~~CinTa DalAm HatI~~

Saturday 18 February 2012

Rasa cinta yang datang dari hati makin menebal,
membuatkan aku terasa sentiasa di alam fantasi,
Indah nian rasa di di dalam hati,
andai sahaja dirimu membalas rasa cintaku,
namun ada yang mengatakan cinta yang berbalas tidak semestinya bererti memiliki.

Cinta dalam hati,
rasa cinta yang suci,
andai itu takdir Ilahi,
redhaku mengiringi.

Andai cinta Sepenuh hati,
Jangan di biarkan ia pergi,
Jangan biarkan ia di cemari,
Seharusnya mengharap redha dari Ilahi.

Aku mencintai bukan untuk di lukai,
Aku mencintai bukan untuk dikecewakan lagi,
Aku bercinta demi mengharap redha Ilahi,
Demi bersama menuju ke Jannah yang di janji.

Aku bukan menuntut janji yang telah kau mungkiri,
Aku hanya meluahkan perasaan yang terpendam di hati,
Yang selama ini tak pernah kau selami dan fahami,
Bukan baru hari ini aku meluahkan rasa hati,
Bukan jua hari ini aku mengakui kesilapan diri,
Namun aku hanya minta peluang untuk skali ini,
Berilah peluang untuk aku lebih mencintaimu,
Demi melayari sisa-sisa yang tinggal ini.

Akan aku kenang cintamu dalam hati,
Walaupun ku telan terasa duri,
Asalkan ia mematangkan diri,
Demi mengharap kau kan kembali.

0 comments:

Post a Comment