I.L.Y~~ 2

Sunday 12 February 2012


                Deringan telefon bimbit menjerit-jerit minta di jawab telah mengejutkan Hakimi dari khayalannya. Dia tersenyum, sambil tangan mencapai telefon bimbit yang masih menjerit. Terpampang nama Firdaus. Hakimi cepat-cepat menjawab.
                “ Bro......” ujar satu suara di hujung talian.
                “ Assalamualaikum, bro. Hai, sampai lupa dah kau nak bagi salam semenjak kau stay luar negara kan?” sindir Hakimi. Suara di hujung talian tergelak besar.
                “waalaikummussalam, bro. Hahahaha, kau jangan lah marah. Kau kat mana bro? Jom kita lepak malam ni?”
                “eh kau kat mana ni Aus?” Hakimi tidak sabar untuk tahu.
                “Aku kat Malaysia lah kimi....aku dah stay sini lah.”
                “okay, pukul berapa kau cakap aje. Aku pun tak sabar nak jumpa kau lah. Dah lama kita tak jumpa kan?”
                Telefon bimbitnya dimain-mainkan ke dagunya. Entah kenapa sampai ke hari ini dia masih tak dapat melupakan Nia dari ingatannya. Tetapi, jika di fikirkan balik....kenapa hari ni membuatkan dia teringat kembali pada zaman persekolahannya, dan hari ini jugak Firdaus menelefonnya setelah lama tidak berhubung setelah tamat tingkatan lima. Kebetulan atau sebaliknya?
                Hakimi melihat jam di tangan. Sudah hampir ke pukul lima petang. Dia melihat kertas kerja di mejanya. ‘hum, sudah siap. Bolehlah balik.’ Ujarnya sendiri. Dia menyusun fail di atas meja. Personal assistant nya sudah seminggu berhenti. Dia masih belum dapat pengganti. Dia memerlukan assistant yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Mudah untuk dia berbincang dan minta pendapat. Dia lebih suka minta pendapat dari seseorang yang boleh memberi dia idea untuk membaiki kelemahan diri sama ada dalam bidang pengurusan pekerja atau dalam menguruskan pelanggan.
                Dia sudah sampai ke ground floor di ofisnya. Dia melihat iklan jawatan kosong yang di iklankan di hadapan pejabatnya.
                “Bilalah jawatan ni nak terisi ye.....”ujarnya sendiri. Bukan setakat iklan di depan ofisnya saja jawatan tersebut di iklankan, malah di surat khabar juga. Tetapi, sampai sekarang belum ada yang mahu mengisinya.  Dia berjalan menuju ke kereta. Entah kenapa sememangnya hari ini otak dia asyik fikirkan Nia. Entah macam mana Nia sekarang ye. Sudah lama sangat mereka tidak berjumpa.
                Beg bimbit di campakkan ke seat sebelah penumpang. Kereta kesayangannya Mazda6 berwarna kelabu. Dia tercari-cari telefon bimbitnya. Di raba-raba poket kiri dan kanan, suit pejabat juga tiada.
                “fuh.....terpaksa lah naik ofis balik ni.”ujar hakimi sendiri. Dia kembali berjalan menuju ke bangunan yang menjadi pejabatnya itu.
                Saat melintas di mana tempat di iklan jawatan kosong tadi, dia ternampak seorang gadis sedang berdiri mengadap ke arah iklan jawatan kosong tersebut. Langkahnya terhenti, hatinya turut berdebar. Entah kenapa, saat itu hatinya begitu kuat berdegup. Dia beranikan diri menegur gadis tadi.
                “ errr.....saudari sedang mencari kerja ke?”ujar hakimi.
                Gadis tadi menganggukkan kepala seraya tersenyum. Di saat dia terpandang wajah Hakimi, senyumnya mati tiba-tiba. Dia kaget. Begitu juga Hakimi. Seakan tidak percaya gadis di hadapannya ini.....adalah gadis yang dicarinya selama ini.
                “Maaf, saya minta diri ya?”ujar gadis tersebut. Hilang terus niatnya mahu minta kerja di sini. Inginnya dia kembali ke sini keesokan harinya, memandangkan sekarang sudah habis waktu pejabat dan tak mungkin dia dapat serahkan butir-butir peribadinya sekarang.  gadis itu mulakan langkah.
                “Nia.....”
                Langkahnya mati apabila namanya di sebut lelaki tersebut. Dia terpempan. Hatinya seakan terhenti. ‘mamat ni ingat lagi nama aku?’ujar Nia dalam hati.
                “Awak nak apply kerja ni ke?” Hakimi bertanya seraya berjalan menuju ke arah Nia. Nia meramas sampul surat di tangannya. Hakimi kini berada di hadapannya. Dia mengangguk perlahan. Hakimi menghulurkan tangannya.
                Nia memandang kosong ke tangan hakimi. Hakimi tersenyum.
                “Serahkan pada saya, nanti saya uruskan” Hakimi tersenyum. Kini, dia dapat melihat gadis kesayangannya setiap hari kalau dia  bekerja di sini. Sebagai pembantunya lagi.
                Nia menggeleng. “saya dah dapat kerja tadi. Maaflah, awak dah terlambat.” Ujar Nia, dia ingin berlalu tetapi Hakimi menghalang.
                “Berapa mereka offer awak?”
                “Rm 1500.00 sebulan.” Nia berbohong. Padahal dia masih belum dapat kerja. Memang susah lah dia nak dapat kerja, lagipun, dia fresh graduate. Tak ada pengalaman, siapalah nak ambil dia bekerja. Hum....
                “sebagai?” Hakimi masih tidak puas hati dengan penolakan Nia.
                “sama lah” pendek jawapan Nia.
                Hakimi tersenyum. Mungkin dia ada peluang. Otaknya ligat berfikir. Mungkin dia harus menggunakan taktik untuk menarik gadis ini bekerja dengan dia. Hari-hari aku boleh tengok dia. Hehehehe.  Otaknya mula berfikiran jahat.
                “ok, Nia.awak kerja dengan saya. Saya beri awak gaji  RM 2500.00 sebulan. Elaun rumah, elaun makan saya tambah lagi RM250.00.”
                Mata nia membulat. RM2500 plus RM250? ‘wah banyaknya....rugi kalau aku menolak nih’ ujarnya dalam hati. Nia menelan liurnya.
                Hakimi tersengih sendiri. Dia yakin bahawa Nia akan terima tawarannya.
                “Awak bagi masa kat saya dulu lah, saya kena fikir dulu.” Nia sengaja menduga.
                Giliran hakimi pula menelan liur. Bimbang si gadis akan hilang sekali lagi. “hmmmm.....tapi, awak bagi dulu resume awak. Biar saya simpan.” Hakimi tidak putus asa. ‘at least dapat nombor telefon dia pun, dah cukup. Boleh lah aku contact dia nanti.’ Otaknya masih ligat mencari alasan. Melihat anggukan si gadis. Hatinya lega.
                Nia menghulur resumenya kepada hakimi. Hakimi mencapai dengan senang hati.
                “Awak balik dan fikir. Esok saya akan telefon awak dan lusa awak masuk kerja,ye?” ujar hakimi.
                Nia pelik. ‘dia ni...nyanyuk ke hape. Besok kan hari sabtu? Lusa pulak ahad. Dia ni memang giler kerja ke?’ dia tergelak dalam hati. ‘dasar orang tua nyanyuk’ ejek Nia dalam hati. Dia tersenyum sendiri.
                “Kalau ye pun penat encik Hakimi, jangan sampai lupa. Esok kan sabtu, lusa ahad. Mana ade orang mula kerja hari ahad. Ni bukan negeri pantai timur yang cuti jumaat dan sabtu?” ujar Nia. Hakimi menggaru-garu kepala yang tak gatal.

0 comments:

Post a Comment