~~ Dalam Hati Ada Dengki... ~~~

Friday 11 May 2012

Kenapa?~~ ini persoalan dia.....

Entry kali ni.....DEngki, Hasad Dengki.
Kenapa perlu ada rasa dengki dan iri hati?
Pada apa yang kita dengki dan iri hati?
Perlu ke rasa dengki dan iri hati?
Bila rasa dengki tu hadir?
Bagaimana mahu buang rasa dengki dan iri hati?

Pernah kita tanya diri kita? kenapa kita nak rasa dengki? iri hati? benci atau menyampah?
Macam kita nak tahu kita dengki tu? Haaaaa...cuba tanya diri kita??
Bagi saya, dengki ada yang bagus dan ada yang tak bagus?
Kenapa kita perlu dengki?
~~ jawapan saya : Saya dengki pada orang yang memiliki segala. maksudnya? hummm~~ saya dengki bila dia tak pandai, tetapi dia berusaha untuk menjadi pandai. tetapi saya? Saya nak pandai tapi malas usaha. Saya cemburu dia cantik, badan lawa, ramai orang suka. Kenapa rasa macam tu? awak tak cantik ke? awak tak sempurna ke? awak takde hidung ke? Cantik itu....wajahnya kah? fizikalnya kah? kepandaiannya kah? Manusia semua sempurna. Saya dengki kawan saya pandai melukis dan lukisan dia ada di papan kenyataan sekolah, di panggil untuk melukis dinding sekolah. Tetapi, saya tak koyakkan lukisan dia, tak padamkan gambar dia lukis di dinding sekolah. saya pulang ke rumah, saya ambil kertas dan pensil 2B. saya amik buku ujang, gila-gila,gempak, semua yang ada kartun dan gambar3 yang mudah untuk dilukis. sekadar mencuba melihat tangan ni kreatif ke tak. Tetapi..........memang benarlah. Kalau tak cuba, tak tahu. dah cuba, baru tahu. saya tak perlu dengki jahat~~saya perlu dengki baik dan berusaha. bukan berusaha untuk menjadi orang lain. tetapi. berusaha menjadi seperti apa yang saya impikan dan mahukan.

 Dengki orang ada banyak duit. beli itu, beli ini. saya? apa ada pada saya? mak tak kaya.ayah malas kerja. abang pun sama. tapi saya? saya macam mana?<---- cuba tanya tak soalan ni pada diri?

 kenapa kita tak boleh nak berusaha mendapatkan apa yang kita mahu?kenapa mesti menunding jari pada orang lain? usaha tu pada diri kita.Hendak seribu daya, xnak seribu dalih.... usaha kena lebih..... tak dapt banyak, sikit pun jadi....


0 comments:

Post a Comment