MY LOVE, MY HEART~~I BELIEVE ALLAH S.W.T~~

Saturday 11 February 2012

Andai ini takdir yang tertulis untukku, aku kan redha dengan kehendaknya.... tapi, itu tak bermakna kite perlu bermusuh. sebaik mana pun saya, seikhlas ape pun saya mencintai, sesetia macam mana pun saya menanti, sesabar mana pun melayan kerenah awak....andai dah tertulis di sana awak bukan jodoh saya, kite pasti tak akan bersama kan? Tak mengapalah....tak usah di fikirkan lah sebesar mana pun kekecewaan saya, saya tetap percaya dengan takdir ALLAH s.w.t. Saya tak akan mengalah, atau berpaling dari ALLAH s.w.t.
Ya, saya sangat lah sedih. Teramatlah kecewa dengan awak, tetapi itu tak bermakna TUHAN benci saya. Tak bermakna TUHAN mahu melihat saya menderita. TUHAN cuma mahu melihat sekuat mana saya, DIA hanya menguji sedikit keimanan saya terhadap-NYA. Mengapa saya perlu berasa tewas andai DIA tidak membenarkan saya memiliki awak di duniaNYA?
Mungkin kamu lah lelaki yang tak bersyukur sebenarnya. TUHAN anugerahkan kamu seorang wanita yang sangat mencintai kamu, sangat bersabar dengan kerenah kamu, selalu merindui kamu, selalu mendambakan kamu, dan wanita itu sanggup membuatkan kamu tersenyum dan mungkin dia yang TUHAN hantarkan kepada kamu untuk menyinari hidupmu. Tetapi, kamu menolaknya dengan begitu mudah tanpa kamu melihat apa yang di rencanakan TUHAN untukmu dengan menganugerahkan wanita itu kepada kamu.
Lelaki.... kamu mungkin kecewa dengan wanita itu sebelumnya. Namun peluang kedua itu tak semestinya kamu perlu tolak. kerna tak akan ada lagi peluang lain. Ya...TUHAN akan anugerahkan kamu wanita lain, mungkin dengan memberi kelebihan melalui kecantikannya kepadamu. Namun, kecantikan itu tidak akan sama dengan kesetiaan, kejujuran, keikhlasan wanita yang pernah kamu tolak.
benar TUHAN itu maha adil. Dan jangan lah kamu tanya KENAPA KAU DI UJI SEDEMIKIAN. Tetapi, tanyalah KENAPA AKU MEMPERSIAKAN? Usah menyalahkan TUHAN, salahkan diri sendiri yang tidak menyedari ape kebaikan di sebalik anugerahNYA.
Bersyukur dengan setiap apa yang kau miliki. Nescaya kamu akan bahagia. TUHAN tidak akan menganiaya hambanya. Melainkan DIA hanya menguji tahap keimanan hamba-hambaNYA. Berusahalah mendapatkan sesuatu yang lebih baik dalam hidupmu, selebihnya TAWAKAL lah kepadanya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun segala-galanya berada di tangan yang MAHA PENCIPTA.
Kamu di beri hati untuk mencintai dan di cintai, bukan sahaja berupa kekasih ( lelaki/perempuan ). Tetapi kamu rasa untuk di cintai dan menyintai kedua ORANG TUA mu. SAUDARA-SAUDARA ( adik-beradik ), SAUDARA SESAMA ISLAM, RASUL, MALAIKAT. Berbuat baiklah kamu pada kedua orang tuamu, berbaktilah pada mereka, nescaya kamu akan di berkati TUHAN  sepanjang umurmu. Jangan lah kamu berpecah-belah sesama ISLAM. Janganlah kamu memutuskan silaturahim sesama makhluk di bumi.
Kekecewaan kamu putus cinta tak akan sama dengan kekecewaan kamu jika kamu putus cinta dengan TUHAN. Jika kamu mencintai makhluk di bumi ini, janganlah kamu lalai kelak sehingga kamu lupa pada si PEMBERI CINTA. Janganlah kamu mendekati ZINA.
Percayalah pada QADA' dan QADAR YANG MAHA ESA. Kecewanya kamu dalam bercinta, tak bererti TUHAN tidak mencintai kamu. Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu inginkan di dunia ini tanpa melanggar perintah ALLAH s.w.t. Cintailah kamu sesama makhluk tanpa melebihi cinta kamu padaNYA. Bercintalah kerana ALLAH. Hiduplah kerana ALLAH s.w.t.

~~ COUPLE TAK SALAH, TETAPI COUPLE LAH MENGIKUT SYARAT-SYARAT YANG DI TETAPKAN ISLAM~~

0 comments:

Post a Comment