DUGAAN OH DUGAAN

Sunday 26 February 2012

"Kusangka panas hingga ke petang....rupanya hujan di tengah hari". Begitula perumpamaan yang selalu kita dengar, yang kite ucapkan bila di timpa musibah ( atau bahasa yang lebih cantik, dugaan dari MAHA PENCIPTA.). Jika kita sentiasa menikmati keseronokan atau kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa dukacita, sakit, hampa dan sebagainya itu bukanlah hidup namanya.
Tuhan yang memberi rasa. Kadang-kadang dia beri kita hujan setelah lama kita berpanas. Indah bukan? Dan TUHAN mencipta matahari untuk kita melihat ciptaan-NYA. kenapa? Kerana DIA mahu kita memuji ciptaanNYA yang tiada tandingan. Indah bukan? Dan TUHAN mencipta bunga ros yang cantik dan wangi, tetapi awas...di sebalik kecantikan itu terselindung duri yang melindunginya dari tangan-tangan yang bukan miliknya. Indah bukan? Sama seperti kita kaum wanita. TUHAN menganugerahkan kecantikan itu pada kita kaum hawa. Dan duri yang akan melindungi kita dari tangan-tangan yang bukan miliknya adalah AKHLAK, KEPERIBADIAN, PEMIKIRAN, KEKUATAN IMAN. TUHAN memberi kita pakaian untuk kita lindungi kecantikan itu dari pandangan orang yang tidak sepatutnya. Indah bukan? Tetapi, kelihatannya......bunga ros ini sudah tiada durinya lagi. Sudah tiada apa yang dapat melindunginya lagi. Kenapa ciptaan TUHAN yang indah itu di pamerkan dan di bogelkan seenaknya? Kenapa kita sanggup membiarkan mata-mata nakal merenung kecantikan itu secara percuma? OH DUGAAN...... Di mana letaknya kecantikan itu tanpa duri yang melindungi?
Kalau daun di makan ulat, kita cepat-cepat potong dan buang. Sebabnya? Kita tak mahu ia kelihatal jelek kan? begitu juga dengan kita, ade jerawat sebiji, cepat-cepat kita mencari ubat untuk hilangkan jerawat. kite pakai bedak setebal mungkin untuk menutup parut dan takut jika di pandang hodoh oleh lelaki-lelaki nakal. Tetapi, kenapa kita tidak boleh menutup apa yang sepatutnya kita tutup dari pandangan lelaki? ~~fikirkan.~~

TUHAN memberi kamu kesenangan setiap masa. Memberi kamu kekayaan, memberi kamu anak yang comel-comel. Memberi kamu pangkat di dunia fana. Masihkah kamu ingat padaNYA yang memberi rezeki? Masihkah kamu mengucapkan syukur dengan apa yang di beri? Malah kamu dengan bangga menjawab, " tengoklah dengan kepandaian aku, kekayaan aku, aku mampu buat apa saja. Semuanya atas usaha aku." banggakah kamu dengan semua itu? Kamu bergelut dengan kemaksiatan, kamu lupa asalmu, lupa ibu bapamu, lupa pada tikar sejadah yang patut kamu sujud tanda syukur kepada yang MAHA ESA. Malah kamu lupa segalanya. ~subhanallah.~~ Tiba di saat kamu di uji, TUHAN mengambil nyawa orang yang kamu sayang, menghilangkan segala kekayaan dan kesenangan, pangkat yang dulu kamu bangga-banggakan. Apa tindakanmu? Adakah kamu akan berdoa meminta TUHAN mengembalikan segala yang pernah menjadi milik kamu atau kamu mengucapkan redha di atas segala ujianNYA? Atau mungkin kau akan berkata, TUHAN tidak sayangkan aku? atau kamu menidakkan kewujudan ALLAH s.w.t? OH DUGAAN. Setiap ujian yang di berikan kepadamu, menandakan bahawa ALLAH sangat dekat denganmu, dan sangat sayangkan kamu. Dan dia berikanmu ujian untuk menguji kesetiaanmu. Sentiasalah kamu sabar wahai anak adam, dengan segala ujianNYA akan menguatkan lagi imanmu terhadap ALLAH s.w.t. bukan sekadar ucapan, namun mestilah di susuli dengan perbuatan. ~~ insyaALLAH~~

Kadang-kadang ALLAH s.w.t menghilangkan orang yang paling kamu sayang dan cintai, kerana dia mahu memberimu cinta yang abadi....Itu juga satu dugaan dari ALLAH s.w.t untuk menguatkan iman kamu. Dan ingin kamu percaya apa yang telah di takdirkan untuk kamu. Ingin kamu akui kehebatanNYA dalam menyusun setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita. Jadi, janganlah kita terus jatuh dalam setiap dugaanNYA. Setiap dugaan ada hikmahnya yang tersendiri. ~~wallahualam~~

0 comments:

Post a Comment