Demi Mencari Sesuap Nasi~~

Wednesday 2 May 2012

Hidup ni memang adil, bukan tak adil......
Kadang tekanan emosi sangat berkesan dalam diri sampaikan ada yang tak boleh tahan dan jadi gila.
Itu hanya ujian, Datangnya dari Tuhan, untuk menguji kesabaran.
InsyaALLAH susah di dunia, moga TUHAN kan permudahkan tika kita di akhirat kelak.
Tak siapa akan tahu ke mana arah tuju kita selepas mati melainkan ALLAH swt dan para malaikat yang melihat apa kerja kita di dunia sehari-hari.
Apa tujuan kita untuk hidup? Anda pernah tak baca kisah seorang lelaki tua yang kerjanya mencari kayu api di hutan? mari saya critakan serba sedikit.

    ~~ dia seorang lelaki tua yang taat pada perintah Allah s.w.t. Solatnya cukup 5 waktu sehari semalam. Satu hari, dia mendapat tempahan untuk mencari kayu api di hutan, dan orang yang mengupah itu membayar upah yang agak lumayan. selepas mencari kayu api, dia berehat untuk mengisi perut. selepas itu, dia meneruskan perjalan ke rumah orang yang mengupahnya. ketika perjalanan dia merasakan, ada sesuatu di giginya. lalu dia mematahkan sedikit kayi yang di carinya tadi untuk mencungkil sisa makanan di giginya. setelah itu, dia terus menghantar kayu api tersebut. setelah serahkan, dia langsung tidak meminta halal pada kayu yang di patahkannya tadi. Ajalnya tidak panjang, datangnya malaikat untuk mencabut nyawa. setelah berada di sana, dia di masukkan ke neraka selama 70 tahun ( di dunia), hanya kerana sedikit kayu untuk mencungkil gigi. ~~

 Lihatlah, betapa setiap apa yang kita lakukan akan di hisab. jangan pandang sebelah mata. jangan pandang hanya kerana ia sebesar zarah pun, yang haram tetapkan haram. Untuk apa kita hidup? untuk apa kita kerjakan? Untuk siapa?
 Untuk renungan semua dan juga untuk mengingatkan diri saya sendiri. macam mana susah dan dugaan kita, jangan mengalah, cuba yang terbaik untuk diri kita sendiri. Hidup ni hanya sekali. Dan kehidupan sebenar kita adalah selepas mati. Jadi ingatlah kita pada Tuhan, dan Jangan lupakan Mati.
 Untuk pedoman, Gembiralah sepuasnya di dunia sementara. namun jangan sesekali kita lupakan DIA, kerna Dia maha melihat maha mengetahui segalanya. Ingatlah, setiap apa yang berlaku di atas dunia ini adalah di atas izinNYA.

~~InsyaALLAH, kita tergolong dalam golongan yang di rahmati~~ Aamiiiiiiiiin

0 comments:

Post a Comment