~~PesaNan AdiK~~

Sunday 12 February 2012

 Ni kisah pasal diri aku la....

Ada satu hari aku keluar dengan adik aku, nama dia Nazrin ( panggilan ~puyen~)
aku beli barang lah. Aku pun dah lupa kedai ape yang aku pergi, tapi aku ingat kata-kata dia pada aku.
Adik aku pernah keje sebagai cashier di kedai 24 jam 7-Eleven kat kampung kami. So, mungkin dari situ lah dia belajar atau merasai apa yang di rasai oleh orang lain kalau di layan sebegitu rupa. Ok, cerita dia macam nih........

Selesai mengambil barang-barang yang aku perlukan, aku terus pergi ke cashier dan letakkan barang-barang tu kat kaunter. Mungkinlah sebab rupa wajah aku ni yang tak senyum, masam mencuka buat orang salah faham lah kot. Selesai aje si cashier tu scan barang-barang yang aku beli tadi, dia pun bagitahulah jumlah yang perlu aku bayar. Aku keluarkan duit dari wallet aku. Si cashier menghulurkan tangan. Dan aku, tanpa melihat ke arah cashier tu, aku meletakkan duit yang keluarkan tadi kat atas kaunter. Mungkin aku sibuk nak masukkan kembali wallet kat dalam handbag, jadi aku dah tak hiraukan semua tu. Sekilas aku memandang ke arah adik, air muka dia berubah. Aku tak tahu lagi kenapa. Aku pun tak ambil peduli.
So, mase nak ambil duit baki tu barulah aku tersenyum dan ucapkan terima kasih pada cashier tadi. Aku memalingkan muka ke arah adik dan berjalan. Adik yang ada kat sebelah berbisik sambil berkata, "janganlah buat macam tu lainkali. Orang tak suka." Aku kerutkan dahi. " Eh, buat ape pulak?". Adik menjeling, " tuh, tadi kenape letak duit atas kaunter sedangkan cashier tu menghulurkan tangan?". Aku tersenyum. ooooooo patutlah muka die masam aje mase tengok aku nak bayar tadi.
Aku tanya lagi, " kenapa?".
Dia memandang aku." Orang tak suka. Adik tahulah sebab adik pun pernah jadi cashier. Macam kurang ajar, ataupun macam tak hormat orang lah." Yelah....yelah.....sorry"
" Bukan sorry kat adik, adik bagitau jelah. Sebab adik tahu camane perasaan dia. Adik pun tak suka kalau ada customer macam tu. Bila adik hulur tangan nak ambil duit, dia letak atas meja. Macam sombong. Macam kita ni rendah sangat." Adik senyum sambil geleng kepala.
Aku apetah lagi, rase bersalah lah. Ade betulnya kata-kata adik aku tu. Tak semestinya kita kena hormat orang yang lebih tua pada kita aje, kan? Kalau kita mahu orang lain hormat pada kita, kita pun perlu hormat pada orang lain. Betul tak?
Sepanjang perjalanan aku ke rumah tu membuatkan aku terfikir. dan aku jugak cakap kat adik yang aku tak akan buat macam tu lagi.~~InsyaALLAH~~
Bagus jugak ade adik yang boleh tegur kesilapan kita yang kita buat tanpa kita sedar, kan? Tak semestinya kita tak boleh menasihati atau di nasihati oleh orang yang lebih muda dari kita. Semuanya bergantung pada diri kita untuk mendengarnya ataupun tidak.
Apa tu orang kata, buang yang keruh ambil yang jernih? haaa....macam tulah.
~~give n take lah kan?~~

^_^

0 comments:

Post a Comment