyun. Nadirah sedikit terkejut. Di biarkan lama telefon bordering baru di tekan butang hijau. Suara Qayyun kedengaran di talian.
            ‘ Saya nak jumpa awak hari ni’ Ujar Qayyun setelah mengucap salam.
            ‘ tak boleh, saya ada temujanji dengan Tini. Lain kali ye.’ Terus Nadirah meletakkan telefon.
            Tini mengangkat kening.
            “ Jom kita gerak sekarang. Takut nanti tak sempat kita nak tengok wayang.” Nadirah senyum summbing.
            “Kenapa? Siapa yang telefon kau? Dia ajak kau keluar ke?” Soal Tini bertubi-tubi.
            “ Banyak soal kau. Qayyun ajak aku keluar. Hum, hari ni hari kita. Esok-esok aku keluar lah dengan dia.” Nadirah senyum. Di peluk leher Tini.
            Kereta perodua Kelisa meluncur laju di jalan raya. Nadirah menyanyi senang hati sambil memandu. Tini turut sama menyanyi, mengikut rentak lagu. 20 minit perjalanan, mereka tiba di MidValley. Parking yang agak jammed membuatkan Nadirah hangin satu badan.
            Tini menepuk bahu Nadirah. “ Takpelah, kalau takde parking kita balik ajelah,\. Mungkin lain kali kita boleh datang lagi kan?” Tini cuba memujuk Nadirah.
            “ Takpe, kita pusing lagi sekali. Kalau takde parking jugak baru kita pergi lain.” Perangai Nadirah yang keras kepala memang susah untuk di nasihati. Memang dia tak akan dengar kata orang.
            Dia masih mencari parkir yang kosong. Turun naik, turun naik dari satu tingkat ke satu tingkat akhirnya Nadirah dapat satu parking lot. Lega. Memang dia dan Tini ditakdirkan untuk datang ke MidValley dan tengok wayang. Nadirah gelak dalam hati.
            “ Aku nak usha kasut lah Tini. Dah lama tak shoping kasut ni.” Nadirah angkat jari tanda peace sambil sengih ala-ala comel.
            “ yelah, nanti aku temankan kau. Tapi, sekarang aku nak kau pergi beratur dan beli tiket wayang. Kau nak belanja aku tengok wayang kan?” Ujar Tini senang hati. Memang best keluar jalan-jalan dengan Nadirah hari ni, sebab dia tak payah keluar duit pun. Semua Tini payungkan. Kalau selalu macam ni kan best. Nak camane kan, dah nasib orang tak ada boyfriend. Gerutu Tini dalam hati.
            “ Kau belikan aku air. Tu ada Mc Donald. Cepat belikan, aku haus ni. Nanti karang aku merajuk, aku tak nak belanja kau wayang.” Nadirah gelak di hujung. Menyakat Tini memang hobi dia nombor satu lah, kalau tak ada Tini tak ada lah yang dia nak sakat.
            Usai membeli tiket wayang, Nadirah mengajak Tini ke tingkat bawah. Yang pertama sekali, kasut yang dia nak sangat usha. Al-maklum lah, gergasi dah pijak kasut dia sampai koyak rabak. Sekarang terpaksa lah cari lain, kalau tak kerana insiden tu. Tentu kasut itulah yang tersarung di kakinya kala ini.
            Tini yang berjalan sambil mata memandang ke arah satu butik terlanggar seorang wanita. Wanita itu mengaduh.
            “ Hoi.....buta ke?”
            Tini terkejut dengan jeritan itu terkelu. Dia langsung tak tahu mahu menjawab apa. Nadirah yang sedang membelek kasut terdengar jeritan wanita tersebut turut terkejut bila melihat rakannya di sergah sedemikian.
            Nadirah cepat- cepat pergi ke arah Tini. “ Hoh, engkau. Beragak lah sikit nak marah orang. Kau tak nampak ke ni tempat awam. Tak reti nak hormat orang ke? Tak reti nak jaga air muka orang lain?” Ujar Nadirah sedikit hangin.
            “ Kau dengan kawan kau ni, sama aje kolot. Dah tahu tempat awam, jalan tu pandang ke depan lah.” Marah Engku Safia.
            “ Kau ni perempuan ke jantan? Bercakap takde adab langsung. Oh, mungkin kau ni pondan?” Ejek Nadirah. Muka Engku Safia memerah menahan marah. Qayyun mendengar sedikit tergelak. Dia hanya diam.
            “ Kau.....” Engkau Safia tak terkata. Dia berpaling mencari kelibat Qayyun.
            “ Lain kali, hormat orang lain baru orang lain hormat kau. Sayang, muka aje cantik tapi perangai kau langsung tak sesuai dengan wajah kau tu. Jangan-jangan kau ni ada buat plastic surgery kot?” Nadirah menyindir. Tini sudah menarik tangan Nadirah. Dia tahu Nadirah akan sentiasa ada ketika dia susah. Dan Nadirah lah yang akan melindungi dia dari apa pun.
            “ Maaf, Nad. Maaf Tini, dia tak sengaja kot.” Qayyun bersuara akhirnya.
            Nadirah sedikit terkejut dengan kehadiran Qayyun. Engku Safia merengek setelah Qayyun menyebelahinya. Dia buat suara manja mengadu yang dia di langgar Tini sampai sakit-sakit. Padahal, bendanya tak seberapa pun.
            Nadirah mencebik. “ Oh, Dr. Qayyun rupanya. Lain kali ajar sikit girlfriend Doktor tu supaya hormat orang lain. Jangan nak main sergah aje.” Ujar Nadirah. Dia menarik tangan Tini berlalu pergi.
            Qayyun cuba mengejar Nadirah tetapi tangannya di tarik Engku Safia. Qayyun menjerit memanggil nama Nadirah, tapi Nadirah berlalu tanpa berpaling padanya.

0 comments:

Post a Comment