Sayang kamu hanya sementara

Sunday 26 February 2012

Sekarang dah xde sayang
Sekarang dah xde cinta
yang pernah dulu kau bilang
hanya ak yang bertakhta.

dulu hanya aku di hatimu,
kini dia yang kau utamakan,
baru sekarang ku tahu,
cintaku di permainkan.

katamu bulan dan bintang jadi saksi,
kini kau pula yang lari,
katamu bukan kau tak sudi,
tetapi keliru engan perasaan sendiri.

konon lautan api sanggup kau renangi,
yang ada sekarang hanya mimpi ngeri,
bukan niat di hati nak mencaci,
tapi itulah hakikatnya hatiku di lukai.

bukan senang nak rawat hati,
bilamana janji di mungkiri,
bukan aku tak mahukan kau lagi,
tapi aku takut kau akan terus berlalu pergi.

dulu jalan pegang tangan pun malu,
lepas bercinta semua kau mahu,
bukan aku tak cinta padamu,
tapi, benarkah kau akan jadi suamiku?.

jalan tepi pantai kutip kulit kerang,
kau bagi aku suruh simpan,
walau tak berharga tetap ku kenang,
sekarang kau lari perutku dah ke depan.

malu nak mengaku segala perbuatanmu,
kau kata aku penipu,
kalau dah sampai turn kamu,
baru kau tahu ruas bertemu buku.

kau bercakap lagak dah macam imam,
berjalan seiring dengan para ulama,
hidup kau punya la xtenteram,
sebab aku pasti hidup kau penuh trauma.

0 comments:

Post a Comment