INGAT TAK DULU?

Saturday 11 February 2012

Masih ingat tak dulu?
waktu kita mula-mula bertemu,
kita saling memandang tanpa mengucapkan sepatah kata,
kau tersenyum memandangku, aku tertunduk malu,
seperti lirik lagu nyanyian Dina...ku malu tapi ku mahu cintamu!.

Masih ingat tak dulu?
sewaktu kita mula-mula berkawan,
layanan mu terhadapku begitu lembut, seperti baju saya yang di cuci ibu menggunakan softlan....urmmmmm lembutnyaaaa.

Masih ingat tak dulu?
kita menjadi rapat dan selalu keluar sama-sama,
tapi, kita duduk jauh-jauh atas batu kat tepi pantai,
macam lagu Ana Raffali and Uncle Meor, boleh pandang-pandang.... duduk renggang-renggang...bertambah sayang,
memang masa tu u sayang, i sayang u macam U and I kat keyboard ni.....tak boleh berenggang...kan?

Masih ingat tak dulu?
masa pertama kali kita berjauhan,
aku selalu ingat pesanmu...supaya tidak nakal, macam lagu aliff satar la....Jangan Nakal tu.
Tapi, aku tak nakal kan? sebab aku sayang kau.

Masih ingat tak dulu?
Pertama kali kau menyakiti hatiku?
Air mataku mengalir di pipi...macam air paip yang sudah rosak, tak boleh nk tutup paipnya.
Lepas tu, kau minta maaf dan janji tak buat lagi,
Aku maafkan kau...sebab ape? sebab aku sayang kau....kan gile?

Masih ingat tak lagi?
Bila kau curangi aku?
Sebijik macam lagu Anang, Separuh jiwaku pergi....
Benar ku mencintaimu....tapi tak begini, kau khianati hati ini kau curangi aku...

Masih ingat tak lagi?
Bila aku dah tak layan kau...aku dah pulih dari kesakitan yang kau taburkan,
aku lebih tabah dan bahagia tanpa kau di sisi aku...
Tiba-tiba aje kau datang dalam hidup aku balik,
kau nak aku bersama dengan kau lepas kau curangi aku tu......

Masih ingat tak lagi?
Yang aku pernah cinta kau sepenuh hati?
Yang aku pernah sayang kau separuh mati?
Yang aku pernah rindu kau bagai mengejar bayang sendiri?
Yang aku pernah letakkan seluruh hidup aku di tangan kau, tapi kau hancuri?

Dan sekarang...kau perlu ingat...
Aku mungkin bisa jadi milikmu di dunia fana ini,
tapi hati aku tak akan sepenuhnya untukmu lagi.
Aku mungkin bisa bersamamu setiap saat dan waktu,
tapi ingatlah, hanya jasadku bersamamu....
Hatiku, Jiwaku akan kekal milik ALLAH s.w.t.

0 comments:

Post a Comment