HARAM SAMBUT VALENTINE'S DAY

Sunday 12 February 2012

 Haaaaaaaaaaaaaa......... dengar tak semua?
Haram sambut valentine's day. Siapa sambut hari kekasih kat sini?
Bak kata Ustaz Azhar Idrus, haram sambut valentine's day. Kalau kita sambut suke-suke aje....haram jadinya.
Sambut dan memuliakan hari tersebut, maka jatuh hukumnya kafir laknatullah. Kenapa 12 february?
Sebab paderi Saint Valentino berkahwin dengan kekasihnya Isabella. Kalau ikut pada kepercayaan mereka, paderi tak boleh kahwin kan? Tetapi, gereja di England membenarkan mereka berkahwin. Sebab ape? Sebab jasa dia besar iaitu memurtadkan 1 juta orang di sana. Tetapi, gereja di Rome tidak membenarkannya, sebab paderi sememangnya tak boleh berkahwin kan? So, hari tersebut adalah hari sambutan perkahwinan paderi Saint Valentino. Valentine's day.
Saya tak nak lah cakap panjang lebar pasal ni. Sebab takut nanti ada pulak salah faham, dan kata saya buat blog pasal perkauman pulak. (^_^)//
Sekadar mengingati sesama muslim, adalah haram bagi kita menyambut hari tersebut. Tak kira lah zaman moden atau zaman tak moden. Kalau ulamak telah menjatuhkan sambutan hari kekasih adalah haram, maka haramlah kita untuk menyambutnya. Sebab ia bukan lah budaya kita sebagai umat Islam.
Tak salah untuk kita mengikut peredaran zaman yang semakin moden ni. Tetapi, yang haram tetap haram.
Kalau kita nak sambut hari kekasih, pun boleh. Siapa kata tak boleh. Sambutlah dengan mak, ayah, adik beradik. Tapi...kalau nak sambut dengan buah hati, kena lah kahwin dulu. lelaki dengan perempuan kan ada batas pergaulannya? Lagi manis kalau kita sambut dengan suami/ isteri. Yang halal di sentuh. Bukan dengan orang yang belum ada ikatan hubungan yang sah? Seperti kata ulamak, Lebih baik kamu menyentuh Khinzir dari menyentuh seseorang wanita/lelaki yang tidak halal bagimu. Sekurang-kurangnya, jika kamu tersentuh khinzir atau anjing, kamu bolek samak. Tetapi, kalau kamu menyentuh seseorang yang bukan muhrim kamu? Boleh kamu samak? ~~jangan marah, hanya peringatan kita sesama muslim~~

0 comments:

Post a Comment