~Guru~

Saturday 19 May 2012

Guru ni ibaratnya macam Astro......macam-macam ada
Guru ibarat Astro Ria....menceriakan kami..
Guru ibarat Astro warna...mewarnai kehidupan kami...


Antara contoh post yang ada dekat FB...
Kadang-kadang hipokrit jugak ex-student nih...
sebab masa belajar dolu-dolu, pantang cikgu bagi homework lebih sikit.
mula la mulut membebel tak henti-henti
bila cikgu denda sikit....di belakang cikgu di sumpah seranahnya guru
Bila di tegur sikit....dia melenting dan melawan cakap guru bukan main lagi....
Nak terkeluar anak tekak.
Bila cikgu rotan tangan sikit sebab tak buat homework, balik rumah report kat mak ayah kata guru saja rotan tanpa sebab dan alasan.
Guru menjadi mangsa keadaan...bila mak ayah datang buat kecoh di sekolah.
Mungkin anda lupa, Guru adalah antara insan yang perlu anda hormati selepas ibu bapa anda
Mungkin anda juga lupa, mereka mengabaikan masa lapang mereka bersama keluarga demi memberi masa untuk mengulangkaji pelajaran kepada anda ketika hendak menghadapi peperiksaan.
Mungkin anda lupa tentang semua pengorbanan guru anda.

~Hormatilah guru anda, semoga ilmu yang di curahkan di berkati dan anda terus berjaya dalam pelajaran~ ^_^

0 comments:

Post a Comment