Tiba-tiba aje badan aku rasa
macam nak demam. Menyampah betul kalau dah rasa macam ni. Ngomel Nia Marsheela
sendiri. Sudahlah terlewat sudah mahu ke tempat kerja, tertinggal bas lagi. Malang
pulak tidak berbau, nampak hari cerah aje. Tiba-tiba hujan. Nia Marsheela berlari anak ke hentian bas. Dia
yang berbaju kurung moden berwarna ungu, memandang ke kanan dan kiri jalan
bergilir. Teksi tiada, bas sudah terlepas. Lagi setengah jam, baru ada bas
lagi. Dia duduk di bangku, otaknya
kembali menerawang ke zaman persekolahan.
“Haiya, ini hali manyak suwey
loh. Itu matahari manyak terang, ujan pun turun. Habis kite punye baju.” Shu
Lim membebel. Nia Marsheela sengih sendiri sambil geleng kepala.
“Sabarlah, amoi.”
“Nia, lu tengok itu stesen bas
ha...manyak kecik. Itu apa panggil? Jauh maa....macam mana mau lari ka?” Shu
Lim bertanya.
Betul kata amoi ni. Stesen bas
jauh lagi, hujan renyai renyai pon boleh basahkan pakaian mereka. Lagipun,
kalau main hujan ni mesti demam. Hujan panas. Esok ada kelas. Hari ni terpaksa
pergi ke Bandar untuk beli alatan sekolah.
“ Okay, amoi. Kalau hujan makin
menjadi, baru kita lari.” Ujar Nia sambil memeluk bahu rakannya itu.
Tiba-tiba Nia Marsheela terasa
jalannya sedikit redup. Dia mendongak ke atas. Payung. Dia memandang ke
belakang, matanya membulat. Shu Lim tersengih.
“Abang takut Nia demam, tak
dapat pergi sekolah pulak besok.” Ujar Hakimi selamba.
Bila pulak la mamat ni ada kat
belakang kami. Dan macam mana dia boleh tahu kami keluar Bandar hari ni? Dia memandang
Shu Lim. Shu Lim sengih sambil angkat kening. Nasib la mereka berada kat tepi
jalan ni,ha. Kalau dekat dorm, dah lama dah aku kejar amoi ni ha. Gerutu Nia.
“ Jom abang hantar pergi Bandar,
lagipun, abang nak ke sana juga. Beli barang sikit.” Pelawa Hakimi. Nia
berwajah selamba. Dia juga tiada pilihan lain, sudah tertinggal bas, hujan
pulak tu. Mahu tak mahu, dia kena tumpang Hakimi juga.
Dia berkira- kira mahu menumpang
Hakimi, namun dia tiba-tiba teringatkan Nadia. Dia malas menikam lidah dengan
Nadia. Langkahnya terhenti. Shu Lim sudah menusuk ke dalam perut kereta milik
Hakimi. dia tiada pilihan melainkan
menerima tawaran Hakimi, memandangkan si amoi ni pun sudah masuh ke perut
kereta Hakimi tanpa banyak soal.
Setibanya di Bandar, Nia dan Shu
Lim mahu beredar dengan cepat. Namun, Hakimi mempunyai plan tersendiri bersama
mereka. Nia Marsheela mengeluh. Kenapalah tiba-tiba sahaja Hakimi muncul dan
dengan tiba-tiba juga mereka sama-sama berada di Bandar. Dia berdoa semoga
tidak terserempak dengan Nadia and the gangs. Kalau tidak, nampak gayanya malam
ni dia akan di buli lagi.
Penat berjalan kesana ke mari
menemani Hakimi mencari hadiah ulangtahun kelahiran ibunya. Nia menemaninya
dengan penuh sabar, Shu Lim pula seronok sebab makan minumnya di taja oleh
Hakimi. Malu di buatnya. Tapi, dia seronok tengok Shu Lim macam keanak-anakan
sahaja gayanya. Pantang nampak teddy bear, cepat- cepat dia berlari menuju ke
kedai tersebut. Di ambil satu persatu teddy bear, di peluknya.
Nia terasa bahunya di sentuh
seseorang. Nia terkejut.
“ Cik, dah naik kering tekak
saya panggil cik. Nak naik bas ke tak nak ni?” Ujar lelaki tersebut.
Nia bangun perlahan. “
Maaf,bang. Tak perasan”
Lelaki tadi mengomel perlahan,
Nia tidak memahami tutur bicara lelaki tersebut. Bukan sebab perlahan, tetapi
lelaki tersebut membebel dalam loghat sabahan. Dia abaikan kata-kata lelaki
itu. Yang penting dia perlu sampai ke pejabat.
Nia terasa pening. Di sentuh
kepala. Dia berpaut pada pintu pejabatnya. Dia ternampak kelibat Remy. Dia langsung
jatuh.
********
Nia memandang sekeliling. Hakimi
merenung tajam wajahnya.
“ Nak minum air tak?” Keras
suara Hakimi, langsung tiada senyuman di wajahnya.
“Kenapa saya baring kat sini
Encik Hakimi?” Nia seakan bingung.
“Tak ingat ke? Badan dah panas,
muka pucat, itulah perangai tak pernah nak berubah. Degil. Dah tahu tak sihat
datang jugak kerja kenapa? Macam dah takde orang lain nak ganti tempat Nia ke,
ataupun sayang nak berjauhan dengan si Remy tu?” tempelak Hakimi. Hakimi bangun menuju ke mejanya, di ambil
segelas air kosong untuk Nia Marsheela. Dia mahu marah. Tapi di tahan rasa itu,
dia tak mahu Nia berkecil hati.
Nia menggeleng. Dia ingat tadi
dia dah masuk pejabat.
Hakimi memanggil Aishah melalui interkom.
Tak sampai dua minit, Aishah berada di dalam pejabatnya. “ Encik Hakimi, boleh
saya bantu?” ujar Aishah.
“ kemas barang-barang Nia, saya
nak bawa dia ke klinik. Lepas tu batalkan semua meeting saya hari ini. Tunda pada
esok hari.” Aishah mengangguk faham.
“ Saya okay aje Encik Hakimi.”
Nia bersuara setelah dia membiarkan Hakimi membuat keputusan untuk membatalkan
meetingnya semata-mata mahu menghantarnya ke klinik. Tanpa banyak soal Hakimi
menarik tangan Nia Marsheela dari sofa. Nia mengeraskan badan tanda protes.
“ Nak abang dukung baru nak
pergi klinik ke?” Ugut Hakimi.
Nia bingkas bangun. ‘dari
sekolah sampai sekarang perangaimacam lanun. Menyampah!’ ngomelnya sendiri. Hakimi
tahan senyum.
Selesai saja jumpa doctor Syeikh
Damansara, Hakimi menghantarnya pulang. Nia diam sepanjang perjalanan pulang ke
rumahnya. Dia malas mahu berbicara dengan bosnya itu. Dia memejamkan mata
sambil menyandarkan kepalanya. Rasa mengantuk
tak dapat di bendung lagi. Akhirnya dia terlena. Hakimi sengaja memberhentikan
keretanya di tepi tasik.
Hakimi hanya memerhati wajah
Nia. Cantik. Dia membiarkan Nia tidur, dia pula keluar dari kereta menuju ke
tasik. Dia terasa tenang, tidak mahu mengganggu tidur gadis kesayangannya. Damai
rasa di hati membuatkan dia tersenyum sendiri. Terkenangkan gadis yang
disayangi kini berada di sisi, membuatkan dia rasa bahagia dibuai mimpi yang
selama ini tak dapat di rasai.
1 comments:
nk lg.
cpt la smbg
Post a Comment