Miskin Atau Kaya pilihan Anda?

Wednesday 27 June 2012

   

Alhamdulilah.... syukur kepada TUHAN yang memberi rezeki
Di setiap langkah kita
Anda susah...
Namun ada yang lebih susah...
Sebak
Kesian
Sedih
Tak terkata bila lihat gambar di atas.
Apa pula di fikiran anda?
Anda susah?
Ada orang yang lebih susah.
Anda tak cukup pakaian?
Ada orang yang lebih xcukup pakaian.
Anda tak cukup makan?
Ada orang yg lebih tak cukup makan seperti ini.





Tetapi...anda di Malaysia...
anda takkan jadi seperti mereka.
Itu yang anda fikir bukan?
Masa depan anda,
anda sendiri bakal mencorakkannya.

Premium Beautiful vs Skim Cepat Kaya????

      vs       

Kenapa Skim cepat kaya? Anda rasa begitu? Skim cepat kaya adalah satu pelaburan....anda beri duit untuk melabur & once duit tu di laburkan...anda di janjikan dengan pulangan yang pelbagai...padahal ia tiada apa untuk  dilaburkan...hanya duit semata-mata. Kemana duit anda pergi? Pernah anda terfikir? Kemana mereka laburkan duit anda? Terfikirkah anda sebelum itu??
 Premium Beautiful pula sistem jual beli. Anda keluar modal & anda dapat barang...Mulakan perniagaan dan sememangnya anda mendapar keuntungan. Bukan melaburkan duit yang anda tak pasti kemana perginya duit anda.....Anda keluarkan modal, Anda dapat barangan untuk dijual, Anda meniaga, Dan anda sendiri mendapat keuntungan di atas perniagaan anda.
 Sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, berjinak-jinak dengan perniagaan.... Premium Beautiful adalah satu cabang yang paling bagus untuk anda memulakannya. Titik permulaan sesuatu perniagaan. Hasilnya anda akan lihat hanya dalam beberapa bulan, & anda tak perlu bimbang kerana ianya dari syarikat yang kukuh di Malaysia sejak 20 tahun lalu. Telah ramai ahli-ahli dari Premium Beautiful yang berjaya... From zero...nothing.....to everything.....
 Anda fikir....anda buat...anda berjaya... bukan anda lihat mereka-mereka berjaya......

  

Benarkan? Dilahirkan miskin itu kuasa TUHAN, tetapi miskin seumur hidup itu KUASA ANDA....

Saya akan sentiasa bantu anda.....
0149160506
Mia/Ila
anda boleh telefon atau sms saya
pasti saya akan bantu anda untuk merubah hidup anda
bermula dari sekarang ! ! !
Choose the bussiness you want to do
Have a good bussiness partner
Learn as much as you can for your future
Be rich as you can find wealth in this world
No want can change yourself ! ! !
RM4500 bonus for the next months.
Come & grab it.

Nadirah~~ My Juwita 7

Sunday 17 June 2012


“Dah lama kau tak ajak aku keluar? Tiba-tiba aje hari ni kau nak belanja aku makan?” Ujar Tini pada Nadirah.
            Nadirah tersengih. “ emmm....aku bukan apa. Aku rindu kau sebenarnya.”
            Nadirah menjilat-jilat asikrim di tangan. Tasik Permaisuri di penuhi orang- orang yang datang untuk berjoging. Nadirah dan Tini hanya melihat.
            “ Mana Prince charming kau?” Tini tersengih memandang Nadirah.
            Nadirah menjungkit bahu. Di geleng kepala. “ Aku dah 2 bulan tak jumpa dia. Kata Dr. Hanis, dia ke luar Negara. Kena bertugas kat sana.”
            “ Luar Negara tu kat mana?” soal Tini.
            “ Aku tak Tanya pulak. Katanya lagi selepas 2 bulan dia akan balik. Katanya dalam minggu ni. Tapi, aku tak tahu lah. Aku pun takde telefon dia pun.”
            “ Kita nak pergi mana lagi ni?”
            “ Aku nak ajak kau tengok wayang lah. Kita pergi MidValley nak tak?” Ujar Nadirah.
            Tini mengangguk laju. “ nak, nak.”
            Nadirah sengih. “ Nasib baik babah aku bagi pinjam kereta dia. Boleh jugak kite bebas ke mana aje hari ini.”
            Masuk aje ke perut kereta, telefon bimbit Nadirah berbunyi. Tertera nama Qayyun. Nadirah sedikit terkejut. Di biarkan lama telefon bordering baru di tekan butang hijau. Suara Qayyun kedengaran di talian.
            ‘ Saya nak jumpa awak hari ni’ Ujar Qayyun setelah mengucap salam.
            ‘ tak boleh, saya ada temujanji dengan Tini. Lain kali ye.’ Terus Nadirah meletakkan telefon.
            Tini mengangkat kening.
            “ Jom kita gerak sekarang. Takut nanti tak sempat kita nak tengok wayang.” Nadirah senyum summbing.
            “Kenapa? Siapa yang telefon kau? Dia ajak kau keluar ke?” Soal Tini bertubi-tubi.
            “ Banyak soal kau. Qayyun ajak aku keluar. Hum, hari ni hari kita. Esok-esok aku keluar lah dengan dia.” Nadirah senyum. Di peluk leher Tini.
            Kereta perodua Kelisa meluncur laju di jalan raya. Nadirah menyanyi senang hati sambil memandu. Tini turut sama menyanyi, mengikut rentak lagu. 20 minit perjalanan, mereka tiba di MidValley. Parking yang agak jammed membuatkan Nadirah hangin satu badan.
            Tini menepuk bahu Nadirah. “ Takpelah, kalau takde parking kita balik ajelah,\. Mungkin lain kali kita boleh datang lagi kan?” Tini cuba memujuk Nadirah.
            “ Takpe, kita pusing lagi sekali. Kalau takde parking jugak baru kita pergi lain.” Perangai Nadirah yang keras kepala memang susah untuk di nasihati. Memang dia tak akan dengar kata orang.
            Dia masih mencari parkir yang kosong. Turun naik, turun naik dari satu tingkat ke satu tingkat akhirnya Nadirah dapat satu parking lot. Lega. Memang dia dan Tini ditakdirkan untuk datang ke MidValley dan tengok wayang. Nadirah gelak dalam hati.
            “ Aku nak usha kasut lah Tini. Dah lama tak shoping kasut ni.” Nadirah angkat jari tanda peace sambil sengih ala-ala comel.
            “ yelah, nanti aku temankan kau. Tapi, sekarang aku nak kau pergi beratur dan beli tiket wayang. Kau nak belanja aku tengok wayang kan?” Ujar Tini senang hati. Memang best keluar jalan-jalan dengan Nadirah hari ni, sebab dia tak payah keluar duit pun. Semua Tini payungkan. Kalau selalu macam ni kan best. Nak camane kan, dah nasib orang tak ada boyfriend. Gerutu Tini dalam hati.
            “ Kau belikan aku air. Tu ada Mc Donald. Cepat belikan, aku haus ni. Nanti karang aku merajuk, aku tak nak belanja kau wayang.” Nadirah gelak di hujung. Menyakat Tini memang hobi dia nombor satu lah, kalau tak ada Tini tak ada lah yang dia nak sakat.
            Usai membeli tiket wayang, Nadirah mengajak Tini ke tingkat bawah. Yang pertama sekali, kasut yang dia nak sangat usha. Al-maklum lah, gergasi dah pijak kasut dia sampai koyak rabak. Sekarang terpaksa lah cari lain, kalau tak kerana insiden tu. Tentu kasut itulah yang tersarung di kakinya kala ini.
            Tini yang berjalan sambil mata memandang ke arah satu butik terlanggar seorang wanita. Wanita itu mengaduh.
            “ Hoi.....buta ke?”
            Tini terkejut dengan jeritan itu terkelu. Dia langsung tak tahu mahu menjawab apa. Nadirah yang sedang membelek kasut terdengar jeritan wanita tersebut turut terkejut bila melihat rakannya di sergah sedemikian.
            Nadirah cepat- cepat pergi ke arah Tini. “ Hoh, engkau. Beragak lah sikit nak marah orang. Kau tak nampak ke ni tempat awam. Tak reti nak hormat orang ke? Tak reti nak jaga air muka orang lain?” Ujar Nadirah sedikit hangin.
            “ Kau dengan kawan kau ni, sama aje kolot. Dah tahu tempat awam, jalan tu pandang ke depan lah.” Marah Engku Safia.
            “ Kau ni perempuan ke jantan? Bercakap takde adab langsung. Oh, mungkin kau ni pondan?” Ejek Nadirah. Muka Engku Safia memerah menahan marah. Qayyun mendengar sedikit tergelak. Dia hanya diam.
            “ Kau.....” Engkau Safia tak terkata. Dia berpaling mencari kelibat Qayyun.
            “ Lain kali, hormat orang lain baru orang lain hormat kau. Sayang, muka aje cantik tapi perangai kau langsung tak sesuai dengan wajah kau tu. Jangan-jangan kau ni ada buat plastic surgery kot?” Nadirah menyindir. Tini sudah menarik tangan Nadirah. Dia tahu Nadirah akan sentiasa ada ketika dia susah. Dan Nadirah lah yang akan melindungi dia dari apa pun.
            “ Maaf, Nad. Maaf Tini, dia tak sengaja kot.” Qayyun bersuara akhirnya.
            Nadirah sedikit terkejut dengan kehadiran Qayyun. Engku Safia merengek setelah Qayyun menyebelahinya. Dia buat suara manja mengadu yang dia di langgar Tini sampai sakit-sakit. Padahal, bendanya tak seberapa pun.
            Nadirah mencebik. “ Oh, Dr. Qayyun rupanya. Lain kali ajar sikit girlfriend Doktor tu supaya hormat orang lain. Jangan nak main sergah aje.” Ujar Nadirah. Dia menarik tangan Tini berlalu pergi.
            Qayyun cuba mengejar Nadirah tetapi tangannya di tarik Engku Safia. Qayyun menjerit memanggil nama Nadirah, tapi Nadirah berlalu tanpa berpaling padanya.

Nadirah~~ My Juwita 6


Sudah hampir dua bulan Qayyun tidak datang ke Klinik. Malah, langsung tidak menelefonnya. Nadirah pula, tidak menelefon Qayyun. Kadanag- kadang dia teringat kejadian di MidValley. Huh! Macam angau pulak.
            “ Kak Syu, kenapa datang lambat ni?” Ujar Nadirah saat terlihat kelibat Syuhada.
            “ Kau tak Nampak baju aku yang ‘kering’ ni?” Ujar Syuhada.
            “ Menyindir Nampak?” Nadirah gelak.
            “ Dah tu kan hari hujan ni, akak bawak Harley Davidson, sebab tu basah.” Syuhada gelak.
            “ Banyaklah akak punya Harley Davidson.” Nadirah turut gelak. Syuhada berlalu ke tandas untuk menukar pakaian. Nadirah menghantar dengan jelingan manja dengan gelak ketawa yang tak hilang.
            “ Nad…tolong akak mop lantai.” Jerit Syuhada.
            Nadirah ke belakang mengambil mop dan baldi. Tanpa banyak soal di mop lantai yang basah.
            Syuhada keluar dari tandas sambil tersengih-sengih pada Nadirah. “ Sayang, Nad. Nanti akak belanja ABC taw?”
            Nadirah geleng. “ Hari ni tak dapat lah kak Syu, Nad ada interview kerja. Nad ambil setengah hari cuti. Dr Hanis dah tahu.”
            “Alah, Nad ni. Akak baru ada story nak ceritakan.” Syuhada sengaja buat-buat mengeluh. Dia pandang lantai.
            Nadirah gelak. Mengada betul. “ Nanti, esok akak story la. Nad cuti hari ini je. Esok kerja tahu.” Di urut-urut bahu Syuhada.
            Muka lega. “ Kan bagus kalau kau duduk aje rumah akak. Hari-hari boleh mnegurut.”
            Nadirah memukul bahu Syuhada. “ Main-main. Bila agknya hujan nak reda sikit. Nad nak terus pergi interview aje ingat. Okey tak kalau Nad pakai macam ni aje kak?”
            “ Kau pakai ape pun cantik Nad. Semua pesakit datang sini, semua nak ngorat kau aje kerjanya. Tu tak lagi kerja Hospital. Agaknya kalau kau kerja satu wad dengan Dr. Qayyun, makan hati lah dia nampaknya.”
            Nadirah mencubit pipi Syuhada. Terjerit sehingga mengejutkan Dr. Hanis yang berada dalam biliknya. Dr. Hanis keluar dari biliknya, berlari anak menuju ke arah Nadirah dan Syuhada.
            “ Kenapa ni? Siapa menjerit tadi?” Dua- dua tersengih macam kerang busuk. Dr. Hanis menggeleng.
            “ Dr. Hanis, maaf. Kami bergurau tadi. Maaf, sebab kejutkan Dr. Hanis.” Nadirah senyum sumbing.
            Syuhada menggosok pipi. Kejam betul. ‘ pipi gebu aku jugak jadi mangsa. Jeles lah tu pipi aku lagi gebu dari dia.’ Ngomel Syuhada.
            “ Nad, pukul berapa interview?” soal Dr. Hanis.
            “ Sepatutnya pukul 2 petang Dr. Hanis. Tapi, hujan. Saya minta tangguh sampai pukul 3 petang nanti. Harap-harap hujan reda lah nanti.”
            “ Kenapa tak cakap dengan saya? Mari saya hantarkan.”
            Nadirah menggeleng. Alemak. Segan lah macam ni. Ada pulah dia nak hanta raku interview, baik benarlah Dr. Hanis ni ha.
            “ Takde lah Dr. Hanis. Nanti, saya panggilkan teksi aje.” Nadirah menolak lembut.
            “ Qayyun jauh, dia tak dapat hantar kamu.” Dr. Hanis tersenyum. Syuhada gelak.
            Tiada pilihan. Kena ikut lah jugak. Nak di tolak, nanti takot apa pulak yang di fikirnya.
            Sepanjang ke Ampang, Nadirah banyak diam. Dr. Hanis pula banyak pula soalannya. Naik segan dibuatnya nak menjawab. Tiba-tiba saja dia teringatkan Qayyun.
            “ Err….Dr. Hanis. Dr. Qayyun ke mana ye? Lama jugak tak Nampak dia.”
            Dr. Hanis tersenyum. “ Akhirnya.”
            Nadirah tunduk malu. “ Saya ternanti-nanti bila awak akan tanya pasal anak saudara saya yang seorang tu.” Ujat Dr. hanis.
            “ Maaf Dr. hanis. Saya….bukan…em..” Nadirah kaget. Entah apa yang dia nak terangkan pada Dr. Hanis.
            “ Boleh tak awak panggil saya Auntie Hanis aje?”
            Wajah Nadirah kemerahan. Dia malu. Kenapa tiba-tiba saja Dr. Hanis minta dia panggil Auntie? Macam pelik aje.
            “ Qayyun tu, dia susah untuk jatuh cinta. Tetapi, sekali dia jatuh cinta, orang lain tak aka nada can untuk rapat dengan orang yang dia suka tu.” Ujar Dr. Hanis.
            Aku tanya ke mana Qayyun pergi aje. Aku tak tanya pun pasal buah hati Qayyun tu. Hum, nak buat camane. Orang dah cerita, kena dengarlah jawabnya. Kalau tak dengar tak boleh ke?
            Nadirah pura-pura mengangguk. “ tapi, dia kemana ye Dr. Hanis?”
            “ Auntie dengar, mama dia cakap dia kena bertugas luar Negara 2 bulan. Tapi dah dekat 2 bulan dah ni. Mungkin dia akan balik hujung minggu ni.”
            “ Oh, luar Negara.”
            “ Nad, Auntie nak kamu terus kerja dengan Auntie boleh tak?” Ujar Dr. Hanis tiba-tiba. Nadirah menelan liur, terasa pahitnya.
            Dia mahu kerja di Hospital. Dia mahu gapai cita-cita dia sebagai jururawat. Bukan mudah untuk dia mengalah dalam bidang ini. Dia tahu susah unutk dia merebut peluang di Hospital memandangkan terlalu ramai jururawat yang masih belum mendapat kerja. Bukan kerana keputusan yang kurang memuaskan, tetapi kerana terlalu banyak keluaran dan Hospital juga demand dalam memilih calon terbaik untuk bekerja di Hospital.
            “ Dr. Hanis, maafkan saya. Bukan saya tak mahu. Tetapi, saya juga mahu mencapai cita-cita saya.” Ujar Nadirah. Dia bimbang kalau-kalau katanya akan melukakan hati Dr. Hanis.
            “ Awak fikir dulu. Kalau awak dah ada keputusan, bagitahu Auntie ye.”  Dr Hanis memarkir kereta betul-betul di hadapan Hospital.
            Nadirah serba salah. Dia mengucapkan salam seraya keluar dari perut kereta.

Kisah Azazil ( Iblis )

Wednesday 13 June 2012

Azazil asalnya adalah hamba Allah yang sangat soleh....

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.

Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…

Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :

“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”

Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :

“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”

Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :

“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”

Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)....